(BANTULAH SELAGI TERDAYA)
Pondok usang tepi hutan,
Meratiplah si warak alim;
Dunia ini penuh keperitan,
Kerana insan ramai zalim.
Rumah banglo di kotaraya,
Penghuninya mengira laba;
Yang kaya semakin kaya,
Yang miskin teruslah papa.
Setinggan di Batu Tiga,
Makan nasi lauknya kuah;
Amanah jadi urusniaga,
Urusniaga riba dan rasuah.
Duduk reramai di kongsi,
Pekerja cuma menjilat jari;
Nak mencari sesuap nasi,
Kerja pagi balik dinihari,
Duit gaji tiada berbaki,
Hidup terasa nak mati;
Penguasa goyang kaki,
Taukeh projek hulur bakti.
Rumah kedai berpenunggu,
Pelanggan tiada jadi muflis;
Umar ibnu Aziz ditunggu,
Yang muncul Umar kapitalis.
Rumah banglo kehijauan,
Penghuni lena kepenatan;
Bilakah Allah beri bantuan,
Dunia kini penuh keperitan.
Wallahua'lam. Insya Allah
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com
SUMBANGAN LAPTOP DIPERLUKAN |
Pelajar miskin perlukan laptop. Klik sini.
No comments:
Post a Comment