Sunday, May 12, 2013

PANTUN 6 KERAT UNTUK SPR & SEKUTU

Keadaan Malaysia sudahlah tenat,
Rakyat susah makin sengsara,
Pejuang Pakatan jangan rasa jemu;
Jika benar SPR & sekutu berkhianat,
Kau hancurkan mereka segera,
Kau hantarlah bala tentera Mu.

Amin Ya Allah....


Friday, May 10, 2013

SYARAT UTAMA UNTUK BERGABUNG



Ayam Jalak ayam sabung,
Tunjuk kuat diluar gelanggang;
Ini syarat utama untuk bergabung,
Islam ditegakkan kebangsaan dibuang!.

Ayam Jalak dalam belukar,
Sembunyi diri takut berlaga;
Tak mungkin maaruf bersatu mungkar,
Syurga dan neraka berasingan juga.

Ayam Jalak kena sumpahan,
Berlagak kuat hanya di laman;
Bukan jumlah kerusi jadi taruhan,
Suruhan Allah jadi pedoman.

Wallahua'lam

Thursday, May 9, 2013

APA NAK JADI DENGAN PKR SELANGOR NI...

Di Selangor DAP 15 kerusi, PAS 15 kerusi dan PKR 14 kerusi. Salah ke DAP dan PAS mencadangkan sesiapa pun untuk jadi MB?.

ZURAIDA MELENTING NI KENAPA?. Kalau PKR kalah teruk di Selangor, kerusi MB milik PKR juga ke?. 

Siap tuduh orang gilo kuaso. Diri sendiri macam mano?. Hehehe...


Jangan jadi ahli neraka,
Mulut celupar berhati jahat;
Jangan melatah sesama kita,
Nanti jadi Pakatan dibenci rakyat!.


wallahua'lam

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=6238

http://wfauzdin.blogspot.com/2013/05/isu-mb-selangor-ketua-wanita-pkr-jangan.html

Wednesday, May 8, 2013

PANTUN BLACK-OUT 508

Sudah resam perangai lalat,
Hurung tahi dan bangkai mati;
Negara ini negara berdaulat,
Bukan negara untuk PATI.

Lebih mulia katak berudu,
Dalam air berkilau-kilauan;
Semua bangsa bersatu padu,
Tolak PRU yang penuh penipuan.

Anak kijang dilanggar mati,
Dilanggar oleh tuan peraih;
Semuanya nyata dengan berbukti,
Jangan SPR hendak berdalih.


Hahaha...

Wallahua'lam.

PANTUN DAKWAT KEKAL SEKEJAP

Bawah regim rakyat sengsara,
Harga meningkat segala barangan;
Dakwat kekal hanya sementara,
SPR penipu terang-terangan.

Ikan kembung ikan tenggiri,
Makin mahal bukan rekaan;
Rakyat diperbodohkan pemimpin sendiri,
Gambar membuktikan segala dakwaan.


Kekekeh...

http://www.sinarharian.com.my/najib-rakam-penghargaan-kepada-rakyat-malaysia-pilih-semula-bn-1.157305

Friday, January 18, 2013

Tetap dalam PAS walau apa terjadi!.


Lawan UMNO sampai mati,
Moga pahala Allah ganjari;
Dalam kepayahan bangunkan parti,
Dah nak menang takan undur diri.

UMNO parti sampai ke Sabah,
Akan tumbang akhirnya juga:
Letak jawatan mungkin munasabah,
Bagi laluan orang muda lagi bertenaga.

UMNO sudah tidak keruan,
Meroyan merasuk menjadi-jadi;
Keluar dari PAS satu kehinaan,
Tetap teguh apa pun yang terjadi!.

Wallahu'alam In Sha Allah..

Friday, January 4, 2013

PANTUN KU RINDU PEMBERI BANTUAN DI AKHIRAT.


Kuih bakar kuih bahulu,
Penuh dalam satu kuali;
Hati ku merindu tiada yang tahu,
Teringin berjumpa ketuanya wali.

Buah durian buah papaya,
Sedap juga si buah duku;
Setiap hari aku mengingatinya,
Adakah tuan juga ingati daku?.

Gulai ikan sepat dan ikan puyu,
Dimakan bersama ulam pegaga;
Ketika terkenang hati ku sayu,
Bila boleh ku temu penghulu syurga.

Dari Seremban menuju ke Tampin,
Singgah di Rembau memjadi tetamu;
Engkaulah kekasih engkaulah pemimpin,
Sudilah terima aku sebagai teman mu.

Idaman mukmin baik kesudahan akhir,
Moga bertemu Tuhan jadi ketentuan,
Jika tidak, tiada guna timur dan barat;
Air mata ingin saja menitis mengalir,
Mengharap bergabung bersama tuan,
Di dunia ini lagi sebelum di akhirat.


HUSAINI
21 Safar 1434
Jumaat 4 Jan 2013