skip to main |
skip to sidebar
Showing posts with label
PANTUN BAHANA FB DAN SEUMPAMA.
Show all posts
Showing posts with label
PANTUN BAHANA FB DAN SEUMPAMA.
Show all posts
Lembu mangsa serigala,Bangkai di kebun jagung;Ramai orang sudah gila,Meroyannya tiada hujung.
Tupai-tupai di kebun kelapa,
Tebuk kelapa datang murka;
Bukan jin sahaja menyerupa,
Dalam FB lagi ramai puaka.
Monyet dan buah nangka,
Banyak di Pekan Tronoh;
Ramai berebut masuk neraka,
Wassap gambar tak senonoh.
Harimau tompok di kepala,
Belang pula di tengah dada;
Tiada lagi dosa dan pahala,
Menulis macam tuhan tiada.
Babi Hutan kehitaman,
Melintas kebun bertiga;
Berhujah macam ilmuan,
Jahilnya terserlah juga.
Wallahua'lam.
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com