Wednesday, September 24, 2014

PANTUN TABAHLAH WAHAI AHLI PAS


Naik bot melancong,
Bawa kereta sorong;
Hidung tak mancung,
Pipi tersorong-sorong.

Melancong dalam hutan,
Pacat gigit berdarah jari;
Hati sayangkan Pakatan,
Tapi rakan benci setiap hari.

Melancong bawa isteri,
Isteri borong Manjakani;
Dicaci dihina setiap hari,
Semoga tabahlah hati ini.

Wallahua'lam. Insya Allah
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
30 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com


PANTUN DUNIA PENUH KEPERITAN.

PANTUN DUNIA PENUH KEPERITAN.
(BANTULAH SELAGI TERDAYA)

Pondok usang tepi hutan,
Meratiplah si warak alim;
Dunia ini penuh keperitan,
Kerana insan ramai zalim.

Rumah banglo di kotaraya,
Penghuninya mengira laba;
Yang kaya semakin kaya,
Yang miskin teruslah papa.

Setinggan di Batu Tiga,
Makan nasi lauknya kuah;
Amanah jadi urusniaga,
Urusniaga riba dan rasuah.

Duduk reramai di kongsi,
Pekerja cuma menjilat jari;
Nak mencari sesuap nasi,
Kerja pagi balik dinihari,

Duit gaji tiada berbaki,
Hidup terasa nak mati;
Penguasa goyang kaki,
Taukeh projek hulur bakti.

Rumah kedai berpenunggu,
Pelanggan tiada jadi muflis;
Umar ibnu Aziz ditunggu,
Yang muncul Umar kapitalis.

Rumah banglo kehijauan,
Penghuni lena kepenatan;
Bilakah Allah beri bantuan,
Dunia kini penuh keperitan.

Wallahua'lam. Insya Allah
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

SUMBANGAN LAPTOP DIPERLUKAN

Pelajar miskin perlukan laptop. Klik sini.

Tuesday, September 23, 2014

PANTUN AZMIN MB SELANGOR

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama kucing mati;
Jadi MB barulah sehari,
Duit rezab juga mencuit hati.

Kucing hitam sudah mati,

Mati dilanggar di hari raya;
Moga MB ikhlasnya di hati,
Rakyat Selongor makin gembira.

Anak kucing berbelang-belang,
Jumpa seekor di tepi pasar;
Selangor kaya negeri terbilang,
Boleh berbakti rezab jangan sifar.

Kaki kucing dilanggar patah,
Mata pula sudahlah buta;
MB baru kacak dan petah,
Moga ke Putrajaya jadi nyata.

Kucing kurap panjang kuku,
Tercekik tulang di halkum;
Jika MB hodoh tingkah laku,
Rakyat akan sediakan hukum.

Link berita bersangkutan, klik sini.


Wallahua'lam. Insya Allah
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

PANTUN BAHANA FB DAN SEUMPAMA


Lembu mangsa serigala,
Bangkai di kebun jagung;
Ramai orang sudah gila,
Meroyannya tiada hujung.

Tupai-tupai di kebun kelapa,
Tebuk kelapa datang murka;
Bukan jin sahaja menyerupa,
Dalam FB lagi ramai puaka.

Monyet dan buah nangka,
Banyak di Pekan Tronoh;
Ramai berebut masuk neraka,
Wassap gambar tak senonoh.

Harimau tompok di kepala,
Belang pula di tengah dada;
Tiada lagi dosa dan pahala,
Menulis macam tuhan tiada.

Babi Hutan kehitaman,
Melintas kebun bertiga;
Berhujah macam ilmuan,
Jahilnya terserlah juga.

Wallahua'lam.
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

Sunday, February 2, 2014

PANTUN UMNO BN DAN PEMBAZIRAN

Jangan main serkap,
Tak dapat ikan dapat belut,
UMNO BN tak layak bercakap,
Orang Utan pun ketawa pecah perut!.

Hehehehe

http://m.selangorku.com/?post=43934

Friday, January 31, 2014

PANTUN PRK KAJANG YANG PELIK

PANTUN PRK KAJANG YANG PELIK ANEH

Pengantin perempuan rasa malu,
Bakal suami mula nak mengamuk;
Gendang perang belum lagi dipalu,
Perang sudah mula berkecamuk.

Pengantin perempuan jelitawan,
Suami pula seorang hartawan;
Pihak lawan menikan lawan,
Kawan pula melembing kawan.

Hati pengantin bagai disiat,
Tiada restu seperti dipinta;
Musuh bakar tanaman rakyat,
Kita bakar gedung makanan jelata.

Pengantin baru habis persekolahan,
Terus dinikahkan sepantas kilat;
Panglima PAS belum beri arahan,
Hulubalang sudah berpencak silat.

Pengantin suka mula menyanyi,
Ibubapanya pula mengalir airmata;
Laksamana DAP senyap sunyi,
Soldadu sudah gempak gempita.

Paling hairan...

Pengantin cantik depan mata,
Duduk bersimpuh penuh sopan;
Ketua perang PKR tiada berkata,
Penasihat agung sudah ke depan.

Pengantin tampan berbaju biru,
Di depan khadi duduk menggigil;
Panglima dalam negeri berseteru,
Penasihat negeri lain yang dipanggil.

Pengantin duduk menyendiri,
Bicara pula dengan berhati-hati;
Kapten perang baru undur diri,
Dengan segera ada yang nak ganti.

Mungkinkah...

Meriah sungguh kenduri-kendara,
Saudara sahabat hadir beri sambutan;
Perang dikata untuk takluk negara,
Takut khazanah RM3 bilion jadi rebutan.

Wallahua'lam


PANTUN PRK KAJANG

SELASA 28 JAN 2014: 

PANTUN PRK KAJANG

Anak ayam dan anak itik,
Anak itik berjalan tergedik;
Kajang ini mainan politik,
Politik gila kuasa kurang cerdik.

Menunggu kalam Presiden.
Hampir pasti aku akan pinggirkan PRK Kajang.

APA MASALAH DENGAN PRK KAJANG?

Andai perletakkan jawatan ADUN Kajang CC Lee TANPA alasan kukuh, HANYA untuk memberi laluan kepada Yb Dato' Sri Anuar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar, ianya adalah sesuatu yang meloyakan rakyat dan aktivis kerana:
1) Mandat rakyat dengan mudah dipermainkan.
2) Pembaziran jutaan duit rakyat.
3) Sudah 2 kali perkara yang sama berlaku kepada susuk yang sama.
4) Memberi ruang yang besar kepada BN untuk memburukkan keadaan.
5) Pakatan Rakyat Selangor dipandang remeh.

Jika Anwar Ibrahim tidak menjadi MB sekali pun, Pakatan Rakyat mesti bertanggungjawab. Benar itu adalah kerusi PKR tetapi membiarkan PKR meneruskan sesuatu usaha yang merugikan tanpa menegur merupakan pengkhianatan ke atas rakyat.

Andai PAS yang berbuat begitu, pasti ramai yang berkokok. Andai BN membuat onar yang serupa lagi adakah PR akan berdiam diri?.

Wallahua'lam.

KHAMIS 30 JAN 2014  

PANTUN MOHON AMPUN

 
Pakatan Rakyat sudah sama dengan Barisan Nasional. Bezanya PR buat dalam skala mikro dan BN dalam skala mega.

Jangan hairan andai PR akan saling tak tumpah sama seperti BN andai tiada kritikan & teguran dari kalangan  PR sendiri.

Anak itik dan anak angsa,
Berkejaran di tengah laman,
Seekor mati di bawah rumpun;
Dosa itu tetaplah dosa,
Kezaliman itu tetap kezaliman,
Usah berdalih mohonlah ampun!.

PANTUN MENUNGGU KALAM PRESIDEN

Nyalas kampung terpencil,
rakyat duduk berselerakan;
Kita rela tanggung dosa kecil,
Dosa besar lebih wajib dihapuskan.

Hutan Nyalas ada kancil,
Kancil kurus kurang makan;
Kita telan kezaliman kecil,
Kezaliman besar lebih wajib dilupuskan.

Pekan Nyalas asalnya eden,
Sumpah pendekar masih di dada;
Menunggu kalam presiden,
Kajang akan dirempuh juga.

Insya Allah
Wallahua'lam.