Sunday, August 18, 2013

PANTUN BENCI KEZALIMAN BUKAN BANGSA!


Yang bermasalah UMNO bukan Melayu.
Yang bermasalah MCA & Gerakan bukannya Cina.
Yang bermasalah MIC & PPP bukannya India.

Orang Hindu benci MIC & Gerakan tapi tiada salahkan India.
Orang Budha bencikan MCA & Gerakan tapi tiada salahkan Cina.
Kenapa orang Islam bencikan UMNO sehingga MELAYU juga jadi sasaran.
 
Orang Islam berbangsa Melayu ini kekadang melampau dalam Barisan mau pun Pakatan Rakyat dalam membenci!. 
 
Cantik lukisan jadi gambaran,
Fenomena alam jadi nukilan;
Bencikan kezaliman dan kemungkaran,
Bukan benci bangsa yang Allah jadikan. 
 
  Wallahua'lam.

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=69

Tuesday, August 13, 2013

PANTUN UNTUK PENDAKWAH



Di Thaif Nabi saw batu dihujani,
Dakwah baginda tidak dihirau;
Terimalah hakikat yang benar ini,
Mad'u itu di luar masjid dan surau.

Nabi saw tulis surat merata-rata,
Minta raja agar Allah swt ditaati;
Al-Mad'u kini ramai di desa Felda,
Ayuh ke sana menyemai bakti.

Nabi berperang dengan Yahudi,
Membina masjid beli pergi;
Ramai di surau yang mengerti,
Di luar sana jahilnya merugi.

Nabi saw bergusti merentap,
Musuh melihat jadi ketakutan;
Akidah umat perlu dimantap,
Sunnah nabi saw jadi ikutan.

Bernikah ramai Islam berseri,
Bukan semata atas nafsu berahi;
Budaya murni terus disinari,
Yang songsang saja dipinggiri.

Monday, July 29, 2013

PANTUN MOHON AMPUN DI HUJUNG RAMADHAN

 
Rupa warak bicaranya alim,
Menuju neraka tak disedari;
Marah orang berbuat zalim,
Tiada sedar menzalimi diri.

Api neraka berpusing- pusing,
Merah menyala bergulung tinggi;
Roda taubat asyik berpusing,
Moga Allah terus kasihkan diri.

Ahli neraka dipaksa berarak,
Di dunia bermaksiat rasa terkilan;
Moga Ramadhan terus semarak,
Tiada jiwa mati di hujung jalan.

Insya Allah. Wallahua'lam.

Wednesday, July 24, 2013

KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN ORANG MELAYU.



Orang Melayu bila gembira akan menitiskan air mata. Contoh, anak cemerlang dalam peperiksaan, berapa ramai yang menitiskan airmata?. Berapa ramai yang menitiskan air mata seperti bersedih tetapi sebenarnya bergembira kerana bertemu sanak saudara tersayang yang telah lama berpisah terutamanya di hari raya.

Orang Melayu bergembira dan dalam masa yang sama juga bersedih mengenangkan seseorang atau sesuatu yang tidak sempat bersama menikmati kegembiraan itu. Itu sebab orang Melayu bersedih ketika berhari raya mengenangkan insan tersayang yang sudah tiada.

Orang Melayu bergembira dan kelihatan bersedih hingga menitis air mata ketika memohon ampun daripada ibubapanya, suami/ isterinya terutamanya dipagi syawal dan berlumba-lumba untuk memohon maaf dan menitiskan air mata. Air mata orang Melayu ketika ini adalah air mata kegembiraan kerana berjaya memohon maaf terutama dari orang tersayang.

Tanda orang Melayu bersedih di dalam kegembiraan adalah mampu menguntumkan senyuman ketika air mata sedang mengalir atau selepas disapunya air mata itu.

Kesedihan dan aiir mata orang Melayu yang mengalir kerana gembira tidak sama seperti air mata kesedihan orang Melayu yang sebenar contohnya seperti kesedihan dan air mata mengalir ketika mengetahui kematian insan tersayang.

Benar, orang Melayu bergembira tak sama seperti orang Arab dan Nabi Muhammad saw bergembira di pagi syawal, namun adakah ianya suatu yang bertentangan dengan syarak secara jelas. Adakah ianya satu dosa yang mesti dihindarkan. Jika tidak, biarlah orang Melayu dengan cara dan jati dirinya sendiri.

Mohon jangan mengARABkan orang MELAYU. Biarlah orang Melayu dengan keMelayuannya. Mantapkanlah cara keMelayuannya. Tinggikanlah jati diri keMelayuannya.

MengISLAMkan tidak sama dengan MengARABkan.


Sekadar pendapat. Wallahua'lam.
 

Wednesday, June 26, 2013

PANTUN UNTUK PEJUANG MEN"CABAI"

Burung lelayang si burung walid,
Terbang berhujan sayapnya basah;
Pejuang Melayu ramai yang syahid,
Tetap pendirian tiada pula melucah.

Burung walid terbang lintasi selat,
Selatnya kotor sangat terabai;
Pahlawan Melayu handal bersilat,
Tiada terkenal pandai men"cabai".

Selat terkenal selat Gibratar,
Pisahkan Eropah dari Afrika;
Depan musuh tiadalah gentar,
Namun berpantun budaya kita.

Sarang si Walid banyak nutrisi,
Dicari orang hingga ke Karala;
Pejuang muda zaman reformasi,
Kalah bertanding melucahlah pula.

Burung Walid terbanglah tinggi,
Terbang sehingga sampai Terachi;
Pejuang muda zaman teknologi,
Ajak anak muda budaya membenci.

Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata termasuk "CABAI". Boleh ke pantun untuk pejuang men"cabai" macam ni.... kekekeh...


http://al-brangionline.blogspot.com/2013/06/perjuangan-adalah-perlaksanaan.html


Thursday, June 20, 2013

PANTUN MENCARI MUJAHIDEEN JAWI

.
Dari Madagaskar ke Pulau Jawa,
Bangsa ini telah lama dikenali;
Orang jawi tidak kurang hebatnya,
Belum ku dengar ada ke Syria lagi.

Bangsa ini pernah jadi wahid,
Lautan luas pernah direntas;
Mana ulama' cintakan syahid,
Adakah terpesona di atas pentas.

Jiwa merdeka pernah dirantai,
Dijajah oleh sang bangsa sialan;
Mana anak muda berjiwa kental,
Adakah seronok merempit jalan.

Bangsa ini sangat berbakat,
Negara bangsa lama bernafas;
Kaki ku sudah lama terikat,
Tunggu waktu untuk bebas lepas.

Bangsa ini pernah sengsara,
Bahana perang di kaki tangga;
Mana bangsaku jiwa perwira,
Ingin aku tumpang rasa berbangga.

Wallahua'lam Insya Allam


Video mujahiddeen perpusu-pusu ke Syria, Bangsa Jawi bila lagi?.
http://www.youtube.com/watch?v=_Yi_Lbf4CUw

Sunday, June 16, 2013

ADAKAH INI UG PERINGKAT TERTINGG


Fikiran sudah macam hampas,
Tindakan gopoh penuh nafsu;
Mana ahli PAS yang sibuk UG PAS,
Kenapa yang ini hanya membisu?.

Fikiran sudah macam hampas,
Tindakan terburu melulu-lulu;
Mana ahli PKR yang sibuk UG PAS,
Kenapa ini pula ramai yang kelu?.

Fikiran canggung bela diri,
Hujah kosong nampak garang,
Ramai terpesona cukup terliur;
Ada yang hentam presiden sendiri,
Tak kurang yang balun presiden orang,
Kenapa yang ini macam tiada bertelur?.

Maaf segalanya. Hahaha...

Wallahua'lam.


Sunday, June 9, 2013

DEMOKRASI TULEN KE NI?.

 
Yang terbaru sekitar PRU 13.

PKR hentam PAS. PAS hentam balik PKR. DAP hentam PKR dan PKR hentam balik DAP. Belum dengar lagi PAS hentam DAP dan DAP hentam PAS.
 
PAS hentam PAS. PKR hentam PKR. Bekas DAP hentam DAP, DAP hentam balik bekas DAP. Cuma belum dengar DAP hentam DAP.

Begini ke demokrasi tulen?. Hehehe....

http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/panas-pkr-pahang-nafi-adun-teruntum.html

Thursday, June 6, 2013

Masyarakat kita di tebing Neraka


Harian Metro: Setempat ms14 Khamis 6 Jun 2013



Dari Sulawesi hingga Afrika,
Orang Jawi tinggal berselerakan;
Masyarakat kita di tebing neraka,
Usaha dakwah sangat diperlukan.

Nabi Muhammad jadi ikutan,
Pernah berdarah di atas kepala;
Usaha itu suatu tuntutan,
Hidayah milik Allah Taala.

Sinar Islam tiada akan pudar,
Khuatir bangsa Jawi terus sengsara;
Moga dengan usaha rakyat sedar,
Beroleh hidayah Malaysia sejahtera.

Wallahua'lam.

Tuesday, May 28, 2013

PANTUN TABIK HORMAT PADA MAZLAN ALIMAN.



Di Desa Felda cantik pemandangan,
Termenung si miskin berketayap;
Kalah menang adat pertandingan,
Mesti ada yang bertanggungjawab.

Kemiskinan Felda sudah terserlah,
Sengsara hidup cukup terasa;
Mengundur diri bukannya bererti kalah.
Akui bertanggungjawab bukan berdosa.

Berjuang jangan mengalah,
Senyum ikhlas sentiasa di muka;
Jawatan itu amanahnya Allah,
Biar Dia tentukan di mana kita!.

Hidup berjuang mendapat berkat,
Walau cabaran datang bertubi;
Muktamar PAS semakin dekat,
Tidak perlulah lobi melobi.

Hehehe....

Wallahua'lam. Insya Allah.


"Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa".       Mazlan Aliman

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19572-apabila-pas-tersasar-54-kerusi-parlimen

Sunday, May 26, 2013

SPR TERLAKNAT

.

Babi busuk dihurung lalat,
Lalat tahi hijau kekuningan;
Laporan polis telah dibuat,
Laknat, SPR kata black-out lakonan!.



Babi hutan meluru sembrono,
Babi belaan tahi pun dimakan;
SPR terlaknat barua UMNO,
Benang basah nak ditegakkan!.


Babi hutan dari Hutan Melintang,
Menyondol tahi lekat di muka;
SPR terlaknat akan ditentang,
Siap sedia ke Dataran Merdeka.

Ya Allah, jahanamkan SPR segera... amin...

Insya Allah. Allahuakbar!.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=612137158805414&set=a.190487367637064.50252.100000274069103&type=1&relevant_count=1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4239582126051&set=a.1058100470998.8746.1780474285&type=1&relevant_count=1

https://www.facebook.com/photo.php?v=529874093743316
 

Wednesday, May 22, 2013

OPERASI TANGKAP BERMULA.

.
IKAN SENOHONG IKAN SIAKAP,
MASUK SEMUANYA DI DALAM JALA;
RAMAI SUDAH KENA TANGKAP,
SANG PENGUSAHA DAH NAIK GILA!.

PERGI MENJALA MALAM KELMARIN,
MENJALA BERSAMA DI TASIK CINI;
TIAN CHUA, HARIS DAN TAMRIN,
SEMUANYA DITANGKAP HARI INI.

NAIK SAMPAN BERSAMA PAK RAHMAT,
ORANGNYA SEGAK WALAU DAH BERUSIA;
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT,
AYUH SEMUA SELAMATKAN MALAYSIA.

INSYA ALLAH. TAKBIR!

LOBILAH... BERTANDINGLAH...SAMPAI JADI ARWAH!.

.
Melobilah hingga sampai ke pusat;
Bertandinglah sampai jadi bangsat.

Dah berkali kalah dan ada yang teruk;
Bertandinglah sampai kena strok.

Walau sakit tetapi masih lelaki;
Bertandinglah sampai tak ada kaki.

Masih lagi mengepak kembang dada;
Bertandinglah & ketepikan calon muda.

Boleh lagi hidup berenak-enak;
Bertandinglah atau beri pada anak beranak.

Walau dibenci tapi masih tampan lagi;
Bertandinglah walau markas di tutup ahli.

Di tempat sendiri orang tak bagi lalu;
Bertandinglah di tempat lain walau tiga penjuru.

Wallahua'lam. Hehehe....

Monday, May 20, 2013

PANTUN TAHNIAH PENGUNDI BN



Tanah ini banyak rempah ratus,
Rempah pengawet zaman kuno;
GST nak dikuatkuasa 7 peratus,
Tahniah penyokong BN UMNO.


Hahaha... terima kasihlah...

http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=950391

Thursday, May 16, 2013

PELUANG MENJADI CALON PAS PRU 14 NEGERI SEMBILAN.


Ahli-ahli PAS yang juga anak Negeri Sembilan yang berhajat nak bertanding dalam PRU ke 14, anda dipelawa menjadi Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN). Anda pasti tercalon @ dipaksa bertanding pada saat akhir.

Wajah pengantin bertambah seri,
Serinya turun dari Nusajaya;
Pengarah JPN patut jaga negeri,
Namun bertanding juga akhirnya.

Pengantin baru jangan dimarah,
Mulia dan hormatilah raja sehari;
PAS tak nak belajar dari sejarah,
Buat silap sudah berkali-kali.

Raja sehari tiba-tiba terkesima,
Pendekar bersilat di tengah jalan;
Dipatuk ular dari lubang yang sama,

Parahlah sudah Pas Negeri Sembilan.

Hehehe... wallahua'lam.

Tuesday, May 14, 2013

PANTUN 6 KERAT : AZMIN ALI KENA BERTANGGUNGJAWAB


Guru kencing berdiri,
Anak murid kencing berlari,
Pengetua tak kencing berhari-hari;
Kutuk Presiden parti sendiri,
Kritik juga Tuan Guru Hj Hadi,
Rupanya diri terpalit tahi!.

Hahaha....


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/14/kamarul-baharin-punca-kekalahan/

Monday, May 13, 2013

JANGAN SAMPAI AKU LUDAH DULU.


Bulan terang menjadi kelam,
Anak mengaji balik kegusaran;
Kita perjuangkan adalah Islam
Bukan bangsa jadi keutamaan,

Jauh malam masih bertamu,
Tamu pula anak tok penghulu;
Dengan Najib selalu bertemu,
Perangai pemimpin tak tahu malu.

Bersembang cerita tak jemu-jemu,
Tuan rumah menguap kerap selalu;
Dulu tak percaya tohmahan seteru mu,
Kini aku mulai benci dan berbulu;

Ramai dah masuk dalam kelambu,
Tetamu masih buat tak tahu;
Aku masih hormati orang berilmu,
Jangan sampai aku ludahi dulu.

Malam hening jam dah pukul satu,
Takan bersembang sampai jam tiga;
Mungkar dan maaruf mustahil bersatu,
Syurga neraka berasingan juga.

Jerit perempuan sudah kerasukan,
Semua terkejut setengah mati;
Mohon JK displin ambil tindakan,
Anasir sebegini rosakkan parti.



http://www.youtube.com/watch?v=rvPKKf46jNU

Sunday, May 12, 2013

PANTUN 6 KERAT UNTUK SPR & SEKUTU

Keadaan Malaysia sudahlah tenat,
Rakyat susah makin sengsara,
Pejuang Pakatan jangan rasa jemu;
Jika benar SPR & sekutu berkhianat,
Kau hancurkan mereka segera,
Kau hantarlah bala tentera Mu.

Amin Ya Allah....


Friday, May 10, 2013

SYARAT UTAMA UNTUK BERGABUNG



Ayam Jalak ayam sabung,
Tunjuk kuat diluar gelanggang;
Ini syarat utama untuk bergabung,
Islam ditegakkan kebangsaan dibuang!.

Ayam Jalak dalam belukar,
Sembunyi diri takut berlaga;
Tak mungkin maaruf bersatu mungkar,
Syurga dan neraka berasingan juga.

Ayam Jalak kena sumpahan,
Berlagak kuat hanya di laman;
Bukan jumlah kerusi jadi taruhan,
Suruhan Allah jadi pedoman.

Wallahua'lam

Thursday, May 9, 2013

APA NAK JADI DENGAN PKR SELANGOR NI...

Di Selangor DAP 15 kerusi, PAS 15 kerusi dan PKR 14 kerusi. Salah ke DAP dan PAS mencadangkan sesiapa pun untuk jadi MB?.

ZURAIDA MELENTING NI KENAPA?. Kalau PKR kalah teruk di Selangor, kerusi MB milik PKR juga ke?. 

Siap tuduh orang gilo kuaso. Diri sendiri macam mano?. Hehehe...


Jangan jadi ahli neraka,
Mulut celupar berhati jahat;
Jangan melatah sesama kita,
Nanti jadi Pakatan dibenci rakyat!.


wallahua'lam

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=6238

http://wfauzdin.blogspot.com/2013/05/isu-mb-selangor-ketua-wanita-pkr-jangan.html

Wednesday, May 8, 2013

PANTUN BLACK-OUT 508

Sudah resam perangai lalat,
Hurung tahi dan bangkai mati;
Negara ini negara berdaulat,
Bukan negara untuk PATI.

Lebih mulia katak berudu,
Dalam air berkilau-kilauan;
Semua bangsa bersatu padu,
Tolak PRU yang penuh penipuan.

Anak kijang dilanggar mati,
Dilanggar oleh tuan peraih;
Semuanya nyata dengan berbukti,
Jangan SPR hendak berdalih.


Hahaha...

Wallahua'lam.

PANTUN DAKWAT KEKAL SEKEJAP

Bawah regim rakyat sengsara,
Harga meningkat segala barangan;
Dakwat kekal hanya sementara,
SPR penipu terang-terangan.

Ikan kembung ikan tenggiri,
Makin mahal bukan rekaan;
Rakyat diperbodohkan pemimpin sendiri,
Gambar membuktikan segala dakwaan.


Kekekeh...

http://www.sinarharian.com.my/najib-rakam-penghargaan-kepada-rakyat-malaysia-pilih-semula-bn-1.157305

Friday, January 18, 2013

Tetap dalam PAS walau apa terjadi!.


Lawan UMNO sampai mati,
Moga pahala Allah ganjari;
Dalam kepayahan bangunkan parti,
Dah nak menang takan undur diri.

UMNO parti sampai ke Sabah,
Akan tumbang akhirnya juga:
Letak jawatan mungkin munasabah,
Bagi laluan orang muda lagi bertenaga.

UMNO sudah tidak keruan,
Meroyan merasuk menjadi-jadi;
Keluar dari PAS satu kehinaan,
Tetap teguh apa pun yang terjadi!.

Wallahu'alam In Sha Allah..

Friday, January 4, 2013

PANTUN KU RINDU PEMBERI BANTUAN DI AKHIRAT.


Kuih bakar kuih bahulu,
Penuh dalam satu kuali;
Hati ku merindu tiada yang tahu,
Teringin berjumpa ketuanya wali.

Buah durian buah papaya,
Sedap juga si buah duku;
Setiap hari aku mengingatinya,
Adakah tuan juga ingati daku?.

Gulai ikan sepat dan ikan puyu,
Dimakan bersama ulam pegaga;
Ketika terkenang hati ku sayu,
Bila boleh ku temu penghulu syurga.

Dari Seremban menuju ke Tampin,
Singgah di Rembau memjadi tetamu;
Engkaulah kekasih engkaulah pemimpin,
Sudilah terima aku sebagai teman mu.

Idaman mukmin baik kesudahan akhir,
Moga bertemu Tuhan jadi ketentuan,
Jika tidak, tiada guna timur dan barat;
Air mata ingin saja menitis mengalir,
Mengharap bergabung bersama tuan,
Di dunia ini lagi sebelum di akhirat.


HUSAINI
21 Safar 1434
Jumaat 4 Jan 2013