Wednesday, October 1, 2014

MINYAK NAIK LAGI.

MINYAK NAIK LAGI.

Berebut isi minyak malam ni.
Kerja tak berapa cerdik sebegini.
Jimat RM10 utk 50 liter kalau diisi.
Tak berbaloi malah boleh sakit hati.



Cari jantung dan daun pisang esok pagi.
Atau cari pucuk paku atau pucuk ubi.
Jual mungkin lebih banyak diperolehi.

Berpuasa sunat cuma 2 hari.
Atau elak 2 kali makan tengah hari.
Mungkin RM10 boleh dikembali.



Lupuskan UMNO dari muka bumi.
Masukkan BN dalam muzium negeri.
Mungkin minyak kembali disubsidi.
Rakyat boleh senyum nampak gigi.
Yang bujang boleh fikir nak beristeri.

Pembangkang asyik nak berkelahi.
Ahli parti nak berbalah sesama ahli.
Sibuk nak jatuhkan presiden sendiri.
Akhirnya, BN jadi raja penuh imuniti.

Hehehe...

Wallahua'lam.
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
6 Zulhijjah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

No comments: