Sunday, January 23, 2011

Tenang macam Bagan Lalang?

Nampaknya Cina tenang boleh beri sokongan padu,
Melayu dan India nampaknya masih ragu-ragu!
Disogok dengan pelbagai kempen TV tiga suku,
Janji pembangunan dan peruntukan macam angin lalu,
Semua jentera kerajaan dah lama jadi komponen sekutu,
Memang sah BN salah guna kuasa dan tak tahu malu!.

Suasana Tenang macam Bagan Lalang,
Samseng Pemuda UMNO naik motor lalu lalang,
Diupah BN untuk menjadi garang,
Bukannya sikit tapi beratus orang,
Dengar cerita petugas PR habis dihalang,
Untuk berkempen di kampung kononnya terlarang.

Demokrasi di Malaysia macam puki ayam,
Habis semuanya diguna BN tanpa kenal halal haram,
Pakatan Rakyat pula tak berani nak melawan,
Takut suasana Tenang jadi tidak aman,
Gusar Pakatan Rakyat jadi kambing hitam,
Semakin susah Putrajaya nak di tawan.

Kalau seteruk ini suasana dan keadaannya?,
Akhirnya "darurat politik" akan jadi senjata,
Sekiranya PR menang dalam pilihanraya,
Untuk halang PR memerintah satu Malaya,
Apa gunanya segala penat dan usaha,
Kalau akhirnya kecundang juga.

Fikirkan......

Monday, January 3, 2011

Rasi Yatim Perogol Misteri

Sidang Akhbar PAS Negeri Sembilan hari ini....
Bertahun-tahun menjadi misteri,
Ada pelindung peringkat tertinggi,
Rahsia juga disimpan oleh si isteri.
Melalui laporan media luar negeri,
Baru kini identiti dikenali.

Ramai orang berkata di sana-sini,
Rais Yatim perogol bertaraf menteri,
Kalau tak bersalah, bersihkan nama sendiri,
Kalau tidak, sila letak jawatan & undur diri.

Meh kita samo-somo kuburkan BN ke dalam bumi,
Malu rakyat Negeri Sembilan tidak terperi,
Punyai ahli parlimen bertaraf menteri,
yang menjadi perogol misteri selama ini!

Sunday, January 2, 2011

Perogol taraf menteri - PR N9 senyap sunyi

Pantun untuk PAS dan PR Negeri Sembilan.....

Rais Yatim perogol bertaraf menteri,
Sibuk dikatakan orang di sana sini;
PAS dan PR Negeri Sembilan senyap sunyi,
Tiada tindakan konkrit goncangkan BN negeri sendiri.

Hairan aku dengan PAS Negeri Sembilan,
Menteri perogol berasal dari negeri ini,
PAS tempat lain yang yang sibuk berbunyi;

Thursday, December 30, 2010

DPPNS = Dewan Pemudi PAS Negeri Sembilan

DPPNS bagi saya singkatan kepada Dewan Pemudi PAS Negeri Sembilan kerana majoritinya pemalu dan penakut macam perempuan atas pelbagai sebab dan alasan yang tidak patut ada pada diri seorang lelaki bergelar pejuang Islam. Antara contohnya:

1) Ramai yang handal bercakap tapi setakat berani dalam mesyuarat dan paling tinggi dalam surau. Pentas ceramah politik hanya untuk orang lain!.
2) Ramai yang tak mahu zahirkan dirinya sebagai AJK DPPNS takut terlucut jawatan dan takut perniagaan gulung tikar. Ironisnya, ada yang menyorok-nyorok ketika mengedar risalah PAS!
3) Takut nak keluarkan kenyataan akhbar nanti terjejas dan ter"kubur" PAS satu Malaya.
4) Sedih tengok demontrasi yang PAS buat terutamanya di Negeri Sembilan ni. AJK DPPNS ini ramai tapi tak nampak wajah. Hanya seorang atau dua yang ada hidung. Mungkin yang lain berada di barisan belakang bersama-sama muslimat sedang memakai purdah!.
5) Mengharapkan pemuda berdepan dengan samseng UMNO dan melindungi ahli-ahli PAS terutamanya muslimat tetapi pemuda sembunyi diri dalam markas bila diserang oleh samseng UMNO dan tak mampu berdepan dengan mereka. Mana perginya jihad ulama-ulama muda yang ada ijazah tasawur Islam. Alahai....

AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan  WAJIB ke depan, membarisi benteng paling awal dalam semua situasi terutamanya yang kritikal sambil "Memukul gendang" dan bersedia dengan segala kepakaran dan bunga persilatan dengan gaya yang nampak gagah serta berani, barulah ahli-ahli PAS yang lain turut sama bersemangat untuk berjuang.

Alasan muak yang serik terdengar "Kita kena faham dan jaga kepentingan sahabat sheikh". Kalau begitu siapa pula nak jaga kepentingan Islam dan Parti. AJK DPPNS kebanyakkannya bergelar ulama muda dan sepatut sudah ditarbiyah dengan pengorbanan dan jihad tapi kebanyakkan masih lagi berstatus "pemudi".

DPPNS perlu berubah atau singkatannya Dewan Pemudi PAS Negeri Sembilan akan kekal selamanya...

Sunday, December 26, 2010

PAS Rembau punyai ramai tokoh berwibawa.

Salam,

PAS Kawasan Rembau mempunyai ramai tokoh yang boleh diketengahkan terutamanya sebagai calon PRU13 untuk berkhidmat kepada masyarakat Rembau.

Saya senaraikan bebarapa tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia politik dan korporat iaitu:


Di samping itu PAS Kawasan Rembau juga mempunyai tokoh-tokoh baru dan muda yang mampu membawa masyarakat Rembau ke arah yang lebih progresif iaitu:


Ini bukan kesemuanya tokoh-tokoh PAS Kawasan Rembau yang mempunyai potensi untuk PRU13 tetapi masih ada tokoh-tokoh yang tidak mahu dan tidak boleh ditonjolkan ketika ini disebabkan pelbagai faktor.

Saya selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau bagi pihak semua AJK Pemuda PAS Kawasan Rembau mengumumkan bahawa kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 di semua DUN-DUN Kawasan Rembau dan Parlimen Rembau. Semoga persediaan awal ini, dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemenangan cemerlang di semua DUN dan Parlimen Rembau. Seterusnya PR berjaya menawan Negeri Sembilan. Insya Allah.

Saturday, December 25, 2010

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan perlu berubah.

Salam,

Alhamdulillah.... Seremban dah berubah dan pulih. Dewan Pemuda Negeri Sembilan pula perlu berubah dan perlu SEGERA menampakkan perubahan tersebut untuk menjana kejayaan PRU13. Insya Allah.

DPPNS punyai ramai AJK-AJK yang terpelajar. Yang saya tahu hanya seorang sahaja yang tidak menjejaki kaki ke universiti. Intelek ada & jurutera pun ada, pensyarah universiti ada dan cikgu @ ustaz sekolah pun ada juga, pengurus ada, usahawan berjaya pun ada juga, imam surau ada, dan bekas imam masjid pun ada juga bekas SU Kerja Dewan Ulama' Pusat ada, dan pakar dan bekas penterjemah Bahasa Arab Astro pun ada juga. Pendek kata semua golongan elit ada dalam AJK DPP PAS Negeri Sembilan. Masalahnya kenapa DPP Pas Negeri Sembilan ini seolah-olah tidak wujud sama sekali terutamanya di mata rakyat merata?.

Tunggu artikel seterusnya... Insya Allah.