Wednesday, August 3, 2011

MELAYU DITIPU....BILA NAK MENGAMUK

Pak Najib berhari-hari mencari kayu,
Tinggalkan Imelda Rosmah merintih-rintih;
Amuk asal  perkataan Melayu,
Ada dalam Kamus Orang putih.

Hishamudin tinggi menjulang keris,
Kalau mati dihanyut dalam perahu;
Amuk tiada dalam Bahasa Inggeris,
Kerna amuk hanya orang Melayu yang tahu!.

Habis duit rakyat berbilllion kena sapu,
Rakyat susah, kita melihat hati jadi remuk;
Dah banyak kali orang Melayu kena tipu,
Bila lagi nak ramai-ramai mengamuk!.

Imelda Rosmah meraung sakit gigi,
Pak Najib terkejut di malam buta;
Rakyat menderita sara hidup makin tinggi,
Imelda Rosmah pakai cincin RM24 juta.

Pak Najib seorang PM yang nakal,
Di Port Dickson pernah bercanda,
Dengan artis yang cantik mempesona;
Bersih 2.0 nak dakwat kekal,
Supaya tiada undi berganda,
Kenapa SPR berat sangat nak laksana.


Jual kelapa sawit berjuta-juta tan metrik,
Kenapa peneroka susah berkodi-kodi;
SPR dan kerajaan beriya-iya nak biometrik,
Supaya senang daftar PATI jadi pengundi.

Pak Najib pengsan tercekik tulang ikan,
Imelda Rosmah gembira terloncat-loncat,
Sebab Najib tinggalkan emas berkarat-karat;
Negara sendiri PATI yang tentukan,
Rakyat sendiri melopong jadi bangsat,
Bila lagi Rakyat nak ajar BN keparat!.

Bermain badminton bersama Pak Hidayat,
Bermain di dewan SMK Kulim;
Pasukan Polis diharap menjaga rakyat,
Kenapa menjaga pemerintah yang zalim.

Pak Najib digigit seekor unggas,
Unggas lenggang lengguk sambil berlari;
Polis kena amanah jalankan tugas,
Tapi tipu Mat Sabu jatuh sendiri.


Anak Pak Najib bertatih-tatih,
Imelda Rosmah berlari ke sana-sini;
Polis menipu rakyat dengan video hitam putih,
Dah keluar video CCTV Mat Sabu warna-warni.

Pak Najib menaiki bot untuk menyelam,
Mati tercekik tertelan ikan tuna;
Melayu mulia sebab menjunjung Islam,
Melayu juga terkeji jika Islam dihina.

Anak Pak Yassin memakai petua,
kalau nak jadi PM kena tunjuk kealiman;
Islam menuntut keadilan untuk semua,
Jangan Melayu pula mendokong kezaliman.

AKU DAH GERAM SANGAT NI.....
BILA MELAYU ISLAM NAK MENGAMUK NI.....
HABIS KENA TIPU SETIAP HARI..
OLEH BN, SPR, JPN DAN POLIS SENDIRI..

Thursday, July 28, 2011

Percuma: Sampul Duit Raya


Bulan Ramadhan kita meriahkan,
Dengan pesta ibadah hambakan diri;
Gelombang kuning mesti disemarakkan,
Sebarkan sampul ini di kampung sendiri.

Pergi terawih ke masjid sekeluarga,
Berserban cantik indah berseri,
Sampul duit raya kuning dan jingga,
Untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Dari Negeri Sembilan ke Medan,
Beli banyak barangan tidak terbawa;
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan,
Semoga kita semakin bertakwa.

Untuk dapatkan sampul duit raya, klik di sini.

Friday, July 15, 2011

PANTUN JENAKA: PM DIMALUKAN DI UK


Anak Razak pengsan tercekik papadom,
Melihat Anak Mansor memeluk erat si Roslim,
Konon nak lari dari BERSIH terus ke United Kingdom,
Harap-harap orang luar tak tahu KERAjaan zalim.

Anak Mansor memakai sebentuk cincin,
Harga berjuta buat Anak Razak terpening-pening;
Malu besar PM suami isteri mengadap Ratu kelmarin,
Sebab Ratu Elizebeth berpakaian serba kuning!.

Najib dan Rosmah mengadap Ratu Britain berpakaian kuning!.
















Anak Mansor sering memakai bikini,
Kononnya nak buat anak Razak bertambah kasih;
Malu besar PM di United Kingdom hari ini,
Bila disambut rakyat Malaysia melaungkan BERSIH.

Rakyat Malaysia & luar berdemo menyambut Najib.
















Anak Razak terjumpa batu geliga di Pulau Jerjak;
Anak Rosmah minum air geliga untuk hilangkan haus,
Baju Kuning masih terus menghantui Najib Tun Razak,
Terus cabut melihat orang berdemo di Mansion House.

Anak Rosmah gila-gila melaram,
Berjuta duit rakyat habis tidak tertulis;
Berdemo di UK aman tenteram,
Berdemo di Malaysia dihentam polis.

Anak Mansor bermimpi dan berair liur basi,
RM73.48 juta hanya untuk sebentuk cincin sendiri;
Itu tandanya KERAjaan Malaysia regim kuku besi,
Habis rakyat dijadikan hamba untuk kesenangan diri.

Baca sini mengenai cincin Rosmah berharga RM73.48 juta..

Najib terus melarikan diri apabila disambut BERSIH di Mansion House.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anak Rosmah memotong bulu-bulu kening,
Anak Razak terperanjat tersedak biji-biji selasih;
Setiausaha Pengangkutan UK memakai tali leher kuning,
Mungkin sebagai tanda sokongan kepada BERSIH.
 
Anak Mansor menari melompat-lompat,
Konon senam aerobik untuk kurus segera;
PM Malaysia dimalukan di serata tempat,
Di dalam negeri mahu pun diluar negara.
 
Anak Razak terus hilang selera,
Bila Anak Mansor berbaju kebaya;
PM Malaysia sila merombak SPR segera,
Supaya lebih telus dan adil dalam pilihanraya.

Anak Mansor putih tapi tiada seri di muka,
Sebab habis duit rakyat dia berbelanja;
Inilah pantun seloka sambil berjenaka,
PM Malaysia dimalukan diluar negara.
 

Wednesday, July 13, 2011

BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0

BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0

Anak Tun Razak dapat batu geliga,
Tersangkut kaki jatuh tersemban di atas paya;
TG Nik Aziz bersetuju diadakan BERSIH tiga,
Demi untuk sebuah keadilan dalam pilihanraya.
Baca sini,

Anak Tun Razak hilang selera,
Bila Rosmah pakai kebaya panggil kekanda;
Pemuda PAS Perak pula minta BERSIH 3.0 disegera,
Kerana pihanraya yang adil keutamaan anak muda.
Baca sini.

Anak Tun Razak bertanding di Pekan,
Menang kerana undi pos tentera;
Ketua Pemuda PAS Pusat bersedia nak gerakkan,
Untuk membersihkan imej kerajan dan juga negara.
Baca sini.

Anak Tun Razak hendak mati,
Baru tersedar diri hamba Allah yang kerdil;
Marilah tuan-tuan seruan ini kita sahuti,
Demi memastikan pilihanraya telus lagi adil.

Anak Tun Razak berperahu di Tasik Cini,
Sambil menyanyi-nyanyi lagu Rabbani;
Mati syahid tujuan dan matlamat hidup ini,
Semoga Allah swt kurniakan hajat di hati.

Anak Tun Razak ke Britain kini,
Tinggalkan negara yang lintang pukang;
Kalau semua rakyat gagah dan berani,
Polis pun lari jika sejuta yang datang.

Anak Tun Razak memakai bikini,
Tergelak anak mamak tergeli-geli;
Tidak mustahil sejuta yang datang kali ini,
Jika pemimpin berkempen setiap hari.

Anak Tun Razak tidak makan berhari-hari,
Dihidang pula dengan secebis capati;
Najib dan SPR pasti menggigil gigit jari,
Jika semua rakyat kental dan bersatu hati.

Ayuh! Kita demontrasi BERSIH 3.0 sekali lagi sehingga KERAjaan dan SPR persetujui dengan lapan tuntutan kita ini atau syahid seperti dihajati. Insya Allah.



Monday, July 11, 2011

KEGAGALAN PAS DALAM BERSIH 2.0


Kegagalan paling memalukan parti,
Apabila polis menangkap presiden sendiri,
Bersama "hulubalang-hulubalang" kononnya bistari,
Di waktu pagi sebelum BERSIH 2.0 bermula lagi.

Unit keselamatan entah ke mana pergi,
Atau pemimpin-pemimpin hanya ikut rasa hati,
Tidak ikut perancangan awal yang dirancang rapi,
Hanya perancangan Anwar Ibrahim di saat akhir diikuti.

Konon nak buat sidang media di luar kawasan dilarang,
Tapi pasti polis tahu di mana lokasi semua "general perang",
Presiden dan "hubalang-hubalang" diperangkap senang,
Tindakan paling bodoh ketika BERSIH 2.0 hampir menjelang!.

"Hubalang-hulubalang" yang tidak pergi sidang media,
Bersama-sama rakyat dapat berarak semuanya,
Tapi sayang hanya tinggal beberapa kerat sahaja,
Rakyat seperti kapal tanpa nakhoda!.

PAS kata mempunyai sejuta ahli dari seluruh negeri,
Andai separuh berani turun berdemontrasi,
Pasti penuh Dataran Maybank hingga ke KLCC,
Tidak termasuk ahli-ahli NGO, PKR dan DAP!.

Ternyata PAS punyai ramai ahli yang tidak cukup berani,
Begitu juga dengan kebanyakkan pemimpinnya sekali,
Walau pun "tarbiyah" dan jihad mainan bibir setiap hari,
Sehingga sangka ramai yang sanggup berjuang sehingga mati!.

Dalam perang kita tahu siapa orang awam siapa tentera,
Kita kenal siapa prebet dan siapa pula laksamana,
Dalam Bersih 2.0 kita tak tahu dan tidak kenal sesiapa,
Ahli atau pemimpin PAS atau SB semuanya sama sahaja.

Selalunya Unit Amal berpakaian merah,
Barulah semua kenal dan patuh bila diarah,
Baju kuning lambang penyatuan BERSIH 1.0 dalam sejarah,
Tetapi BERSIH 2.0 baju kuning hanya tinggal di rumah!.

Walau bagaimanapun TAHNIAH untuk kita,
Yang sanggup datang dari merata-rata,
Sehingga ada yang seminggu dalam KL berada,
Hanya untuk tuntut keadilan dalam pilihanraya.

Ada yang syahid sesak nafas kerana pemedih mata,
Ada yang cedera dan patah kaki dipijak mata-mata,
Semoga Allah swt menganjari kita dengan pahala,
Sehingga membawa kita semuanya ke dalam syurga.

Insya Allah..

Tuesday, July 5, 2011

Apa BN dan SPR kesah kalau kita berkumpul di stadium?

Bukan kita nak sangat berdemontrasi,
Bukan kita bersemangat membuta tuli,
Bukan kita gian nak pakai baju kuning sehari,
Bukan juga nak bermusuh dengan polis bersenjata api,
Bukan juga kita nak lawan FRU dengan cota di sisi,
Bukan juga kita nak sembah derhaka pada Tuanku yang dikasihi.

Kita hendak supaya BN dan SPR tertekan,
Sebab kita sanggup mati dan harungi kesusahan,
Sebab media antarabangsa akan buat liputan,
Sebab rakyat akan buka mata dan berubah pandangan,
Sebab Sultan kita akan sedar dan mula campurtangan,
Sebab ini lakaran sejarah demokrasi baru untuk generasi depan.
 
Kita mahu SPR buat perubahan,
Kita mahu senarai pengundi dibersihkan,
Kita mahu undi pos direformasikan,
Kita mahu dakwat kekal digunakan,
Kita mahu kempen minima 21 hari ditetapkan,
Kita mahu akses kepada media dipermudahkan,
Kita mahu Institusi Awam diperkukuhkan,
Kita mahu amalan rasuah dihentikan,
Kita mahu politik bersih diamalkan.
 
Kalau berkumpul di stadium buat BN dan SPR tertekan,
Sehingga mereka rela melakukan perubahan,
Sehingga mereka sanggup memenuhi tuntutan,
Ayuh kita berkumpul ramai-ramai tanda sokongan.

Untuk apa kita berkumpul ramai-ramai di stadium,
Walau berkumpul setiap minggu sekali pun,
Jika BN dan SPR hanya sinis tersenyum,
Jika BN dan SPR masih boleh berbalas pantun,
Jika BN dan SPR masih seperti sebelum.

Untuk apa kita berkumpul di stadium ini,
Dari pagi sehingga dinihari,
Kalau BN dan SPR masih tidak sedar diri,
Kalau pilihanraya tetap akan BN manipulasi,
Kalau untuk ditipu hidup-hidup oleh SPR sekali lagi,
Kalau untuk dianjingkan oleh BN dari dulu sehingga kini,
Kalau rakyat tetap susah dalam kehidupan sehari-hari,
Walaupun negara kaya tidak terperi!.

Ayuh, Malaysia perlukan Jebat sekali lagi!

Friday, June 24, 2011

Anak muda bangga ditangkap kerana pakai baju BERSIH... Bravo.


Malam kelmarin, seorang orang kuat cawangan ambil baju BERSIH dari saya 20 helai dan soalan yang ditanya, "Kalau bawa baju BERSIH ni kena tangkap polis tak?". Saya jawab "Kesalahan apa bawa baju BERSIH?. Kenapa polis nak tangkap?. Saman kalau dia tangkap".

Hari ini seorang anak muda begitu bangga kerana ditangkap kerana memakai baju bersih. Bravo!. Beginilah anak muda yang berani kerana benar. Beliau sedang pertimbangankan untuk menyaman pihak polis yang bertindak sesuka hati mak bapak diaorang saja!. memang lucu pihak polis sekarang selucu UMNO dan BN yang dah buang tabiat sebab dah hampir menemui ajalnya!.

Baca cerita lanjut di sini.