Wednesday, June 26, 2013

PANTUN UNTUK PEJUANG MEN"CABAI"

Burung lelayang si burung walid,
Terbang berhujan sayapnya basah;
Pejuang Melayu ramai yang syahid,
Tetap pendirian tiada pula melucah.

Burung walid terbang lintasi selat,
Selatnya kotor sangat terabai;
Pahlawan Melayu handal bersilat,
Tiada terkenal pandai men"cabai".

Selat terkenal selat Gibratar,
Pisahkan Eropah dari Afrika;
Depan musuh tiadalah gentar,
Namun berpantun budaya kita.

Sarang si Walid banyak nutrisi,
Dicari orang hingga ke Karala;
Pejuang muda zaman reformasi,
Kalah bertanding melucahlah pula.

Burung Walid terbanglah tinggi,
Terbang sehingga sampai Terachi;
Pejuang muda zaman teknologi,
Ajak anak muda budaya membenci.

Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata termasuk "CABAI". Boleh ke pantun untuk pejuang men"cabai" macam ni.... kekekeh...


http://al-brangionline.blogspot.com/2013/06/perjuangan-adalah-perlaksanaan.html


Thursday, June 20, 2013

PANTUN MENCARI MUJAHIDEEN JAWI

.
Dari Madagaskar ke Pulau Jawa,
Bangsa ini telah lama dikenali;
Orang jawi tidak kurang hebatnya,
Belum ku dengar ada ke Syria lagi.

Bangsa ini pernah jadi wahid,
Lautan luas pernah direntas;
Mana ulama' cintakan syahid,
Adakah terpesona di atas pentas.

Jiwa merdeka pernah dirantai,
Dijajah oleh sang bangsa sialan;
Mana anak muda berjiwa kental,
Adakah seronok merempit jalan.

Bangsa ini sangat berbakat,
Negara bangsa lama bernafas;
Kaki ku sudah lama terikat,
Tunggu waktu untuk bebas lepas.

Bangsa ini pernah sengsara,
Bahana perang di kaki tangga;
Mana bangsaku jiwa perwira,
Ingin aku tumpang rasa berbangga.

Wallahua'lam Insya Allam


Video mujahiddeen perpusu-pusu ke Syria, Bangsa Jawi bila lagi?.
http://www.youtube.com/watch?v=_Yi_Lbf4CUw

Sunday, June 16, 2013

ADAKAH INI UG PERINGKAT TERTINGG


Fikiran sudah macam hampas,
Tindakan gopoh penuh nafsu;
Mana ahli PAS yang sibuk UG PAS,
Kenapa yang ini hanya membisu?.

Fikiran sudah macam hampas,
Tindakan terburu melulu-lulu;
Mana ahli PKR yang sibuk UG PAS,
Kenapa ini pula ramai yang kelu?.

Fikiran canggung bela diri,
Hujah kosong nampak garang,
Ramai terpesona cukup terliur;
Ada yang hentam presiden sendiri,
Tak kurang yang balun presiden orang,
Kenapa yang ini macam tiada bertelur?.

Maaf segalanya. Hahaha...

Wallahua'lam.


Sunday, June 9, 2013

DEMOKRASI TULEN KE NI?.

 
Yang terbaru sekitar PRU 13.

PKR hentam PAS. PAS hentam balik PKR. DAP hentam PKR dan PKR hentam balik DAP. Belum dengar lagi PAS hentam DAP dan DAP hentam PAS.
 
PAS hentam PAS. PKR hentam PKR. Bekas DAP hentam DAP, DAP hentam balik bekas DAP. Cuma belum dengar DAP hentam DAP.

Begini ke demokrasi tulen?. Hehehe....

http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/panas-pkr-pahang-nafi-adun-teruntum.html

Thursday, June 6, 2013

Masyarakat kita di tebing Neraka


Harian Metro: Setempat ms14 Khamis 6 Jun 2013



Dari Sulawesi hingga Afrika,
Orang Jawi tinggal berselerakan;
Masyarakat kita di tebing neraka,
Usaha dakwah sangat diperlukan.

Nabi Muhammad jadi ikutan,
Pernah berdarah di atas kepala;
Usaha itu suatu tuntutan,
Hidayah milik Allah Taala.

Sinar Islam tiada akan pudar,
Khuatir bangsa Jawi terus sengsara;
Moga dengan usaha rakyat sedar,
Beroleh hidayah Malaysia sejahtera.

Wallahua'lam.