Friday, June 24, 2011

Anak muda bangga ditangkap kerana pakai baju BERSIH... Bravo.


Malam kelmarin, seorang orang kuat cawangan ambil baju BERSIH dari saya 20 helai dan soalan yang ditanya, "Kalau bawa baju BERSIH ni kena tangkap polis tak?". Saya jawab "Kesalahan apa bawa baju BERSIH?. Kenapa polis nak tangkap?. Saman kalau dia tangkap".

Hari ini seorang anak muda begitu bangga kerana ditangkap kerana memakai baju bersih. Bravo!. Beginilah anak muda yang berani kerana benar. Beliau sedang pertimbangankan untuk menyaman pihak polis yang bertindak sesuka hati mak bapak diaorang saja!. memang lucu pihak polis sekarang selucu UMNO dan BN yang dah buang tabiat sebab dah hampir menemui ajalnya!.

Baca cerita lanjut di sini.

Kenyataan akhbar - Kesal mimbar N9 halang Bersih

Ruj. Kami : PKR/2011/KPKM02  
Tarikh : 24 Jun 2011
KENYATAAN AKHBAR :
KESAL MIMBAR JUMAAT DIGUNAKAN UNTUK MENGHALANG RAKYAT NEGERI SEMBILAN DARI MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN

PAS Kawasan Rembau merasa kesal apabila mimbar Jumaat di hampir seluruh Negeri Sembilan digunakan untuk menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan aman Bersih atau “walk for democracy” pada 9hb Julai 2011 ini.

Perhimpunan aman ini merupakan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10(1)(b). Apatah lagi perhimpunan ini hanya meminta supaya pilihanraya di Malaysia ini lebih telus dan adil yang merupakan teras kepada sistem demokrasi itu sendiri.

PAS Kawasan Rembau kesal kerana banyak pihak dipergunakan oleh UMNO dan BN untuk menggagalkan perhimpuan aman ini dan sekarang mimbar masjid juga dipergunakan oleh UMNO dan BN. Jelas UMNO dan BN menggunakan masjid dan mimbar untuk kepentingan politik dan kerakusan mereka untuk berkuasa walau pun rakyat telah sedar dan bosan dengan karenah dan kejelekan perangai mereka.

PAS Kawasan Rembau telah mengarahkan semua AJKnya untuk memakai baju kuning Bersih setiap hari terutamanya hari sabtu untuk membangkitan semangat rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih untuk menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya. Kita juga meminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama memakai baju kuning Bersih setiap hari.

PAS Kawasan Rembau sedang berusaha untuk menghantar seramai yang mungkin ke Perhimpuan Bersih dan sasaran kami adalah untuk menghantar 10,000 orang peserta ke perhimpuan Bersih. Insya Allah.

Sekian, Wassalam.

Yang benar,
Mohamad Husaini Husin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Rembau
Tel : 013-359 8318



Tuesday, June 21, 2011

Sejuta sokong BERSIH. Maghi turun ngamai-ngamai.

Poie Kolumpo boli selasih,
Selasih tetumpah ateh katil;
Manghi kito tungrun ko BERSIH,
Hanya tuntut pilihanrayo yang adil.

Lotih omak Najib cadar dibasuh,
Cadarnyo bosa dibasuh tangan;
Kito bukan nak kelaghi atau bermusuh,
Cuma jalan ngamai-ngamai tanda sokongan.

Si buah duku si buah dokong,
Dijeruk ograng di dalam balang;
Sejuta lobih pembaco The Star menyokong,
Yang halang BERSIH pastinya hanyo jembalang.

Monday, June 20, 2011

Sinar Harian banyak kes bangang!


Sinar Harian hari ini 20 Jun 2011. Banyak kes bangang!

KES BANGANG 1

Mukasurat 7.
Menurutnya (Presiden Perkasa - Datuk Ibrahim Ali), walau pun negara ini mengamalkan demokrasi, tetapi tidaklah sehingga mengajar rakyat melanggar undang-undang negara dengan membuat demonstrasi jalanan.

Bangangnya.......Mukasurat 15. Perkasa Melaka menganjurkan demontrasi jalanan juga tapi 15 minit saja!. Hahaha......

KES BANGANG 2

Mukasurat 8.
IPOH: Perhimpunan Bersih dirancang pihak tertentu sebagai jalan singkat pihak pembangkang ke Putrajaya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, perhimpunan itu bukti prinsip demokrasi pembangkang adalah berteraskan kepada demonstrasi jalanan selain bertujuan mencetuskan huru-hara.


Dah jenis bangang dan tak tahu malu. Muka jenis bertampal dengan kulit buaya!.  "Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi".  Belum terbukti BERSIH jalan singkat pembangkang ke Putrajaya tapi TERBUKTI yang lanun ini jadi Menteri Besar dengan jalan singkat iaitu dengan membeli ADUN Pakatan Rakyat..... Konon jaguh demokrasi tapi menang dengan curi kerusi!.

KES BANGANG 3
Mukasurat 41.
JOHOR BAHRU : Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S Nallakaruppan..."Sejak daripada tanah air kita mengecap kemerdekaan, tidak ada demontrasi seperti ini. Saya tahu perhimpunan dilakukan ini untuk menambah baik proses pilihanraya, tetapi ia sebenarnya membawa agenda untuk mencapai matlamat Anwar".

Apa kena mengena BERSIH dengan Anwar Ibrahim dan kes mahkamahnya?. Tiada satu pun tuntutan dalam BERSIH untuk gugurkan kes mahkamah Anwar. Bengong punya Nallakaruppan.
Betul ke semenjak merdeka tiada demontrasi semacam ini. Macam mana dengan Demontrasi Baling 1974, Demontrasi Mansuh 2009, BERSIH 1.0 dan lain-lain?. Hahaha... kepala senget!

KES BANGANG 4

Muka surat 8.
Datuk S Ambiga kata BERSIH bukan suaranya seorang tetapi ramai jawatankuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Alih-alih dalam mukasurat yang sama, Anwar Ibrahim sendiri akan mengarahkan S Ambiga untuk membatalkan serta merta himpunan BERSIH jika Najib berjanji PRU-13 akan berlangsung cara telus.


Apa punya lawak ni... S Ambiga bekerja untuk Anwar ke?. Senang-senang je Anwar nak batalkan BERSIH.

Semenjak bila pula Najib berani dan bersungguh nak piliharaya telus. Kalau pilihanraya telus, lama dah UMNO dan BN terlingkup dan pasti akan terlungkup!.
 
Anwar dan Najib tu dulu dalam satu iaitu team wawasan, boleh percaya ke kedua-duanya ni?.
 
KES BANGANG 5.
 
Mukasurat 8.
"Hisham (Hishammudin) boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami ada hak berhimpun dan dijamin Perlembagaan." katanya (Khairy Jamaluddin).
 
"Kelmarin, Hishammudin memberi amaran kepada Pemuda UMNO bahawa sayap parti itu akan berdepan tindakan tegas jika mereka meneruskan rancangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini.
Katanya, tida siapapun boleh melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain."

Khairy kata Pemuda UMNO ada hak untuk berhimpun dan dijamin perlembagaan. Hishamudin kata akan ambil tindakan tegas kerana tiada sesiapa melebihi undang-undang. SIAPA YANG BANGANG DALAM UMNO NI....
 
KES BANGANG 6.
 
Mukasurat 37.
JASIN - Sektretariat Pemikir dan Perpaduan Melayu Malaysia membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa angkuh dan menyelar tindakan polis yang melakukan ugutan mengeluarkan arahan.
Presidennya, Shahrul Azuwar Abdul Aziz berkata, Timbalan Presiden Pas itu tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan tugas dan tanggungjawab utama polis Diraja malaysia (PDRM) menjaga keselamatan negara dari pada mereka dan anasir-anasir yang mahu menggangu gugat keamanan dan ketenteraman awam"
 

SAH BANGANGNYA...
Penjenayah kerjanya mengugut orang dan bukan kerja rasmi polis tapi kalau polis dengan rasmi dan terang-terangan mengugut orang awam, samalah macam penjenayah. Tegur polis yang dah macam penjenayah, bukan angkuh tapi berani!
Dia ni sah bangang sebab memang Malaysia negara berdaulat dan punyai perlembagaan. Perlembagaan jelas menjamin hak rakyat berhimpun secara aman. Aparah...
Yang menyusahkan rakyat bukan BERSIH tapi melaun macam si Shahrul ni, PDRM dan pihak yang membuat provokasi dan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.
LAGI JELAS KEBANGAN SI SHAHRUL ni jika baca tulisan peguam muda dalam mukasurat 17 suratkhabar yang sama.

Gunalah akal fikiran yang sihat dan dengan banyak membaca, kemudian bacalah semua pendapat dan anda pasti tahu mana pendapat orang yang BANGANG!.

Saturday, June 18, 2011

Najib gelabah dan penakut!

Kalau dah penakut, pokok pisang pun dikatakan hantu melambai. Orang ketawa pun dikatakan langsuir mengilai. Kalau tengok cerita seram, ditutup muka takut melihat hantu. Lebih baik tak payah tengok!.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Najib dan konco-konco memang jenis penakut sebab banyak dah buat salah sampai nama Abang Mat Sabu pun dia takut!. Kalau tak percaya cuba baca sini.

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang;
Komisyen hanya memperkayakan diri,
Ini tanda iman dah hilang.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput daripada padi;
Pembunuh Altantuya tetap terhina,
Dijadikan penasihat pula yahudi.

Bunga tanjung kembang semalam,
Pohon tinggi tidak berduri;
Apa makna beragama Islam,
kalau harta rakyat habis dicuri.

HMS ABU BAKAR

Friday, June 17, 2011

PANTUN :Ayuh kita ke BERSIH!


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Mari sokong perhimpunan Bersih
Mahu pilihanraya yang aman

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat dan berlari
Datang ke Bersih niat bersantai
Musuh pula tidak dicari

Anak negeri mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Dakwat Hitam elok dicuba
Baru puas hati para pemerhati

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sujinya
Elak menipu bila berpolitik
Baru bermakna pegang Putrajaya

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Pencinta bahasa hati terguris
Melihat DBP longlai nampaknya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Rakyat nampak kebolehan Pakatan
Berjaya memerintah empat negeri

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Bila rakyat yakinkan Pakatan
Nasib rakyat tetap di jaga

Baik bergalas baik tidak
Buli-buli bertali benang
Pemerintah zalim rakyat tak hendak
Guna tipudaya untuk menang

Baik-baik bertanam ubi
Biar rapat jangan jarang
Bila berpolitik ikut Nabi
Tidak ada tindakan curang

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Usah harapkan Pakatan bercerai
Bila kebajikan rakyat dijaga

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Dengan takbir sahut menyahut
Membuat maksiat tentu malu

Buah rambai dalam peti
Lazat cita pula rasanya
Biarlah Pakatan Rakyat mengganti
Membawa negara kita majujaya

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Taufek dan Zulkefly dalam Harakahdaily.

Tahniah Taufek, syabas Zulkefly
Harakahdaily

REMBAU, 17 Jun: Ahli-ahli dan penyokong PAS Kawasan Rembau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Taufek Abd Ghani (gambar) yang telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru.

Ketua penerangannya, Mohamad Husaini Husin berkata Taufek yang juga Adun Paroi, merupakan seorang tokoh yang berdedikasi dan mempunyai jentera dari pelbagai lapisan dan bidang yang begitu professional dan agresif dalam menawan Dun Paroi dalam PRU 12 yang lalu.

“Dengan perlantikan ini, kami yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Negeri Sembilan kerana pengalaman kemenangan dan seluruh jentera di Paroi boleh digunakan oleh Taufek untuk menawan Dewan Undangan Negeri yang lain dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

Katanya, Mohamad Taufek seorang pemimpin yang sangat merendah diri dan ramah sehingga beliau sangat disenangi oleh semua pemimpin lain, ahli, penyokong Pakatan Rakyat dan semua pengundi dari pelbagai bangsa dan agama selain disokong kuat oleh pemimpin Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan dan Dun Paroi.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan PAS Negeri Sembilan khasnya untuk memberi sokongan, bantuan dan memudahkan urusan Haji Taufek untuk menjalankan tugasnya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak, insya Allah,” ujarnya.

Belau juga mengambil kesempatan untuk menyeru semua jentera Pakatan Rakyat dan PAS untuk terus bersedia menghadapi PRU 13 yang sangat hampir kini.

“Kami juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefly Mohd Omar atas perlantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat.

“Sekalung terima kasih juga diucapkan atas segala sumbangan beliau yang tidak boleh dinafikan untuk PAS Negeri Sembilan. Semoga beliau berupaya mengharumkan nama PAS Negeri Sembilan di PAS Pusat pula,” katanya.

Harakahdaily

Sunday, June 12, 2011

PJ baru Negeri Sembilan.



Tahniah kepada semua ahli dan penyokong PAS Negeri Sembilan. Harapan baru untuk kemenangan Islam dan PAS Negeri Sembilan. Negeri Sembilan mendapat Pesuruhjaya yang baru, YB Tn Hj. Taufik Abdul Ghani.

Beliau ahli DUN Paroi, YDP Kawasan Rembau dan bekas AJK Pas Pusat dan Timb. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Kini beliau di Turki sebagai pemerhati pilihanraya dari PAS pusat.

Marilah kita sama-sama berbai'ah kepada beliau dan sama-sama membantunya, demi kemenangan Islam dan PAS di Negeri Sembilan & Malaysia amnya.

Tahniah juga kerana Tuan Haji Zulkefli Mohamad Omar, mantan PJ Negeri Sembilan pula dilantik sebagai AJK Pas Pusat.

Kita mengucapkan ribuan terima dan setinggi penghargaan kepada beliau kerana menerajui Negeri Sembilan selama 3 penggal. Tiada sesiapa boleh menafikan sumbangan beliau kepada PAS terutamanya kepada PAS Negeri Sembilan.

Kita mengharapkan beliau dapat mengharumkan pula nama Pas Negeri Sembilan di pusat. Insya Allah.

Marilah sama-sama kita bermaaf-maafan dan melupakan sejarah kelam lalu. Marilah kita bina lembaran baru dalam sejarah Negeri Sembilan. Bersama kita bergandingan demi untuk sama-sama memenangkan Islam dan Pas di Negeri Sembilan dan Malaysia amnya. Insya Allah.

Ke Sungai Linggi mengail ikan,
Sungai Linggi airnya tenang;
Jika kerjasama dapat diteguhkan,
Usaha kita dalam PRU 13 menjadi senang.

Kapal layar bertiang tiga,
Tiang keempat sepanjang galah;
Amal iktiar bahagian kita,
Hasil pendapat di tangan Allah.

Berita penuh pelantikan AJK Pas usat dan Pesuruhjaya Negeri di sini.

Mohon maaf. Wallahu'alam.

Monday, June 6, 2011

Keperluan PAS bertanding di kawasan campuran


MIRI, 6 Jun: PAS dan Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkan agar parti Islam itu tidak hanya bertanding di kawasan majoriti Islam semata-mata tetapi juga di kawasan campuran.

Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee berkata, PAS sepatutnya diberi peluang bertanding dalam kawasan yang berbilang kaum dan jangan hanya bertumpu di kawasan Melayu Islam sahaja.

"Rakan dalam Pakatan seharusnya sama-sama memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha ini lebih-lebih lagi dalam negeri Sarawak yang masyarakatnya berbilang kaum.

"Kita mahu membuktikan yang Pakatan Rakyat ini betul-betul Pakatan yang bukan perkauman dan ekstrimis seperti dakwaan BN," kata Jofri dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, PAS Miri dalam muktamarnya meluluskan usul agar Parlimen Miri, Sarawak ditandingi oleh PAS.

Miri adalah kawasan yang paling kuat PAS di Sarawak setelah sekian lama bertapak di negeri itu.

Dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, pada mulanya PAS diperuntukkan kerusi Dun Senadin, Miri namun ia berubah di saat akhir apabila pertukaran kerusi dibuat.

DAP telah menang dua kerusi di Parlimen Miri manakala PKR hanya kalah 57 undi di Dun Senadin. Dalam pilihanraya umum 2008 PAS hanya bertanding satu kerusi iaitu Batang Lupar namun kalah. Untuk pilihan raya umum akan datang, PAS Miri memohon supaya PAS bertanding di Parlimen itu.

Bagi Haji Jofri, PAS sepatutnya menggunakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai jambatan atau perhubungan antara kaum. PAS juga perlu membuktikan bahawasanya PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman politik

PAS boleh mengembangkan pengaruhnya ke semua kawasan bandar dan luar bandar sekiranya peluang yang ada digunakan sebaik mungkin seperti memberi penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam tentang keadilan dan kebaikan dalam Islam yang mereka perolehi sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia.

"PAS dan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan propaganda Umno/BN, mereka berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar usaha kita untuk menawan Putrajaya akan menemui kegagalan," katanya.

Bagi beliau, Pakatan Rakyat harus belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak semasa pilihanraya umum negeri Sarawak yang lalu dimana usaha BN berjaya menggagalkan usaha Pakatan menawan Sarawak dengan menghasut dan mengadu domba Pakatan Rakyat seperti kononnya salah sebuah parti dalam komponan Pakatan Rakyat ditaja oleh BN.

"Apabila sesetengah daripada kita terpengaruh dengan hasutan BN maka berlakulah perebutan kerusi dan akhirnya Pakatan Rakyat Sarawak gagal untuk menawan Sarawak disebabkan mendengar atau terpengaruh dengan hasutan dan propaganda BN.

"Sekarang mereka berusaha lagi untuk menghancurkan perpaduan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba parti-parti dalam Pakatan," katanya.

Nota:
Bukan Miri sahaja. Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka, Selangor dan Perak juga sama.... PAS perlu diberi ruang dan peluang untuk bertanding di kawasan campuran.

Sunday, June 5, 2011

Negeri Sembilan - belum punyai tokoh nasional


Tahniah dan takziah kepada Abg Mat Sabu, Sallehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa dan semua AJK yang terpilih dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini. Tahniah sebab menjadi kegemaran perwakilan untuk menjadi pemimpin tertinggi PAS dan takziah kerana jawatan hanya akan menghampirkan diri ke jurang neraka jika diabaikan.



Dua calon AJK PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 57 yang baru berlalu dari Negeri Sembilan  yang bermastautin dan aktif bergiat di Negeri Sembilan adalah :

1) YB Hj. Mohamad Taufek Abd. Ghani. 
2) Hj Zulkefly Muhamad Omar

Kedua-dua telah kecundang dalam pemilihan.


Tokoh yang berasal dari Negeri Sembilan tetapi tidak bermastautin dan aktif di Negeri Sembilan adalah  Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Juga kecundang dalam pemilihan Timbalan Presiden dalam muktamar baru-baru ini.

Bekas Timbalan Presiden ni orang Rembau...

Tokoh lain yang anak Rembau juga tetapi tidak bermastautin dan aktif di Negeri Sembilan adalah  Dr.  Dzulkefli Ahmad. Intelek ini lebih selesa membina pengaruh dan akar umbi di kawasan bandaraya yang punyai segala-galanya dari kampung halaman sendiri yang serba kedhaifan. Beliau mendapat tempat sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar baru-baru ini.

Dr. Dzulkefli Ahmad

Ramai lagi tokoh dari Negeri Sembilan yang membawa diri masing-masing ke seluruh negara atas pelbagai sebab antaranya kerana merajuk atau melarikan diri dari difitnah rakan sendiri, menguruskan projek mega luar negara, gusar menghadapi ahli akar umbi kerana kegagalan projek ekonomi, bosan dengan krisis tidak bersudahan berdekad-dekad lamanya dalam PAS di negeri sendiri dan sebagainya.

Antara tokoh-tokoh yang saya tahu adalah :

Dr. Rosli Yaakop






Sehingga sekarang PAS Negeri Sembilan masih gagal membina tokoh peringkat nasional yang berkaliber setaraf dengan Sabah, Sarawak dan Perlis. Malang juga, PAS Negeri Sembilan juga masih gagal untuk membina tokoh-tokoh yang berkaliber di semua  kawasan-kawasan yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin masyarakat dan calon dalam pilihanraya.

Ramai yang mengharapkan pesuruhjaya PAS yang baru dilantik oleh Presiden. Mungkin dengan terlantiknya Pesuruhjaya yang baru, pertelingkhan dalaman dapat diminimakan dan wajah Negeri Sembilan bertukar menjadi negeri yang lebih gemilang. Insya Allah.

 Mohon maaf. Wallahu'alam.