Saturday, May 28, 2011

Rembau sokong Abg Mat - Perwakilan jangan derhaka...


Saya tiba lewat ke dalam mesyuarat pertama PAS Kawasan Rembau di mana perbincangan menjurus kepada muktamar PAS akan datang. Setibanya saya, mesyuarat sedang membincangkan percalonan Naib Presiden dan telah habis membincangkan percalonan Timbalan Presiden dan PAS Kawasan Rembau telah mencalonkan Haji Mohamad Sabu.

Warna-warni Abg Mat dalam PAS selama 30 tahun.

Ternyata bahawa Abang Mat adalah calon kegemaran PAS Kawasan Rembau dan kebanyakkan kawasan lain. Melalui media, Abang Mat telah diwar-warkan mendapat pencalonan tertinggi jauh meninggalkan  Ustaz Nasharudin dan Ustaz Tuan Ibrahim.

Sila lihat kisah Abang Mat di sini dan profail Abg Mat di sini.

Abang Mat telah teruji dalam perjuangan PAS selama 30 tahun.

Ketika mesyuarat pertama PAS Kawasan Rembau, hanya dua calon sahaja yang diketahui akan bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu Ustaz Nasha dan Abang Mat.

Pada malam itu, saya telah meminta supaya semua AJK yang dilantik sebagai perwakilan muktamar hendaklah menyokong dan mengundi calon yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut. Sekiranya ada perwakilan yang menyokong dan mengundi calon lain, maka ia adalah tidak amanah dalam mewakili PAS Kawasan Rembau dan ahli-ahli akar umbinya. Dengan kata lain, perwakilan tersebut telah derhaka kepada keputusan mesyuarat dan kehendak ahli akar umbi.

Ternyata saranan saya mendapat sokongan sebulat suara. Sekiranya semua kawasan yang mencalonkan Abang Mat mengikuti inspirasi ahli akar umbi dan taat kepada keputusan muktamar kawasan/ mesyuarat AJK kawasan, pasti Abang Mat akan memenangi Jawatan Timbalan Presiden.

Mana mungkin kawasan yang menyokong dan mencalonkan Abang Mat, perwakilannya bertindak sebaliknya. Kecuali perwakilan bertindak tidak mewakili kawasan tetapi mewakili dirinya sendiri atau tidak taat @ derhaka kepada keputusan mesyuarat dan mempersetankan inspirasi ahli akar umbi !.


Suka-duka Abang Mat dalam perjuangan PAS selama 30 tahun dan diminati oleh pelbagai golongan..

Semoga pimpinan baru melahirkan gaya kepimpinan, pendekatan, strategi yang baru dan mampu menumbangkan UMNO dan BN dan membawa Islam dan PAS ke Putrajaya bersama PAKATAN RAKYAT. Insya Allah. Insya Allah.

Mohon maaf. Wallau'alam.

Monday, May 23, 2011

PAS NEGERI SEMBILAN - PANAS...


SEREMBAN: An internal conflict appears to be developing in PAS, with senior leaders complaining privately that the youth wing is becoming too assertive and unreasonable in its demands.

A PKR leader told FMT the brashness and public nature of the demand would not go down well with Negeri Sembilan PAS Commissioner Zulkefli Mohamad Omar

Baca artikel penuh di sini.

Siapa PAS "senior leader" dan PKR leader ni? Toksah sembunyi-sembunyilah....
 
Critics say he blundered badly in Sunday’s Seremban divisional election and the campaign to remove him (PJ) has gathered momentum.

Siapa yang kritik ni?...
According to the anonymous source, Zulkefli himself blundered when he ordered 18 branches aligned to him to boycott the divisional election with the intention of making it null and void for lack of a quorum. There are 36 branches in the Seremban division. The other 18 are aligned to MK Ibrahim. Each of the branches is entitled to send four delegates to vote.

This was apparently why Zulkefly withdrew from the contest. “It was probably to save his image,” said the source. “He would have been trounced.”
The source confirmed that MK Ibrahim’s men would now increase their pressure on the national party leadership to replace Zulkelfy as PAS chief for Negeri Sembilan

Siapa "anonymous source" dan "source" ni. Apasal sembunyi.....


Youth members in the division have been among the most vocal of Zulkefly’s critics, and they walked the talk by ensuring the defeat of his men in the youth election. Most of those elected to the wing, including its chief, Zulkifli Mohd Zaki, are aligned to MK Ibrahim.
Baca artikel penuh di sini.
 
Pemuda Seremban dan ketuanya baru "anak jantan".... tapi ketua nya Zulkarnain ke atau Zulkefli Mohd Zaki ni?. Nama seakan ni yang susahnyer... Keliru orang.

Pas Negeri Sembilan makin panas....

Wednesday, May 18, 2011

Strategi 1 untuk menang YDP Kawasan - Belajar dari Seremban dan Tampin.

Macam-macam strategi boleh dibuek untuk monang jadi YDP ni. Antagronyo boleh blaja dari PAS Seghomban dan Tampin iaitu:

Strategi pertamo dan paling utamo.

Paling utamo, kuasoi Dewan Pemudo dan Muslimat Kawasan sobab kedua-dua dewan boleh hantar 15 oghang perwakilan dalam muktamar kawasan. Cawangan PAS cumo boleh hantar ompek oghang perwakilan sajo.

Pastikan anak-anak dan isteri-isteri kito dan penyokong kito yang layak hadir untuk mengundi. Sama ado dio ahli atau belum ahli lagi, aktif atau tidak dalam parti dan jemaah, usah diperkatokan. Lantik kesemuo AJK dari kalangan penyokong kito sajo. Dah boleh dapek 30 undi sonang-sonang.

Kalau tidak boleh pastikan semua AJK Pemudo dan Muslimat dipilih dari kalangan penyokong kito, dengan apo cagho pun pastikan Ketuo Pemudo atau Muslimat dipilih dari kalangan penyokong kito. Lopeh tu, pastikan Ketuo Pemudo dan Muslimat tersebut memilih AJK dan perwakilan ke muktamar semuo ea orang kito. Ketuo Pemudo atau Muslimat boleh menggunakan kuaso dia untuk melantik AJK dan perwakilan tanpo membincangkan dengan AJK lain yang terlantik dari kem lain. Cagho ea..:

a) Adokan mensyuarat pertamo tapi jangan jomput AJK terpilih dari kalangan kem lain atau

b) Buek mensyuarat pertamo dan Ketuo Pemudo dan Muslimat cuma istiharkan dengan kuaso yang ado pada dio, lantik dan pilih sendiri AJK harian dan perwakilan tanpa meminto pandangan AJK lain.

Kalau tidak boleh kuasoi Dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan, pastikan tiado perwakilan dari dewan tersebut dengan apo cagho sekali pun. Contoh: hantar anak-anak lelaki dan perempuan kito atau penyokong toga kito yang di bawah umo untuk hadir muktamar pemudo dan muslimat. Kalau penyokong kito ngamai yang monang, diamkan ajo. Kalau kem lain yang ghamai monang, buek bantahan untuk membatalkan muktamar Dewan Pemudo dan Muslimat kawasan dengan alasan ado perwakilan Pemudo dan Muslimat yang bawah umo iaitu anak-anak kito dan penyokong tegar kito tadi.

Kawasan boleh totapkan perwakilan pemudo atau muslimat hanya dibenarkan seghamai 10 orang sajo. Persetankan Perlembagaan PAS yang kato perwakilan pemudo dan muslimat adalah 15 oghang masing-masing. Kalau ado peluang baik: contoh masa muktamar kawasan, pemudo nogori atau muslimat nogori juo mengadokan mesyuarat, arahkan semuo pemudo dan muslimat kawasan untuk hadir ke mesyuarat nogori dan tinggalkan muktamar kawasan. Dengan ini, kuranglah undi kem lain tapi semuo arahan hondaklah dengan lisan sajo, jangan samo sekali ado bukti. Khuatir ado ograng bantah nanti!.

Kito mesti ceghodik dalam politik ni... dan kalau keldai tahu, pasti dio pun ketawo..hahahaha...


PAS Seremban memang hebat..... Macam boleh bertanding di Ampangan jer...

Melalui ghamba-ghamba muktamar PAS Kawasan Seghomban, sahlah memang hebat PAS Seghomban dalam muktamar walau pun hanya peringkat kawasan sajo!. Tahniah...

Seghomban memang hebat dari banyak sogi dari muktamarnya sehinggalah soal perebutan jawatannyo. Kawasan yang tiado perebutan jawatan macam Seghomban, kuranglah hebatnyo. Cumo pertandingan dalam mengisi jawatan itu perkara biaso bagi Pas dari dulu lagi, apatah lagi dalam politik yang mengamalkan pemilihan atau demokrasi.

Dulu, perebutan untuk mendapekkan jawatan itu perkagho LUARBIASO. Tiado yang  nak jawatan sobab sodar jawatan adalah amanah dan bobanan.

Kini perebutan untuk mendapekkan jawatan itu perkagho BIASO, kerano masing-masing meraghokan diolah yang paling layak dan paling hebat. Pemimpin yang sudah lamo beghado ditakhto tak mahun turun walaupun dah lamo dan dah kobeh buntut duduk di takhto, sebab dio ghaso tak do pemimpin lain yang lebih layak dan lebih hebat dari ea!..

Kalau boto-boto hebat Seghomban ni, buktikanlah dengan menghobut Longgeng dari UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti. Jangan hebat sesamo kito yo. Kono lobih hebat melawan thoghut!.

Nampak-nampak ea.. kalau sehebat nilah PAS seghomban ni..... DUN Ampangan bolehlah PAS usohokan untuk bertanding ni.... Insya Allah.

Gambar sekitar muktamar PAS Seremban.

Persediaan sebelum muktamar - ada kelas!
Bunting muktamar hebat tapi macam ada unsur melobi ni..
Wah hebat... muktamar kawasan ada skrin besar
Persediaan rapi...

Nama cawangan pun ada di belakang kerusi.... Wow.

Hebat AJK PAS Seremban... kacak bergaya.

Seremban boleh uruskan muktamar pusat pulak..

Ramainya... ini muktamar kawasan macam di Kelantan jer!

Aik... pendaftaran pun hebat!

Malas nak komen lagi...

Dato' muktamar ni sah tak?.. Macam tu soalan... huhuhuk...

Kalau macam ni punya gaya.. PAS boleh ganti ADUN kaki ekor ni....

Kami bersetuju dan bersedia untuk bertanding di Ampangan...
PJ NS bersama Dato' Takiyuddin.... ada pe-pe ke?

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU - GURU AJEN PENENTANG KEZALIMAN.


Hari ini hari guru. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua golongan bergelar guru tidak kira di institusi rasmi atau sebaliknya.

Kerajaan mungkin akan menaikkan gaji guru menjelang piliharaya akan datang dan kita memohon supaya guru-guru terus menjadi ajen dan pemangkin menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Ketika ini, jelas UMNO dan BN melakukan kezaliman menjijikan dan meremehkan intelektual rakyat dan guru mesti terus menentang kebejatan itu sehingga mereka tumbang. Jangan pula disebabkan "gula-gula" yang dihulur hanya menjelang pilihanraya, guru-guru terus teralpa, apatah lagi bersengkongkol dengan kezaliman UMNO dan BN. Begitu juga, sekira kerajaan yang terpilih menggantikan UMNO dan BN nanti melakukan kebejatan yang sama, guru-gurulah pemangkin untuk terus menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Insya Allah.

Muktamar Pas kawasan-kawasan Negeri Sembilan - Ribut tapi selamat.

Ini adalah keputusan muktamar Pas Kawasan yang dijalankan semalam dan hari ini.

Timb. YDP Jelebu, YBhg. Nor Anip Hj. Selamat.
Pas Kawasan Jelebu
1) Yang Dipertua : YBhg. Haji Kateran bin Marwan
2) Timbalan Yang Dipertua : YBhg. Nor Anip bin Hj. Selamat
3) Naib Yang Dipertua : YBhg. Saiful Bahari bin Jaaman.

Dengarnya pertandingan 3 penjuru untuk kedua-dua jawatan TYDP dan NYDP berlaku di Jelebu iaitu antara penyandang Nor Anip bin Selamat,  Saiful Bahari Jaaman dan Haji Jamalus bin Mansor. Akhirnya perwakilan memilih tokoh-tokoh muda yang agresif, tawadu', tidak banyak kerenah dan lebih ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Insya Allah.


Naib YDP Rasah
   
 Pas Kawasan Rasah
1) Yang Dipertua : YBhg. Haji Anuar bin Azahari
2) Timbalan Yang Dipertua : YBhg. Tuan Syed Fuad Syed Ahmad
3) Naib Yang Dipertua : YBhg. Ust. Khairil Anuar Wafa

Di Muktamar Rasah juga kecoh seperti mesej dalam facebook ini: Mesy pas kaw rasah mlm tadi PJ rasmi mesy hentam pemuda pas n9.YDP Pas Kaw rasah Sdra Rahmat hentam pemuda kaw rasah. Pemilihan mesy Pas Kaw Rasah telah menunjukkan perang terhadap PJ dgn kemenangan YDP yg baru iaitu Hj Anuar, TYDP Tuan Syed dan NYDP Ust Khairil Anuar Wafa dan Ketua Urusan Ulama Ust Shahrul Azman. Takbir.

 

Naib YDP Seremban, YBhg. Zakaria Syeikh Othman
Pas Kawasan Seremban

1) Yang Dipertua : YBhg. MK Ibrahim Abdul Rahman
2) Timbalan Yang Dipertua : YBhg. Hj. Ghazali Mat Som
3) Naib Yang Dipertua : YBhg. Zakaria Syeikh Othman

Muktamar PAS Seremban dijangkakan muktamar yang paling kontroversi dalam Negeri Sembilan. Hairan juga saya kerana pertembungan yang dijangka hebat hari ini tidak menjadi. Dengarnya sebelum muktamar tersebut, banyak surat bantahan dan permohonan untuk menundakan muktamar telah dihantar ke wakil pusat tetapi tidak dilayan. Pagi-pagi lagi saya menerima banyak sms dan telefon yang mengatakan bahawa penyokong Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan tidak hadir dan memboikot muktamar. PJ menarik diri di awal muktamar untuk memberi laluan mudah kepada penyandang Sdr MK Ibrahim untuk menjadi YDP.

Ucapan tahniah saya kepada PJ kerana sanggup menarik diri dalam pertembungan untuk merebut jawatan YDP Seremban tetapi dengan syarat, ianya benar-benar ikhlas kerana Allah swt dan demi untuk melihat PAS bertambah gemilang di Seremban dan Negeri Sembilan.

Nampaknya ramai pemimpin-pemimpin kawasan yang menyokong PJ telah ditolak oleh perwakilan kawasan kecuali beberapa tempat seperti Tampin. Kepada pemimpin yang tidak dipilih dinasihatkan agar terus memperkuatkan PAS di kawasan masing-masing, setidak-tidaknya jangan pula menimbulkan masalah. Harap selepas ini, tiada PAS kawasan dan muktamarnya yang dibatalkan pula.

Marilah sama-sama kita "ambil yang jernih, buang yang keroh", bersama-sama kita bermaaf-maafan dan rapatkan kembali silaturahim demi "Bersedia menghadapi pilihanraya ke - 13".

Wallahu'alam. Mohon maaf.

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU.


Aku sms kepada ramai ibu-ibu hari ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI IBU". Antara sms yang menarik:

1) SMS kepada ibuku sendiri:
Salam. "SELAMAT HARI IBU". Terima kasih kerana menjadi ibu kami. Tk
SMS tidak berjawab lalu aku telefon ibuku dan ternyata ibuku keletihan dan keseorangan di kampung dan didoakan aku sejahtera dunia akhirat. Cukuplah doa ibuku untuk diri ku ini.

2) SMS kepada isteriku:
Slm. "SELAMAT HARI IBU". Terima kasih kerana menjadi ibu kpd anak-anak kita.Tk
Isteriku balas :Terima kasih atas ingatan, doakan ani jd ibu yg terbaik. br lepas sedut gas kat klinik. br lega sikit dah dpt penyakit baru, asma.
Pengorban isteri ku untuk aku dan anak-anak cukup hebat sehingga kesihatannya terganggu. Terima kasih sekali lagi.

3) SMS kepada Zulfah, teman sekuliahan di UKM.
Slm. "SELAMAT HARI IBU'. Semoga menjadi ibu mithali. Tk.
Jawapan Zulfah:
Tks moga apa yg abg katakan akan menjadi kenyataan. tapi ibu sya bru je pgi buat selama2nya pd 30hb April 2011.
Jawapan saya:
Zulfah masih ada masa & peluang. Jadilah ibu yg terbaik. Anak yg baik bukan shj berbakti ketika ibubapa masih ada, ttp ketika mereka sudah tiada. Ibu mmg terbaik utk kita. Jadi berdoa, solat hajat dll untuk kesejahteraan mereka. Bacalah al-Qur'an, zikir, sedekah, umrah, waqaf dll & hadiahkanlah pahalanya kpd mereka. Moga mereka dipermudahkan dlm segala urusan di dlm alam barzakh dan akhirat nanti. Insya Allah.

Semoga kita menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa semasa hidup mahu pun ketika mereka sudah tiada. Janganlah kita menjadi anak yang disesali kelahirannya. Insya Allah swt.

Saturday, May 7, 2011

Tampin perlu perubahan drastik untuk menang di Gemencheh.


Hari ini kawasan Tampin bermuktamar dan tahniah kepada semua AJK yang dipilih terutamanya YDP iaitu Tuan Zakaria Khalim yang menang dengan majoriti yang tipis.

Gemencheh adalah DUN di bawah Parlimen Tampin dan merupakan DUN yang berpotensi untuk PAS menang tetapi apabila disorot 3 pilihanraya yang lalu, kemenangan di Gemencheh hanyalah mimpi indah bagi Tampin.

Secara ringkasnya, pada tahun 1999 PAS dengan calonnya Tuan Ali Maiden mendapat 41.55% undi, pada tahun 2004, PAS dengan calonnya Tuan Zakaria Khalim hanya memperolehi 28.76% undi dan pada tahun 2008 iaitu ketika Tsunami Politik melanda Malaysia, Tuan Zakaria Khalim hanya mampu mendapat lonjakan undi sekitar 4% sahaja iaitu ke 32.87%.

Sebelum ini saya mendapat tahu bahawa kebanyakkan ahli PAS Tampin inginkan Tuan Ali Maiden untuk membuat 'comeback' untuk menjadi YDP Tampin dan ini terbukti dengan pencalonan dan undi yang Tuan Ali Maiden perolehi. Awalnya, keinginan kebanyakan ahli PAS Tampin ini telah diberi laluan oleh YDP Tampin iaitu Tuan Zakaria Khalim. Namun setelah kembali dari Sarawak, Tuan Zakaria Khalim mengubah fikiran untuk mempertahankan jawatannya.

Mungkin ada baiknya Tuan Ali Maiden menjadi YDP kerana rekodnya dalam tahun 1999 agak memberangsangkan dan mungkin beliau boleh membuat kejutan untuk merampas Gemencheh. Pemimpin lain, pastinya akan membawa gaya kepimpinan dan strategi yang lain juga dan dengan kelainan tersebut kemungkinan menawan Gemencheh agak munasabah.

Untuk menang di Gemencheh, perlu ada lonjakan sekitar 18% undi lagi untuk PAS sekiranya tiada perubahan ketara dalam daftar pengundi terbaru. Ini dari akal logik, mustahil dan tidak mungkin mampu dicapai dengan gaya kepimpinan dan strategi yang sama. Tuan Zakaria dengan jawatan TPJ pun hanya mampu membuat lonjakan sekitar 4% semasa Tsunami politik melanda Malaysia, inikan pula 18% lonjakkan lagi diperlukan untuk menang di Gemencheh.

Sekiranya Tuan Ali Maiden kembali dan bergandingan dengan rakan lamanya Tuan Zakaria Khalim, atas jemputan Tuan Zakaria sendiri dan dipersetujui oleh semua AJK PAS Tampin, mungkin lebih hebat lagi kejutan boleh dilakukan.

Perwakilan PAS Tampin telah memilih YDP dan barisan AJKnya. Saya berharap semoga PAS Tampin akan membuat perubahan drastik untuk menang di DUN Gemencheh. Yang jelas, PAS Tampin perlu memilih Pengarah MTD serta calon dalam PRU-13 nanti adalah seorang yang benar-benar berkaliber, berpendidikan tinggi, fleksibel dan 'versatile' yang mampu membawa perubahan drastik dengan menawan pengundi Melayu (61.30%), menerobos pengundi Cina (23.90%) dan India (14.80%) demi kemenangan PAS dan Islam di Gemencheh.

Profil YDP Tampin, Tuan Zakaria Khalim di sini.

Saya doakan semoga PAS Tampin terus maju demi menegakkan parti dan Islam. Mohon maaf. Wallahu'alam.

Nota:
Penulisan ini berdasarkan data yang ada dan logik penulis. Sekiranya perkara luar biasa berlaku semasa PRU-13 nanti, mungkin keputusannya berbeza. Begitu juga, sekiranya Allah swt hendakkan berlakunya sesuatu yang mustahil di sisi manusia, ianya pasti akan berlaku kerana tiada yang mustahil di sisi Allah swt.

Wednesday, May 4, 2011

Chegu Bard berminat dengan DAP.




Saya pernah berkata kepada beberapa sahabat di Rembau yang Chegu Bard ini seorang tokoh anak muda yang merupakan aset kepada Pakatan Rakyat Rembau. Ketokohan yang mendadak terserlah semasa zaman reformasi. Kelantangan dan keberanian beliau disegani oleh kawan dan lawan.

Ura-ura beliau ingin keluar dari PKR yang mengecewakannya bertiup kencang di alam siber tetapi tidak pasti apakah haluan dan perancangan beliau jika benar khabar tersebut.

Saya pernah mengusulkan kepada sahabat-sahabat PAS Rembau untuk menjemput tokoh ini untuk bersama. Pelbagai pendapat tentang usul saya ini dan pasti ada yang pro dan kontra. Saya tidak tahu sampai mana usul ini dan statusnya.

Melalui blog Chegu Bard yang diposkan semalam yang diambil dari blog Aspan Alias bertarikh 27 April, semacam beliau berminat untuk menyertai DAP atau UMNO sendiri.

"Tetapi mahu tidak mahu UM-NO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UM-NO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan". 
 
Melalui kenyataan dalam blognya seperti di atas, Chegu Bard seolah berminat untuk menyertai UM-NO untuk merubah UM-NO yang sudah busuk mereput. Pada pandangan saya, Chegu Bard tidak mungkin memilih UM-NO kerana sangat bertentangan dengan prinsip perjuangannya selama ini. Sekiranya ini pilihannya, beliau hanya menempah cacian dan makian dari anak muda penyokongnya sendiri dan jadilah dia seperti tokoh PKR lain yang menyertai UM-NO terdahulu darinya.
 
Sekiranya beliau menyertai DAP, beliau akan menjadi tokoh muda Melayu berwibawa dalam DAP dan mungkin akan menjadi ikon dan terpahat dalam lipatan sejarah Negeri Sembilan di kemudian hari. Cita-cita dan iltizam DAP dalam politik luhur dan murni sangat mengagumkan ketika ini. Namun DAP juga seperti parti politik yang lain, juga diuruskan oleh manusia yang serba lemah. Banyak masalah dalaman yang mungkin tidak diketahui umum dan mungkin akan mengecewakan sesiapa juga yang mencari kesempurnaan.
 
Kami tetap dengan PAS walau pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang menyeksakan kerana kami diikat dengan ikatan akidah....
 
Wallau'alam. mohon maaf.

Sunday, May 1, 2011

PAS Seremban: PANAS!

PAS Seremban semakin panas. Pemuda mendesak untuk PAS bertanding di DUN Ampangan tetapi kenapa nak tukar pula dengan Lenggeng?.

Rasanya macam "serampang dua mata", "sambil menyelam sambil minum air" atau ibarat "melontar seketul batu terhempas dua ekor burung Raja Udang Biru". Ehm....

Bacalah sendiri...



Mohon maaf. Wallahua'lam.