SELASA 28 JAN 2014:
PANTUN PRK KAJANG
Anak ayam dan anak itik,
Anak itik berjalan tergedik;
Kajang ini mainan politik,
Politik gila kuasa kurang cerdik.
Menunggu kalam Presiden.
Hampir pasti aku akan pinggirkan PRK Kajang.
APA MASALAH DENGAN PRK KAJANG?
Andai perletakkan jawatan ADUN Kajang CC Lee TANPA alasan kukuh, HANYA untuk memberi laluan kepada Yb Dato' Sri Anuar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar, ianya adalah sesuatu yang meloyakan rakyat dan aktivis kerana:
1) Mandat rakyat dengan mudah dipermainkan.
2) Pembaziran jutaan duit rakyat.
3) Sudah 2 kali perkara yang sama berlaku kepada susuk yang sama.
4) Memberi ruang yang besar kepada BN untuk memburukkan keadaan.
5) Pakatan Rakyat Selangor dipandang remeh.
Jika Anwar Ibrahim tidak menjadi MB sekali pun, Pakatan Rakyat mesti bertanggungjawab. Benar itu adalah kerusi PKR tetapi membiarkan PKR meneruskan sesuatu usaha yang merugikan tanpa menegur merupakan pengkhianatan ke atas rakyat.
Andai PAS yang berbuat begitu, pasti ramai yang berkokok. Andai BN membuat onar yang serupa lagi adakah PR akan berdiam diri?.
Wallahua'lam.
KHAMIS 30 JAN 2014
PANTUN MOHON AMPUN
Pakatan Rakyat sudah sama dengan Barisan Nasional. Bezanya PR buat dalam skala mikro dan BN dalam skala mega.
Jangan hairan andai PR akan saling tak tumpah sama seperti BN andai tiada kritikan & teguran dari kalangan PR sendiri.
Anak itik dan anak angsa,
Berkejaran di tengah laman,
Seekor mati di bawah rumpun;
Dosa itu tetaplah dosa,
Kezaliman itu tetap kezaliman,
Usah berdalih mohonlah ampun!.
PANTUN MENUNGGU KALAM PRESIDEN
Nyalas kampung terpencil,
rakyat duduk berselerakan;
Kita rela tanggung dosa kecil,
Dosa besar lebih wajib dihapuskan.
Hutan Nyalas ada kancil,
Kancil kurus kurang makan;
Kita telan kezaliman kecil,
Kezaliman besar lebih wajib dilupuskan.
Pekan Nyalas asalnya eden,
Sumpah pendekar masih di dada;
Menunggu kalam presiden,
Kajang akan dirempuh juga.
Insya Allah
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment