1. Melihat situasi terkini yang menandakan pilihanraya umum semakin hampir, DPPN9 menggesa supaya Badan Perhubungan PAS N9 meletakkan calon-calon muda yang BERPENDIDIKAN TINGGI, BERKETRAMPILAN, MUDA dan SIHAT.
2. DPPN9 telah memutuskan bahawa calon PAS bagi pilihanraya Umum ke-13 mesti bernisbah 60:40 iaitu 60 peratus calon muda. Kami juga mendesak mana-mana kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS sebelum ini sebanyak DUA kali berturut-turut oleh calon yang SAMA dan TEWAS hendaklah diganti oleh calon yang baru dan berwibawa seperti LENGGENG, BAGAN PINANG, SENALING dan JOHOL.
3. Kami juga menyokong penuh calon MUSLIMAT diketengahkan diperingkat DUN dan Parlimen.
4. Kami akan berusaha gigih untuk memastikan jentera pemuda mempertahankan DUN PAROI pada pilihanraya akan datang, dan berusaha menambah jumlah kerusi PAS dalam DUN serta memperoleh kerusi sulung Parlimen.
5. Justeru, kami mendesak BPPN9 dan Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) mengadakan mesyuarat PENUH dengan segera setelah lebih EMPAT BULAN tertangguh bagi menyelesaikan kemelut sesama mereka serta menggerakkan jentera bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Ust Mohd Khairil Anwar Mohd Wafa
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
