Pagi ini kecoh lagi tentang ucapan Presiden PKR mengenai PKR ingin membakul-sampahkan KETUANAN MELAYU. Ada pula seorang Sultan yang berdukacita ...
Saya juga membaca komen Ketua Pemuda PAS Pusat dalam Kosmo hari ini tentang beliau tidak bersetuju sekiranya pemerintahan UMNO dan BN yang ternyata zalim dijatuhkan dan diserahkan pula teraju negara ini kepada orang bukan Islam walau pun beliau kelihatan adil.
Saya cuba analisa kedua-duanya. Teks Ucapan Dasar Presiden PKR saya teliti dan komen saya:
1) Teks ucapan ini tidak bermaksud untuk menghapuskan "Ketuanan Melayu" secara total.
2) "Ketuanan Melayu" yang hendak dihapuskan ialah "Ketuanan Melayu" yang disalahgunakan oleh UMNO.
3) Ternyata bahawa media massa telah memesongkan maksud sebenar ucapan ini.
4) Perlembagaan Persekutuan akan dipertahankan. Ini bermakna tidak akan terusik Institusi Melayu seperti Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan sebagainya. Kenapa Sultan perlu berdukacita pula?.
4) Kurang bijaksana Presiden PKR mengutarakan topik ini ketika ini yang pastinya akan dimanupulasikan oleh musuh untuk memudaratkan PKR yang kini telah terjerumus dalam pelbagai masalah dalaman.
Komen saya tentang kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat:
Sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat, sudah semestinya beliau tidak akan bersetuju untuk menjatuhkan UMNO dan BN yang ternyata zalim dan diserahkan pula kepada orang bukan Islam untuk meneraju negara ini.
Perjuangan kita adalah untuk menegakkan Negara Islam yang merupakan perintah Allah swt dan Rasulnya. Ternyata dalam sejarah, Negara Islam di seluruh dunia yang diterajui oleh orang Islam dari pelbagai bangsa seperti Arab, Moghul, Melayu, Cina, India dan sebagainya tidak menzalimi penganut agama lain dan bangsa lain.
Negara Islam wajib diterajui oleh orang Islam sendiri. Ini adalah prinsip perjuangan yang mesti dipertahankan oleh setiap ahli PAS selari dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam. Sekiranya ada ahli yang tidak bersetuju, maka wajarlah dia meninggalkan parti PAS ini. Seandainya majoriti ahli tidak bersetuju, eloklah kita lupakan perjuangan ini dan bubarkan saja Parti Islam SeMalaysia ini.
"Tegakkan ketuanan Islam. Keadilan untuk semua"
Walalhu'alam. Sekian.
Abdullah bin Mas'ud Sang Ahli Al-Quran
-
[image: sahabat nabi]
Abdullah bin Mas'ud adalah sahabat Nabi Muhammad dan orang keenam yang
masuk Islam setelah Nabi Muhammad mengawali dakwah di Meka...
2 years ago
No comments:
Post a Comment