Thursday, March 24, 2011

PAS Seremban yang kelakar.

Aku kira orang PAS kat Negeri Sembilan terutama Pas Seremban terdiri dari orang yang baik-baik belaka. Menyimpan dendam dan geram apabila berjumpa dan tak delah isu yang besar-besar nak digaduhkan. Tetapi kerana baiknya mereka dan tak de isu, maka mulalah isu cawangan buat program tak inform kawasan, mulalah YDP dengan AJK Kawasan Seremban hangin, kempen bagitau menda tu masalah besar....

Ada juga mesyuarat agung cawangan malam ni (18.3.11) dan orang cawangan tu dah mula beriya iya bercerita nak tolong PJ..  Entahlah....bila ada pemilihan mesti kacau....

Aku sendiri pun tidak diberitahu tentang mesyuarat cawangan yang aku sendiri tubuhkan .... Entahlah!..

Diolah dari blog Kafe Pak Andak. Tuan punya blog ini sudah lama tidak menulis kerana keuzurannya dan marilah sama-sama kita doakan beliau segera sembuh. Setelah lama menyepi, beliau menulis artikel ini yang pada hemat aku menunjukkan kekecewaannya yang dalam terhadap sesetengah pemimpin dan ahli Pas Seremban.

Wednesday, March 23, 2011

Pimpinan PAS NS rakus dan berjiwa kecil Bab II...

Dalam cerita Merong Mahawangsa,  Taji iaitu ketua Lanun bergelar Garuda meramalkan Merong dan rakyatnya akan menyerang pulau lanun tersebut. Beliau menyuruh anak muridnya, Kamawas untuk menyerang Merong terlebih dahulu tetapi Kamawas enggan dan dialognya lebih kurang begini:

Taji:
"Orang tanah besar hendak menyerang, jangan biarkan mereka mendarat di pulau ini". Perintah Taji. 
Kamawas:
"Mustahil! Mereka hanya beratus petani, sedangkan kita punyai beribu pahlawan. Takan secupak hendak menyerang segantang. Biarkan mereka mendarat!". Bentak Kamawas.

Lanun yang sudah tentu punyai banyak kesalahan dan dosa tidak takut diserang apatah lagi dengan sejumlah kecil petani.

Pemimpin negeri sembilan ini, takut dan khuatir diserang oleh pengikutnya sendiri yang tidak berupaya kecuali menulis dalam media baru!.

Gambar hiasan: Keldai ketawa
Baru-baru ini dimaklumkan bahawa pemimpin Negeri Sembilan ini hendak tubuhkan jawatankuasa khas nak "menyiasat" blog nyamuk aku ini yang jumlah pelawat terkumpul tak sampai 4 ribu orang setakat ini. Lawaknya....... dan kalau keldai mengerti, dia juga akan ketawa terbahak-bahak!

Aku teringat kisah Pak Long TTJ dengan aku suatu ketika dulu. Begini dialognya lebih kurang:

Aku:
"Apa Pak Long tengok-tengok?. Nak gaduh". Kata aku berseloroh.
Pak Long:
"Kalau kau bergaduh dengan Pak Long, malu kau. Kalau menang, kau malu dan kalau kalah pun, kau malu juga". Balas Pak Long dengan tersenyum.
Aku:
"Kenapa pulak macam tu Pak Long". Jawab aku inginkan jawapan.
Pak Long:
"Kalau kau menang, kau malu kerana bergaduh dan menang dengan orang tua yang tak berupaya. Kalau kau kalah lagi malu kerana kau kalah dengan orang tua!". Penjelasan Pak Long.

Pemimpin Negeri Sembilan ni lawannya Menteri Besar Negeri Sembilan dan bukannya dengan ahli kerdil yang punya blog nyamuk!. Tak malukah pemimpin Negeri Sembilan ini?... Alahai...


Thursday, March 17, 2011

Logiknya PR pasti akan sentiasa kalah dalam PRU.

Keratan Akhbar Kosmo, Jumaat 18/3/2011
ATM kini mempunyai kekuatan seramai 95 ribu anggota tetap. Askar Watiah kini berjumlah 57 ribu anggota dan akan ditambah seramai 43 ribu orang lagi dalam masa 5 tahun iaitu pada tahun 2016, anggota Askar Wataniah akan menjadi 100 ribu orang melebihi anggota tetap ATM jika tiada penambahan.

Berita ini sangat mengembirakan untuk pertahanan negara tetapi bagi Pakatan Rakyat ianya adalah suatu MIMPI NGERI bila UMNO dan BN berjaya menjadikan kesemua undi Askar Wataniah ini sebagai UNDI POS. PR menghadapi masalah yang kronik dengan undi pos dewasa ini kerana PR tidak dapat berkempen secara terus dengan anggota keselamatan, apatah lagi undi pos ini juga boleh dimanupulasikan oleh UMNO dan BN dengan kerjasama ATM dan SPR untuk kemenangan mereka semahu-mahunya.

BERTAMBAH NGERI apabila Askar Wataniah yang sekarang berada di 172 kawasan Parlimen akan ditambah 100% kekuatan anggotanya dan selebihnya akan ditambah ke 50 kawasan lagi menjadikan 222 kawasan parlimen di seluruh Malaysia. Ini menjadikan kesemua Kawasan Parlimen di seluruh Malaysia akan ada keanggotaan Askar Wataniah.

Dalam keadaan MENGERIKAN INI, ditambah dengan PEMINDAHAN BESAR-BESARAN TIDAK BERETIKA PENGUNDI OLEH JPN DAN SPRM yang dapat dikesan di Selangor, PROPAGANDA MEDIA, PENYALAHGUNAAN JENTERA KERAJAAN, RASUAH dan sebagainya. Logiknya, PR sampai bila-bila pun tidak mungkin memenangi Pemilihan Raya Umum.

Sekiranya PR tidak menggerakkan jentera secara besar-besaran dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kebejatan demokrasi ini dihentikan dan pilihanraya yang telus dapat dilaksanakan, PR hanya memasuki pertandingan dalam pilihanraya dengan ISA-SIA

Dulu, ada yang berpendapat bahawa PAS akan menang sekiranya mendapat undi bukan Melayu. Sekarang PAS bukan sahaja mendapat undi bukan Melayu, malahan sokongan dari mereka termasuk gabungan dangan DAP dan PKR. Dalam undi PR (Favorite vote) sebanyak 60% di seluruh negara dalam PRU12, PR masih mencungap untuk ke Putrajaya!. Kalah dan tetap kalah...

Banyak alasan oleh ramai ustaz dalam PAS, dari dibiarkan UMNO dan BN menang percuma, lebih baik PAS masuk bertanding dan melawan atau yang mana lebih mudarat, UMNO dan BN menang percuma atau PAS memberi tentangan walau pun kalah.... Pendek kata, akal logik aku mengatakan bahawa apa pun alasannya.... pertandingan dalam pilihanraya yang SANGAT PINCANG seperti di Malaysia kini adalah satu kerja BODOH dan SIA-SIA!.

Sudah sangat KRITIKAL dan masa juga sudah TERLALU SUNTUK, DEMONTRASI BERSIH 2 DENGAN 500 RIBU MASSA dan mungkin berkampung sekurang-kurangnya tiga hari di Kuala Lumpur perlu DIGERAKKAN DAN LAKSANAKAN SEGERA untuk memastikan KETELUSAN dalam PRU13 dan kalau tumbang kerajaan UMNO dan BN, itu adalah satu bonus anugerah Ilahi.

Pemimpin Pakatan Rakyat jangan takut untuk mencabar UMNO dan BN untuk ke jalanraya dan revolusi sekiranya itu yang mereka mahu sekiranya demokrasi tidak dipulihkan segera!.



Wednesday, March 16, 2011

Merong Mahawangsa Moden


Baru sahaja selesai menonton cerita Merong Mahawangsa kali kedua di salah sebuah pawagam di Seremban. Kegemaran saya yang agak sukar ditinggalkan ialah menonton filem bercorak peperangan dan sains fiksyen terutamanya dari barat. Selalunya saya menonton berkali-kali filem yang menarik dan kekadang saya membeli VCD asli untuk dibuat koleksi.

Jarang sekali saya meminati filem Melayu kerana konsepnya memualkan iaitu percintaan dan lawak bodoh yang tidak boleh diterima akal. Kali ini, dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa tipikal babak percintaan masih ada tetapi ditahap minima dan babak peperangan dengan bantuan teknologi agak membanggakan. Namun sekali tonton, saya sudah merasa agak puas kerana jalan ceritanya mudah untuk dicerna fikiran.

Babak puteri cina sedang mandi dalam tab di dalam kapal itu agak keterlaluan dan tidak senonoh. Kalau mandi berkemban sudah agak keterlaluan dan apatah lagi jika tanpa seurat benang dan hanya ditutupi oleh bebunga di permukaan air tab sahaja. Walau pun begitu, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada KRU terutamanya Yusry kerana karyanya iaitu sebuah filem Melayu boleh diangkat menjadi filem bertaraf antarabangsa.. 

Cerita filem ini berkisar tentang diri Merong Mahawangsa tetapi yang menarik perhatian saya ialah masyarakat kuno sebelum Langkasuka (sekarang Kedah), berpecah belah dan sering diganggu oleh lanun bergelar Garuda yang juga berasal dari tempat dan bangsa yang sama. Berparut badan seluruh penduduk akibat sering diserang Lanun Garuda. Namun hati mereka juga lebih dashyat berparut kerana pelbagai penderitaan lain akibat angkara Lanun Garuda itu. Ada yang dirogol, dibunuh keluarganya dan pendek kata memang bermaharaja lela si lanun bedebah bergelar Garuda itu.

Yang menariknya bagi saya ialah kesengsaraan mereka berakhir apabila seorang pengembara yang berketurunan "Alexander The Great" dan ibunya berasal dari tempat dan bangsa yang sama dengan masyarakat kuno Langkasuka. Merong telah berjaya menyatukan masyarakat setempat dan diangkat menjadi seorang Raja di negara baru bergelar Langkasuka. Seterusnya beliau, pengikutnya, anak raja Rom dan beberapa orang askar cina menyerang Lanun Garuda untuk membebaskan puteri cina dan menebus maruah dan kebebasan mereka sendiri yang telah lama dirampas oleh Lanun Garuda tersebut.

Semasa Merong hendak menyerang Lanun Garuda yang berlipat kali jumlahnya, Merong memberi kata-kata semangat kepada rakyatnya antaranya:

Mungkin tiada yang kembali
Atau mungkin... semua sekali akan rebah ke bumi
Demi maruah dan kesejahteraan negara kita
Marilah.. bersama kita tebas petualang bangsa...

Rakyat Malaysia di zaman moden ini juga sengsara kerana dizalimi oleh lanun bergelar UMNO dan BN. Lanun dari tempat dan bangsa yang sama. Habis dirompaknya harta kekayaan bumi ini dan diboloti oleh diri sendiri dan kroni. 

Sengsara dan derita juga rakyat Malaysia kini....
1) Pemuda terpelajar dibelengu dengan hutang pinjaman yang mesti dilunasi. Biasiswa sebagai salah satu hak kepunyaan bumiputera sudah lama dilupusi.
2) Muda mudi terpaksa melupakan hasrat hati untuk menikah kerana belanja kahwin yang melambung tinggi, 
3) Buruh, petani dan nelayan terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran anak di sekolah kerajaan dan IPT.
4) Pekerja  terpaksa bekerja siang hingga dinihari untuk memastikan kerja selesai seperti dikehendaki. Jika tidak, khuatir dibuang kerja nanti dan kerja baru sukar pula dicari.
5) Usahawan pula bekerja keras hingga melupakan anak isteri hanya untuk keuntungan yang sedikit bagi sara hidup diri.
6) Diperkosa anak gadis sunti oleh pembesar negeri.
7) Rakyat dibunuh dan terbunuh di pejabat BPR dan balai polis sendiri.
8) Pemandu kereta susah hati kerana kancil pun habis hampir RM50 sekali tangki minyak diisi.
9) Rakyat kecewa dan sengsara membunuh diri setiap hari.
10) Penyakit mental menjadi-jadi sehingga ada yang penggal dan bawa kepala ayah ke Selangor baru-baru ini.
10) Rakyat kais pagi makan pagi, isteri perdana menteri melancong dan berpoya-poya di luar negeri.
11) Konon ada pilihanraya tanda demokrasi tapi UMNO dan BN dengan bantuan SPR dan JPN memindahkan pengundi-pengundi sesuka hati.
12) Demi untuk kerajaan tetap dikuasai, habis pendatang sewenangnya diberi kad pengenalan untuk jadi warga negeri.
13) Rasuah amalan yang semakin parah dan tinggi dalam hampir semua bidang dan semua ajensi.
14) Kerajaan merompak lagi dengan menyenaraihitamkan pemandu yang enggan membayar kompaun saman walau pun tidak terbukti bersalah lagi.
15) Cukai tanah, cukai pintu, bayaran tol, harga barangan, air dan api sentiasa naik dan tetap akan naik sehingga rakyat menjadi lali.....

Bila masanya kesengsaraan dan penderitaan rakyat Malaysia kini termasuk Langkasuka (Kedah) akan berakhir?. Bila masanya Merong Mahawangsa moden akan memunculkan diri atau bilakah Allah swt akan memunculkan Imam Mahdi yang akan meratakan keadilan dan kemakmuran di muka bumi Malaysia ini?. Rakyat sudah tidak tertahan sengsara fizikal apatah lagi menderita perit dan pedih di hati............

Ayuh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat.....
Mungkin tiada yang kembali
Atau mungkin... semua sekali akan rebah ke bumi
Demi maruah dan kesejahteraan negara kita
Marilah.. bersama kita tebas UMNO dan BN petualang bangsa...