Thursday, April 21, 2011

Fatah: Pemimpin PAS tak perlu risau jika dicabar

YB Abdul Fatah Harun

Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini.


Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.

"Pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan," kata ADUN Bukit Tuku itu, di Rantau Panjang hari ini.

Beliau berkata pemimpin PAS yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri agar dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi.

"Malah, pemimpin tertinggi sendiri sedia berundur jika mereka merasakan tidak berkemampuan untuk terus memimpin atas sebab-sebab tertentu, termasuk faktor usia atau kredibiliti dipersoalkan. Sebab itu tidak pernah berlaku perebutan dalam PAS," katanya.

YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Abdul Fatah diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor berkata beliau sedia ditentang bagi jawatannya itu.

Sebelum itu, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa dicalonkan PAS kawasan Bukit Bintang untuk bertanding merebut jawatan presiden parti.

 
Nota: Pemimpin PAS Negri Sembilan macam mana?...

Tuesday, April 19, 2011

Bezanya Presiden dengan pemimpin PAS NS.

Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan

"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.

Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.

"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.

Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.

Ikuti artikel penuh di sini.

Nota:
Beza sangat ketara di antara Presiden PAS dan pemimpin PAS Negeri Sembilan, di mana pemimpin PAS Negeri Sembilan sanggup bermusuh dengan sesiapa sahaja yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai pemimpin nombor wahid Negeri Sembilan, apatah lagi jika dirasakannya ada yang berpotensi menggantikannya. Memusuhi siapa saja termasuk ahli Kelab Penyokong PAS, ahli-ahli PAS, sahabat karib dalam perjuangan & pemimpin PAS tempatan yang lain. Malahan ada yang bermusuhan berdekad-dekad lamanya!..

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” (Muslim)

Memutuskan silaturahim adalah satu kezaliman. Ikuti hukum tidak bertegur sapa di sini.

Mohon maaf. Wallahu'alam.

PAS N9 - nak selesaikan masalah atau ......

Thursday, April 14, 2011

Jangan cenderung, musuhi dan perangi kezaliman.


1) PERINTAH ALLAH SWT UNTUK BERLAKU ADIL & LARANG KEZALIMAN.
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya".
An- Nahl 16:90

Allah Azza wa Jalla memerintahkan kita bersikap adil dalam segala perkara; sebab itulah umat Islam disifatkan oleh Allah Ta'ala "Ummatan Wasata" (umat yang adil).

Umat Islam dijadikan oleh Allah Ta'ala sebagai "Ummatan Wasata"

"Ummatan Wasata": bermakna "Umat yang pilihan lagi adil", dan juga bermakna "Umat yang pertengahan", iaitu: pertengahan segala pembawaannya, tidak melampaui dan tidak keterlaluan dalam menganut kepercayaannya, demikian juga akhlak dan amalannya, segala-galanya berkeadaan di tengah-tengah sama-sama dipandang, dipelajari dan diusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat. Tiap-tiap orang yang berdiri di tengah-tengah dengan mengambil tahu secara mendalam dan memandang berat kepada perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya, maka pertimbangannya serta pergetahuannya mengenai baik buruknya perkara-kara itu, adalah adil, benar dan sah. Dengan yang demikian, layaklah ia memberi keterangan kepada orang-orang yang keadannya tidak seperti dia.

Diperintahkan juga menjalankan dasar "Ihsan" (berbuat kebaikan); yakni segala perkara yang dilakukan, samada mengenai ibadat atau lainnya, hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan sempurna. "Ihsaan" juga bermakna: memberi pertolongan kepada orang lain yang memerlukan pertolongan, membalas budi orang dengan sebaik-baiknya, dan memaafkan kesalahan orang yang dilakukan kepada kita.

Perintah-Nya yang ketiga dalam ayat ini ialah: hendaklah kita membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan, kerana merekalah yang perlu diutamakan.

Di samping itu kita dilarang daripada melakukan "perkara-perkara yang keji" yang termasuk dalam dosa-dosa besar, seperti perbuatan zina dan sebagainya; dan dilarang daripada melakukan segala perkara yang "mungkar", yakni perkara-perkara yang dikeji oleh Syarak; juga dilarang dari perbuatan "menceroboh" atau melakukan "kezaliman". - Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

2) JANGAN CENDERUNG KEPADA ORANG ZALIM.
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu), kamu tidak mendapat pertolongan"
Huud 11:113

* Yakni janganlah kamu wahai orang Islam bersahabat, atau bekerjasama, atau bersubahat atau pun menyetujui perbuatan orang yang melakukan kezaliman dalam segala bentuknya; lebih-lebih lagi orang yang menjadi musuh Islam dan umat Islam - Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

3) PERANGI ORANG ZALIM.
"Dan jika dua puak orang yang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".
Al-Hujaraat 49:9

4) MUSUHILAH ORANG ZALIM.
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidak ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim".
Al-Baqarah 2: 193

Siapa orang yang zalim itu, ikuti di sini.

Mohon maaf. Wallahu'alam.

Monday, April 11, 2011

Kenyataan Akhbar Ketua DPP Seremban

Kenyataan Akhbar
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban

1. Saya, ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban menyokong penuh kenyataan akhbar Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ust Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa tempoh hari.

2. Sebenarnya, kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan bukanlah membuat kenyataan berunsur peribadi, tetapi adalah merupakan sebahagian dari resolusi Konvensyen Pilihanraya Pemuda pada Februari lepas yang mana perletakkan calon pilihanraya hendaklah dipilih berasaskan kepada keperluan rakyat dan akar umbi.

3. Tujuan resolusi itu adalah untuk melonjakkan gerak kerja pilihanraya dan membina kepercayaan ahli dan pengundi itu sendiri. Ia juga adalah satu usaha untuk mengukuhkan saff bagi menumbangkan UMNO-BN pada pilihanraya yang akan datang.

4. Pemuda PAS Seremban mendesak Badan Perhubungan PAS N9 supaya diwujudkan pihak ketiga yang berkecuali dan bebas bagi membuat analisa dan kajian terhadap permintaan calon di tempat-tempat yang kita tewas sebanyak dua kali berturut-turut dengan calon yang sama, agar dapat dinilai pencalonan yang layak bagi bertanding kerusi tersebut

Mohd Zulkarnain Mohd Zaki
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban
016-2097990

Sunday, April 10, 2011

SMS selepas perjumpaan dengan DH BPPNS


Petang tadi ada perjumpaan di antara DH BPPNS dengan DH DPPNS. Aku keluar mesyuarat tersebut setelah sejam tetapi mesyuarat masih berlangsung. Tindakan saya ini kerana pendapat dan pandangan saya tidak didengari dan dihormati. Selepas keluar mesyuarat aku SMS kepada seorang pemimpin kerdil Negeri Sembilan yang lain. Begini bunyinya:

AKU:
Salam. Teruk aku kena. DPPNS hanya Ust Khairil dan aku shj. 2 lawan 9.

PEMIMPIN KERDIL LAIN:
Apahal kau tak bawa semua pemuda.

AKU:
Pemuda = pemudi. Aku kesian kat ustaz, terkebil2 kena hujah bodoh PJ. Aku keluar awal sbb mesy x de adab. PJ membebel hentam pemuda dan aku hampir 1 jam, aku diam dan hormat. Aku baru brckp bbrp minit, PJ menyampuk & kemudian Zakaria Khalim (TPJ I) pula menyampuk. X nak dengar & x hormat pendpt aku, aku kluarlah. PJ ugut aku, Cikgu Hassan (Ketua Penerangan BPPNS) kata aku pengecut. Tinggal ustaz sorang2.

PEMIMPIN KERDIL LAIN:
Aku dah agak mcm tu. AJK pemuda lain tak dtg apasal

AKU:
Baik x payah dtg kalau mesy mcm tu. X de adab. Jadi gaduh jer nanti

PEMIMPIN KERDIL LAIN:
Ha ha. Pemuda memang bagus, beradab. Lps ni kau org gerakkan tenaga utk buangkan org2 tak beradab tu

Nota:
Mesyuarat untuk membincangkan kenyataan akhbar Ketua DPPNS tetapi isu blog aku dan serangan kepada pemimpin Negeri Sembilan lain yang menjadi isu utama. Aku tak diberi peluang dan ruang untuk bercakap, berhujah dan memberi pendapat dalam forum sebegini yang julung-julung kalinya aku dapat hadir. Insya Allah aku akan terus menulis dalam blog ini kerana inilah satu-satunya ruang yang ada untuk ahli seperti aku di Negeri Sembilan ini terutamanya untuk memjawab tuduhan dan hujah PJ terhadap aku dan blog ini.

Ikuti adab-adab dalam mesyuarat/ syura/ perjumpaan di sini.

Mohon maaf. Wallahua'lam.

Thursday, April 7, 2011

Kenyataan Akhbar Ketua DPPNS - Bravo!

Kenyataan Akhbar
Ketua Dewan Pemuda Negeri Sembilan
Sekadar gambar hiasan....

1. Melihat situasi terkini yang menandakan pilihanraya umum semakin hampir, DPPN9 menggesa supaya Badan Perhubungan PAS N9 meletakkan calon-calon muda yang BERPENDIDIKAN TINGGI, BERKETRAMPILAN, MUDA dan SIHAT.

2. DPPN9 telah memutuskan bahawa calon PAS bagi pilihanraya Umum ke-13 mesti bernisbah 60:40 iaitu 60 peratus calon muda. Kami juga mendesak mana-mana kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS sebelum ini sebanyak DUA kali berturut-turut oleh calon yang SAMA dan TEWAS hendaklah diganti oleh calon yang baru dan berwibawa seperti LENGGENG, BAGAN PINANG, SENALING dan JOHOL.

3. Kami juga menyokong penuh calon MUSLIMAT diketengahkan diperingkat DUN dan Parlimen.

4. Kami akan berusaha gigih untuk memastikan jentera pemuda mempertahankan DUN PAROI pada pilihanraya akan datang, dan berusaha menambah jumlah kerusi PAS dalam DUN serta memperoleh kerusi sulung Parlimen.

5. Justeru, kami mendesak BPPN9 dan Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) mengadakan mesyuarat PENUH dengan segera setelah lebih EMPAT BULAN tertangguh bagi menyelesaikan kemelut sesama mereka serta menggerakkan jentera bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Ust Mohd Khairil Anwar Mohd Wafa
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan