Tuesday, September 30, 2014

PANTUN KEUTAMAAN BINGUNG

Lembu di hutan banat,
Menghabiskan sisa usia;
Yahudi Nasrani terlaknat,
Berleluasa di seluruh dunia.

Suara mendengus kesat,
Mendengar rasa kesian;
Penguasa negara sesat,
Zalim hendak jadi tuhan.

Lembu akan dikorbankan,
Mengalir darah dalam liang;
Seteru utama dilupakan,
Oleh kononnya pejuang.

Daging korban dibawa balik,
Buat rendang untuk menjamu;
Keutamaan telah terbalik,
Di lubang najis logik dan ilmu.

Lembu korban dilapah sakan,
Dipotong beralas kayu belati;;
Pesta saling menyerang rakan,
Sayang tetapi menjauh hati.

Daging salai atas tungku,
Disimpan pula dalam almari;
Pahlawan makin dungu,
Bersilat dalam rumah sendiri.

Darah lembu dan lendir,
Ditanam bersama tahi;
Derhaka perwira pandir,
Ibubapa sendiri diludahi.

Wallahua'lam
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
5 Zulhijjah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

Sunday, September 28, 2014

PANTUN BAHANA BERHUTANG


Gunung Berapi Filipina,
Puncak Mayon berbara;
Hutang itu berbahana,
Siang malam duka lara.
Gunung Huaynaputina,
Larva musnahkan desa;
Tidur susah nak terlena,
Hidup pula tidak selesa.
Puncak Gunung Besar,
Di Sumatera terpacak taat;
Hutang beban di masyar,
Tiada dapat beri syafaat.
"Hati-hati dalam berhutang. Sesungguhnya dengan berhutang itu adalah kesedihan di malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari" (HR Baihaqi)
"Dosa orang yang syahid akan diampuni kecuali hutang" (HR Bukhari)

Hati-hati Dengan Hutang! ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hami


Wallahua'lam. Insya Allah
"Ya Allah, bantulah kami menghindarkan tabiat berhutang dan bantulah kami melangsaikan segala hutang dengan segera. Ameen"
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
4 Zulhijjah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

Wednesday, September 24, 2014

PANTUN TABAHLAH WAHAI AHLI PAS


Naik bot melancong,
Bawa kereta sorong;
Hidung tak mancung,
Pipi tersorong-sorong.

Melancong dalam hutan,
Pacat gigit berdarah jari;
Hati sayangkan Pakatan,
Tapi rakan benci setiap hari.

Melancong bawa isteri,
Isteri borong Manjakani;
Dicaci dihina setiap hari,
Semoga tabahlah hati ini.

Wallahua'lam. Insya Allah
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
30 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com


PANTUN DUNIA PENUH KEPERITAN.

PANTUN DUNIA PENUH KEPERITAN.
(BANTULAH SELAGI TERDAYA)

Pondok usang tepi hutan,
Meratiplah si warak alim;
Dunia ini penuh keperitan,
Kerana insan ramai zalim.

Rumah banglo di kotaraya,
Penghuninya mengira laba;
Yang kaya semakin kaya,
Yang miskin teruslah papa.

Setinggan di Batu Tiga,
Makan nasi lauknya kuah;
Amanah jadi urusniaga,
Urusniaga riba dan rasuah.

Duduk reramai di kongsi,
Pekerja cuma menjilat jari;
Nak mencari sesuap nasi,
Kerja pagi balik dinihari,

Duit gaji tiada berbaki,
Hidup terasa nak mati;
Penguasa goyang kaki,
Taukeh projek hulur bakti.

Rumah kedai berpenunggu,
Pelanggan tiada jadi muflis;
Umar ibnu Aziz ditunggu,
Yang muncul Umar kapitalis.

Rumah banglo kehijauan,
Penghuni lena kepenatan;
Bilakah Allah beri bantuan,
Dunia kini penuh keperitan.

Wallahua'lam. Insya Allah
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

SUMBANGAN LAPTOP DIPERLUKAN

Pelajar miskin perlukan laptop. Klik sini.

Tuesday, September 23, 2014

PANTUN AZMIN MB SELANGOR

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama kucing mati;
Jadi MB barulah sehari,
Duit rezab juga mencuit hati.

Kucing hitam sudah mati,

Mati dilanggar di hari raya;
Moga MB ikhlasnya di hati,
Rakyat Selongor makin gembira.

Anak kucing berbelang-belang,
Jumpa seekor di tepi pasar;
Selangor kaya negeri terbilang,
Boleh berbakti rezab jangan sifar.

Kaki kucing dilanggar patah,
Mata pula sudahlah buta;
MB baru kacak dan petah,
Moga ke Putrajaya jadi nyata.

Kucing kurap panjang kuku,
Tercekik tulang di halkum;
Jika MB hodoh tingkah laku,
Rakyat akan sediakan hukum.

Link berita bersangkutan, klik sini.


Wallahua'lam. Insya Allah
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

PANTUN BAHANA FB DAN SEUMPAMA


Lembu mangsa serigala,
Bangkai di kebun jagung;
Ramai orang sudah gila,
Meroyannya tiada hujung.

Tupai-tupai di kebun kelapa,
Tebuk kelapa datang murka;
Bukan jin sahaja menyerupa,
Dalam FB lagi ramai puaka.

Monyet dan buah nangka,
Banyak di Pekan Tronoh;
Ramai berebut masuk neraka,
Wassap gambar tak senonoh.

Harimau tompok di kepala,
Belang pula di tengah dada;
Tiada lagi dosa dan pahala,
Menulis macam tuhan tiada.

Babi Hutan kehitaman,
Melintas kebun bertiga;
Berhujah macam ilmuan,
Jahilnya terserlah juga.

Wallahua'lam.
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com