Monday, July 11, 2011

KEGAGALAN PAS DALAM BERSIH 2.0


Kegagalan paling memalukan parti,
Apabila polis menangkap presiden sendiri,
Bersama "hulubalang-hulubalang" kononnya bistari,
Di waktu pagi sebelum BERSIH 2.0 bermula lagi.

Unit keselamatan entah ke mana pergi,
Atau pemimpin-pemimpin hanya ikut rasa hati,
Tidak ikut perancangan awal yang dirancang rapi,
Hanya perancangan Anwar Ibrahim di saat akhir diikuti.

Konon nak buat sidang media di luar kawasan dilarang,
Tapi pasti polis tahu di mana lokasi semua "general perang",
Presiden dan "hubalang-hubalang" diperangkap senang,
Tindakan paling bodoh ketika BERSIH 2.0 hampir menjelang!.

"Hubalang-hulubalang" yang tidak pergi sidang media,
Bersama-sama rakyat dapat berarak semuanya,
Tapi sayang hanya tinggal beberapa kerat sahaja,
Rakyat seperti kapal tanpa nakhoda!.

PAS kata mempunyai sejuta ahli dari seluruh negeri,
Andai separuh berani turun berdemontrasi,
Pasti penuh Dataran Maybank hingga ke KLCC,
Tidak termasuk ahli-ahli NGO, PKR dan DAP!.

Ternyata PAS punyai ramai ahli yang tidak cukup berani,
Begitu juga dengan kebanyakkan pemimpinnya sekali,
Walau pun "tarbiyah" dan jihad mainan bibir setiap hari,
Sehingga sangka ramai yang sanggup berjuang sehingga mati!.

Dalam perang kita tahu siapa orang awam siapa tentera,
Kita kenal siapa prebet dan siapa pula laksamana,
Dalam Bersih 2.0 kita tak tahu dan tidak kenal sesiapa,
Ahli atau pemimpin PAS atau SB semuanya sama sahaja.

Selalunya Unit Amal berpakaian merah,
Barulah semua kenal dan patuh bila diarah,
Baju kuning lambang penyatuan BERSIH 1.0 dalam sejarah,
Tetapi BERSIH 2.0 baju kuning hanya tinggal di rumah!.

Walau bagaimanapun TAHNIAH untuk kita,
Yang sanggup datang dari merata-rata,
Sehingga ada yang seminggu dalam KL berada,
Hanya untuk tuntut keadilan dalam pilihanraya.

Ada yang syahid sesak nafas kerana pemedih mata,
Ada yang cedera dan patah kaki dipijak mata-mata,
Semoga Allah swt menganjari kita dengan pahala,
Sehingga membawa kita semuanya ke dalam syurga.

Insya Allah..

1 comment:

jejak-jejak kehidupan said...

Thumb ups...
Kami x pi bukan x berani
cuma dok ingat anak dan bini
kalu ikut ati memang nak pi
taktau jalan mana nak di tujui