Wednesday, December 14, 2011

Menteri BN dan lembu!


Anak lembu dibaham serigala,
Serigala datang dari arah bukit;
Duit bukannya segala-segala,
Tapi segala-galanya perlukan duit.


Ibu lembu menangis merana,
Anaknya dibawa lari sang serigala;
Dalam pening mencari bermacam dana,
Kancilku ini aircondnya rosak pula.

Serigala lari ke arah bukit,
Berlari macam tak cukup tanah;
Kopak RM600 bukan sedikit,
Bagi baiki pemampat yang punah.

Bapa lembu mati berangan,
Mati dilanggar oleh kereta kuda;
Dana PRU13, PASTI dan cawangan.
Semuanya memerlukan bantuan anda.

Cerita NFC tentang lembu jadi tatapan,
Rakyat seperti aku asyik melopong;
Dalam kesempitan mencari kehidupan,
Pemimpin sesenang beli Merc S320.

Menteri BN hampir semuanya serupa,
Seleweng RM250 juta bukan beribu;
Beli Merc guna duit sendiri tak mengapa,
Tapi guna duit rakyat untuk bela lembu!.

Mimpi anak mati terbawa-bawa,
Akhirnya mati ibu lembu sia-sia;
Aku sebagai rakyat rasa kecewa,
Bagaimana dengan anda semua?.

MEMANG LEMBU!
Wallahu'alam...

Monday, December 5, 2011

Ulama' dalam UMNO... Najis!.


 


Belajar perubatan Islam agak meriah,
Belajar berubat dalam suatu majlis;
Ustaz Rajab berbicara dalam kuliah,
ABC terjatuh taik cicak adalah najis.

Bila berdoa air mata mengalir,
Menangis sehingga bengkaknya mata;
Kalau taik disimbah setitis air,
Najisnya pasti lagi terlebih nyata.

Beribadah berdoa di awal pagi,
Mesti berilmu jangan sembrono;
Itulah satu perumpaan dan anologi,
Untuk segelintir ulama dalam UMNO.

Saturday, November 12, 2011

Kompilasi pantun pelaburan emas perak


Anak ghimau diikek dengan tali tuntun,
Agar tak diganggu si burung meghak;
Dibawah den punyo kompilasi pantun,
Semuo ea berkaitan omeh dan peghak.

Den kaghang maso isteri tunaikan haji;
Kalau berminat silolah baco;
Jiko menarik tak haghap dipuji,
Andai tak sodap janganlah dicoco.
 
Burung terkukur burung meghak,
Diburu oghang tinggi hogonyo,
Melaburlah dalam omeh dan peghak,
Lamo disimpan bertambah nilainyo.

Pemborong dengan peranannyo,
Pemboli juo ado peranannyo;
Tak ado pemboli, pemborong naiyo.
Tak ada pemborong, pomboli terngango!

Penjua jua mughah, kito boghong,
Jua omeh peghak pastikan untung;
Jangan jua dokek group banyak pemborong;
Jelas itu tindakan yang amek bengong,

Boleh jua dalam group lain,
Jua offline untung bukan main;
Kalau rugi simpan dalam kain,
5 tahun laie jua tiado pesaing.

Jangan sampai tak ada fiat langsung,
Kocomeih kono jua hogo lelong
Hogo omeh peghak selalu melelong
Kalau rugi, sendirilah tanggung!


Biar kayo janganlah papo,
Omeh peghak perlu dizakati;
4 set silver bar dah selamat tibo,
Timo kasih moga diberkati.

Peghak dengan pampers dibaluti,
Mujur yang baghu bukan dah pakai;
Nak borong lagi hajat di hati,
Apokan dayo fiat dah hampir pokai.


Dari Lipis hendak ke Rokan,
Merentas sungai dengan bersampan,
Beghapo hantaran yang tuan puteri lopehkan,
Untuk den sunting Burung Peghak 2008?.

Nasi kukuish nasi briyani,
Sodap sungguh tak terpoghi;
Itu sobab den bank in haghi ini,
Mudahkan kojo si tuan puteri.

Enak ghaso nasi kukuish,
Ditanak oleh dara Pak Itam;
Haghi ini burung Perak boleh dibungkuish,
Esok terus sahaja poskan.

Anak beruk di atas peti,
Anak monyet makan keranji,
Hari ni posmen cuti,
Esoklah I buat temu janji.
(Pantun Siti Aida)

Cikgu Sains bernamo En. Mamat,
Badan togap kacaknyo muko;
Burung peghak tibo dengan selamat,
Tidak torobang tidak jugo luko.


Bia kayo janganlah papo,
Mudah sodokah tak poning kepalo;
2 bar Engelhard telah selamat tibo,
Kenapa peghaknyo banyak cecalar pulo?.


Dari papo biarlah kayo,
Omeh peghak perlu dizakati;
Jangan maghah ambo bertanyo,
Timo kasih moga diberkati.

Sudahlah kayo pemurah pulo,
Tok Belagak hebat orangnyo;
Fiat tak cukup boli emas peghak berkilo,
Itu bukan melabur tapi berjudi namonyo.


Bagi pelabur omeh peghak yang mahu petuo,
Tanyo Tok Belagak macam mano nak bojayo;
 
Kalau kito ado fiat hanyo seribu duo,
Bolilah omeh dan peghak setakat todayo.


Untung omeh Tok Belagak boli peghak beribu,
Untung bergando tak untung pun tak apo;
Biar untung kocik asal hati tak sobu,
Joki kurniaan Allah swt yang tidak ponah lupo.

Simpan lamo omeh peghak untung bergando,
Jua balik pastikan kito raso gombigro;
Alhamdulillah ucapan yang bandingan tiado,
Tando brsyukur kita yang tidak terkigro.


Burung terkukur burung meghak,
Banyak terdapek di Kota Dumai;
Jika berminat menyimpan peghak,
Masuklah FB Silver Lot Shop berghamai-ghamai.

http://www.facebook.com/#!/groups/silverlot.shop/




Thursday, November 10, 2011

11.11.11 tarikh keramat


Emas perak disimpan dalam peti,
Pelaburan jangka panjang memang kelas;
11.11.11 hari yang sangat bererti,
Ulang tahun pernikahan den yang ke 16!.

Menunaikan ibadah haji di Mekah sana,
Ramainya umat kesabaran pasti teruji;
11.11.11 hari yang penuh bermakna,
11 hari lagi omak dan isteri den balik haji!.

BN tak beri royalti kepada Kelantan,
Kezaliman yang tidak mungkin diampunkan;
11.11.11 beri kita semua peringatan,
Mungkinkah parlimen Najib akan bubarkan?.

Kalau benar parlimen Najib bubarkan,
Najib pendusta mencabul demokrasi,
11.11.11 akan jadi tarikh rakyat keramatkan,
Anak muda bersama massa gerakkan revolusi!.

RM250 juta projek lembu fidlot hanya tersia,
Dana awam Shahrizat beli kondo mewah berita terkini;
11.11.11 akan jadi tarikh sejarah Malaysia,
Tarikh nyata nekad massa jadikan BN pupus di bumi ini.

Penyelewengan projek lembu fidlot hanya satu berita,
Banyak lagi penyelewengan BN punya angkara;
11.11.11 akan jadi tarikh keramat untuk kita,
Bersama kita azam runtuh BN makmurkan negara.

www.mohamadhusaini.blogspot.com

Monday, November 7, 2011

Bersihkan pilihanraya atau revolusi!

Najib ICU makan nasi basi,
Rosmah menangis tidak berlagu;
Apa gunanya amalkan demokrasi,
Andai daftar pemilih ramai penunggu!.

Najib tercekik buah papaya,
Rosmah tersedak sebutir nasi;
BN dan SPR celaka tiada bezanya,
Andai undi pos BN boleh manupulasi!.

Najib pergi kerja tanpa mandi,
Baunya tengik di cium Mak Siti;
Apa gunanya kita mengundi,
Andai berbaris dengan PATI!.

Najib masuk mesyuarat Mapen,
Rosmah tak malu masuk sekali;
Apa guna kita penat berkempen,
Andai barua BN mengundi berkali-kali!.

Rosmah kecewa bermasam muka,
Cincin RM24 juta sudah tiada di sisi;
Ayuh anak-anak muda jiwa merdeka,
Tuntut bersihkan pilihanraya atau revolusi!.
Ikuti  http://chegubard.blogspot.com/
 

Thursday, November 3, 2011

NAJIB DINAIKKAN HAJI!



Ibadah haji untuk mukmin mengabdikan diri,
Kepada  Allah swt yang memiliki bumi,
Tiada beza manusia di sisi Ilahi,
Sama saja di kubur dan akhirat nanti,
Dinilai Allah swt hanya taqwa di hati,
Kain ihram dan kapan sama tujuan dan erti,
Agar mukmin sentiasa mengingatkan mati,
Ingatkan juga masyhar akan pasti menanti,
Bertaubat serta insaf untuk menjadi mukmin sejati,
Tawadhuk dan berdoa moga haji mabrur dianugerahi,
Itulah falsafah mukmin menunaikan haji.


Bukan dengan status sebagai Perdana Menteri,
Bukan bemegah dengan status sendiri,
Bukan untuk kepentingan peribadi,
Bukan niat sebagai kempen di sanubari,
Jauh dari segala ego dan publisiti,
Jauh dari kesenangan dan kemewahan duniawi,
Jauh dari ahli korporat dan para menteri,
Jauh dari sifat mazmumah dibenci Nabi.


Perintah Malaysia sesuka hati bini,
Habis kekayaan hendak diboloti,
Oleh ramai kroni dan juga proksi,
Ramai menderita masih hidup susah setiap hari,
Siang malam bertungkus lumus mencari rezeki,
Yang cuma sedikit untuk anak isteri,
Rakyat ramai cuba pula diperbodohi,
Dengan pemberian 'one off'  tempohari.

Wajib menolak pemimpin yang jahil sebegini,
Bahkan zalim tidaklah terperi,
Islam selalu dihina dan dicemuhi,
Oleh orang kafir dan ahli parti,
Undang-undang Islam dipinggiri,
Undang-undang Lort Reid pula diagungi.

Marilah sama kita berdoa setiap kali,
Moga Allah swt jatuhkan regim kuku besi,
Kononnya menegakkan demokrasi,
Kenapa kad pengenalan mudah diberi kepada PATI,
Siap tersenarai dalam senarai boleh mengundi,
Ini jelas negara telah dikhianati,
Oleh pemimpin yang kini dinaikkan haji!.



Friday, October 14, 2011

Anak muda jiwa merdeka

Aku suka jiwa anak muda
Berani tangkas setiap masa
Kebenaran didokong brsama
Oleh segenap lapisan massa
Kita punyai ramai tenaga
Bukan zaman ayahbonda
Usah ditakut si penguasa
Lawan kerakusan mereka
Bukan sembunyi tapi terbuka
Agar mereka tahu siapa kita
Pejuang rakyat jiwa merdeka
Walau taruhannya nyawa
Kita lakar sejarah bangsa
Bermaruah di bumi tercinta


che'GuBard Samm
Banner, poster,bunting yg baru tak sampai 12jam dipasang bersih disamun Umno..mereka guna gangster tp saya mohon solidariti semua....saya rayu semua teman2 utk bantu promosi prog Hi Tea 'memperkenal Buku Kecil Cincin Puaka Imelda Rosmah' 16okt,5ptg, Pej PKR DUN Rantau (parlimen Rembau) (depan Petronas Pekan Rantau). Datang beramai-ramai...Sebar! Letak di wall masing2..guna sms,fwd email dll..

che'GuBard Samm
Dah jgn nak marah2 api dah dibalas api... Mereka nak kita gagal.. Tp mohon bantu utk sama promo program ini dan dtg ramai2.... Tlg sebar maklumat tulis makluman prog dkt wall, fwd mail atau sms pd kawan2...

Norazizi Samm
Buek baik dibalas baik, kok buek jahat.. Org lain laie pandai buek jahat... Alang-alang menyoluk pekasam, bia sampai ketiak masam.. Ngeee :)

Wan Deris org salah akan berasa takut..oleh sebab mereka salah, mereka tidak suka kpd kebenaran...sekiranya mereka betul kenapa mereka takut...?

Thursday, October 6, 2011

Mat Sabu.... pengacau bertempiran lari.

Pada pukul 9.15 mlm, pengacau lebih kurang 40 orang yang hampir separuh anak-anak yang mungkin masih bersekolah. membuat perhimpunan berdekatan tapak ceramah Mat Sabu malam tadi di rumah emak YB Tn Hj Taufek Abd Ghani, Pulau Bintongan, Rembau. Mereka berkumpul dan merentang banner sambil berceramah dan menyanyi lagi "Inilah barisan kita".

Saya sangka mereka takan berani berarak menghampiri tapak ceramah kerana bilangan mereka sangat sedikit, tapi sangkaan saya meleset. Mereka berarak dalam sekitar 20 meter tetapi dihalang dan dihalau oleh para hadirin yang berada di luar pagar. melihat bilangan para hadirin yang ramai dan bersemangat, habis  kebanyakkan lari berterabur dan lintang pukang. Ada yang terjatuh berguling-guling.

Suasana tidak terkawal lagi. Berlaku pergelutan dan pergaduhan. Polis tidak kelihatan tapi ada pemimpin PAS dan PKR yang cuba meleraikan. Jika tidak teruk pengacau dibelasah oleh para hadirin. Kemudian barulah polis mengambil langkah pencegahan....

Tiga orang wakil dibenarkan berjumpa dengan Abg Mat Sabu dengan kawalan ketat SAMM dan Unit Amal. Suasana masih sangat tegang dan mereka akhirnya berjaya berjumpa Mat Sabu dan saya tidak ikuti lagi perkembangan seterusnya.

Ceramah berjalan seperti biasa selepas itu.

Komen dari FB Norazizi SAMM.
Ingatkan handa bona Geng PERKASA nih.. Indah khabar dari ghupo.. GengSter budak2.. Bilo dio ramai, dio garang.. Bilo kito ghamai, elok lak cakap budi bahaso.. Siap berpantun.. Kahkahkah.. Boto2 LanQiuo!!

Baca kisah lanjut di sini dan sini.
Berita dari Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/177941

Mat Sabu.. Apa benda bengong ni!




MUKA DEPAN SINAR HARIAN HARI INI 6 OKTOBER 2011
 

  • Mejar Razali Zakaria (B) berkata, pihaknya hanya akan menghantar tiga wakil... (Kotak Merah 1).
  • Razali berkata, pihaknya merancang untuk hadir sama ke majlis ceramah itu, bagi bersemuka dengan Mat Sabu (Kotak Merah 2)
  • Razali berkata, selain itu kira-kira seribu bekas tentera, polis serta waris mereka dijangka hadir berdemontrasi membantah tindakan Mat Sabu (Kotak Merah 3)
 INI BUKAN HANYA MENGHANTAR 3 ORANG WAKIL TAPI BERIBU TIGA!...

Kami juga nak tahu sama ada ceramah di Rembau ini ada permit polis atau pun tidak? (Kotak Merah 4)

YANG KAMU NAK BAWA BERIBU-RIBU ORANG UNTUK BERDEMONTRASI ITU DAH ADA PERMIT POLIS?...

Pada 2hb Sept yang lalu, suasana tegang tercetus apabila kira-kira 80 orang yang terlibat dalam protes membantah kehadiran Mat Sabu cuba merempuh masuk ke lokasi ceramah pemimpin itu... menyebabkan dua lelaki cedera.. (Petak Merah 5).

HAI.... SENDIRI REMPUH, SENDIRI CEDERA.... SENDIRI MAU INGATLAH... POLIS TAK BERMINAT DENGAN KENYATAAN INI KE?


PAS AKAN BUAT SOLAT HAJAT MOHON BANTUAN ALLAH SWT SUPAYA PROGRAM BERJALAN LANCAR. PAS MENGHARAPKAN POLITIK YANG LEBIH MATANG, PROFESIONAL DAN BUKAN EMOSIONAL.

PAS AKAN BERUSAHA MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KETENTERAMAN KETIKA CERAMAH DAN BERSEDIA MENGHANTAR WAKIL MENERIMA MEMORANDUM DI LUAR KAWASAN BERPAGAR. INSYA ALLAH

Wednesday, September 28, 2011

Mat Sabu lagi..


Saya tawarkan Mat Sabu berceramah pada 6hb Oktober 2011 kepada Cawagan BSS tapi cawangan tuan rumah menolak atas alasan kesibukan dan kesuntukan masa. Saya tawarkan pula kepada cawangan sendiri TPS, ramai sahabat berminat.  Jadi saya war-warkan ceramah ini semalam & hari ini bercadang nak faks surat ke harakah mohon diiklankan ceramah ini.

Pagi ini PJNS @ YB Paroi @ YDP Rembau nak pindahkan Mat Sabu ke tempat yang lebih kondusif atas alasan keselamatan.

Saya benci bila keputusan telah dibuat dan telah dipersetujui tiba-tiba dapat atau memberi arahan sebaliknya. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah sebab saya tak pening kepala kerana masa dah suntuk untuk persediaan ceramah Mat Sabu dan isteri pun nak ke Mekah 7hb Okt ini.

Kita bukan nak lawan Perkasa tetapi hak kita sebagai rakyat dan ahli Pas mesti dihormati juga.

Jamuan Raya dijamu laksa,
Laksa dimasak oleh Wak Karno;
Kita bukan nak lawan Perkasa,
Kita hanya nak lawan BN dan UMNO.

Laksa dihidang oleh Encik Amran,
Sedap terasa tidak terkata;
Apabila Perkasa beri amaran,
Adakah otamatik terlucut hak kita.

Pencuci mulut buah kuini,
Dibeli ahli pada hari rabu;
Tiadakah ahli Pas NS yang berani,
Sanggup pertahankan Abg Mat Sabu.

Thursday, September 15, 2011

Angkara Mat Sabu.


Negara diselubungi jerebu
Dari KL hingalah ke Sibu
Banyak asap dan debu
Reda sedikit isu Mat Sabu
Senyap terus isu JAIS serbu
SPR pula diam dalam kelambu
Semakin hari semakin kelabu
Dakwat kekal atau guna jari ibu


Hari-hari ada cerita baru
Timbul pula profesor keliru
Mungkin dia mabuk tairu
Kepala tak gatai pun dia garu
Dijajah atau tak jadi isu terbaru
Pening semua cikgu dan guru
Guru konpius murid haru-biru
Nak guna pen merah atau biru
Cerita sejarah macam katak puru

Habis kita nak gelar apa kat Tunku
Bapa Kemerdekaan dah tak laku
Laungan merdeka jadi lawak tigasuku
Kena cetak semula semua buku-buku
Salah fakta tentang sejarah tanahairku
Profesor Kling buat rakyat terkaku
Tak sangka ada professor kuku

Keris Silau
13 September 2011


Mat Sabu kata Mat Indera pejuang Islam Melayu,
Patut diangkat sebagai pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu,
Tiada langsung disebut komunis hero oleh Mat Sabu,
Apatah lagi menghina polis Bukit Kepong anak menantu.

Tiba-tiba orang UMNO yang lama membisu,
Naik minyak hentam Abg Mat bertalu-talu,
Begitu juga dengan semua media yang tidak sebulu,
Kononnya Mat Indera komunis dibenci selalu.

Pusara Polis Bukit Kepong dah rebah batu,
Dah lama usang tiada yang ambil tahu,
Pencen Polis Bukit Kepong tak diterima balu,
Tapi dijaga rapi kubur British di negeri ibu,
Dipahat semua nama pegawai British di batu tugu,
Pejuang Melayu tiada nama walaupun satu!,
Bila Mat Sabu kecoh masuk berita hari Sabtu,
Semua orang terpinga-pinga dan termangu-mangu,
Dah lama UMNO hipokrit bukannya baru!.

UMNO ini memang hipokrit serta penipu,
Yang masih percaya hanya yang keliru,
Atau yang cari makan ratusan ribu,
Atau orang kampung yang masih keliru,
Atau orang bandar yang baca Utusan & Berita Minggu.

Sibuk Najib marahkan Mat Sabu,
Anggap komunis zalim melulu,
Kenapa melawat China April lalu,
Bila Najib sudah tidak tahan malu,
Kata komunis sekarang baik jahatnya dahulu,
Bapanya Tun Razak zirahi China tahun 1974 dulu,
Apalah bengong si Najib patut dibaling dengan sepatu.

UMNO ni kurang kuah lebihnya sudu,
Konon pejuang kemerdekaan bersama Tunku,
UMNO pertubuhan yang British restu,
Ditubuhkan hanya pada tahun 1946 sebagai sekutu,
Dipimpin bangsawan dan pegawai British masa itu,
Untuk ambil alih Tanah Melayu dari seteru.

Seteru British seperti Dol Said di Naning jadi penghulu,
Seteru seperti Tok Janggut sudahlah tentu,
Jenazahnya dibawa dengan kereta lembu,
Mayatnya digantung terbalik di Kota Bharu,
Bila baca kisah pejuang tulen ini hati jadi pilu,
Moga salah seorang pejuang ini adalah aku!..


Al-Fatihah untuk semua pejuang tulen bangsaku
Mohamad Husaini Husin
16 September 2011

Tuesday, September 13, 2011

Tidak syok dalam PAS & PR kini!


Anak kucing di celah kain,
Anak tikus dapat diratah;
PAS dulu lain, sekarang lain,
PAS dulu kalah, sekarang nak memerintah!.

Anak Pepatih di Sungai Besi,
Ke Lembah Kelang untuk beraya;
Sekarang musim pembahagian kerusi,
Sibuk juga mencari calon untuk pilihanraya.

Anak Gemencheh menaiki kayak,
Terbalik kayak terdampar di tepi;
Dulu.....kaulah bertanding, aku tak layak,
Sekarang.....akulah bertanding, aku YDP!.

Anak Gemencheh handal olahraga,
Kaki bangku pun jadi teruja;
YDP sibuk nak bertanding kali ketiga,
Lupa cawangan hanya dua sahaja.

Anak Gemencheh sakitlah gigi,
Bengkak hingga ditengah pipi;
YDP bersekolah tidaklah tinggi,
Calon berkaliber ditolak tepi.

Anak Lenggeng masak serunding,
Masak bersama anak Pak Dollah;
Calon lama dua kali kalah masih nak bertanding,
YDP kawasan tidak pula mahu beralah.

Pergi berkelah di Kuala Linggi,
Berkelah bersama anak isteri,
Mandi manda dari pagi hingga tengah hari,
Dato' pembangkang bercita-cita tinggi,
Nak jadi ketua kepada segala menteri,
Habis dipancung anak buah sendiri.

Buah pelam buah kuini,
Jatuh ke tanah di waktu pagi;
Macam-macam ada dalam PAS kini,
Semuanya buat ahli dah tak syok lagi.

Buah cempedak buah berangan,
Digoreng orang buat jualan;
Semua itu karenah  dalam perjuangan,
"Toghut" UMNO BN tetap wajib dilawan.

Wednesday, August 3, 2011

MELAYU DITIPU....BILA NAK MENGAMUK

Pak Najib berhari-hari mencari kayu,
Tinggalkan Imelda Rosmah merintih-rintih;
Amuk asal  perkataan Melayu,
Ada dalam Kamus Orang putih.

Hishamudin tinggi menjulang keris,
Kalau mati dihanyut dalam perahu;
Amuk tiada dalam Bahasa Inggeris,
Kerna amuk hanya orang Melayu yang tahu!.

Habis duit rakyat berbilllion kena sapu,
Rakyat susah, kita melihat hati jadi remuk;
Dah banyak kali orang Melayu kena tipu,
Bila lagi nak ramai-ramai mengamuk!.

Imelda Rosmah meraung sakit gigi,
Pak Najib terkejut di malam buta;
Rakyat menderita sara hidup makin tinggi,
Imelda Rosmah pakai cincin RM24 juta.

Pak Najib seorang PM yang nakal,
Di Port Dickson pernah bercanda,
Dengan artis yang cantik mempesona;
Bersih 2.0 nak dakwat kekal,
Supaya tiada undi berganda,
Kenapa SPR berat sangat nak laksana.


Jual kelapa sawit berjuta-juta tan metrik,
Kenapa peneroka susah berkodi-kodi;
SPR dan kerajaan beriya-iya nak biometrik,
Supaya senang daftar PATI jadi pengundi.

Pak Najib pengsan tercekik tulang ikan,
Imelda Rosmah gembira terloncat-loncat,
Sebab Najib tinggalkan emas berkarat-karat;
Negara sendiri PATI yang tentukan,
Rakyat sendiri melopong jadi bangsat,
Bila lagi Rakyat nak ajar BN keparat!.

Bermain badminton bersama Pak Hidayat,
Bermain di dewan SMK Kulim;
Pasukan Polis diharap menjaga rakyat,
Kenapa menjaga pemerintah yang zalim.

Pak Najib digigit seekor unggas,
Unggas lenggang lengguk sambil berlari;
Polis kena amanah jalankan tugas,
Tapi tipu Mat Sabu jatuh sendiri.


Anak Pak Najib bertatih-tatih,
Imelda Rosmah berlari ke sana-sini;
Polis menipu rakyat dengan video hitam putih,
Dah keluar video CCTV Mat Sabu warna-warni.

Pak Najib menaiki bot untuk menyelam,
Mati tercekik tertelan ikan tuna;
Melayu mulia sebab menjunjung Islam,
Melayu juga terkeji jika Islam dihina.

Anak Pak Yassin memakai petua,
kalau nak jadi PM kena tunjuk kealiman;
Islam menuntut keadilan untuk semua,
Jangan Melayu pula mendokong kezaliman.

AKU DAH GERAM SANGAT NI.....
BILA MELAYU ISLAM NAK MENGAMUK NI.....
HABIS KENA TIPU SETIAP HARI..
OLEH BN, SPR, JPN DAN POLIS SENDIRI..

Thursday, July 28, 2011

Percuma: Sampul Duit Raya


Bulan Ramadhan kita meriahkan,
Dengan pesta ibadah hambakan diri;
Gelombang kuning mesti disemarakkan,
Sebarkan sampul ini di kampung sendiri.

Pergi terawih ke masjid sekeluarga,
Berserban cantik indah berseri,
Sampul duit raya kuning dan jingga,
Untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Dari Negeri Sembilan ke Medan,
Beli banyak barangan tidak terbawa;
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan,
Semoga kita semakin bertakwa.

Untuk dapatkan sampul duit raya, klik di sini.

Friday, July 15, 2011

PANTUN JENAKA: PM DIMALUKAN DI UK


Anak Razak pengsan tercekik papadom,
Melihat Anak Mansor memeluk erat si Roslim,
Konon nak lari dari BERSIH terus ke United Kingdom,
Harap-harap orang luar tak tahu KERAjaan zalim.

Anak Mansor memakai sebentuk cincin,
Harga berjuta buat Anak Razak terpening-pening;
Malu besar PM suami isteri mengadap Ratu kelmarin,
Sebab Ratu Elizebeth berpakaian serba kuning!.

Najib dan Rosmah mengadap Ratu Britain berpakaian kuning!.
















Anak Mansor sering memakai bikini,
Kononnya nak buat anak Razak bertambah kasih;
Malu besar PM di United Kingdom hari ini,
Bila disambut rakyat Malaysia melaungkan BERSIH.

Rakyat Malaysia & luar berdemo menyambut Najib.
















Anak Razak terjumpa batu geliga di Pulau Jerjak;
Anak Rosmah minum air geliga untuk hilangkan haus,
Baju Kuning masih terus menghantui Najib Tun Razak,
Terus cabut melihat orang berdemo di Mansion House.

Anak Rosmah gila-gila melaram,
Berjuta duit rakyat habis tidak tertulis;
Berdemo di UK aman tenteram,
Berdemo di Malaysia dihentam polis.

Anak Mansor bermimpi dan berair liur basi,
RM73.48 juta hanya untuk sebentuk cincin sendiri;
Itu tandanya KERAjaan Malaysia regim kuku besi,
Habis rakyat dijadikan hamba untuk kesenangan diri.

Baca sini mengenai cincin Rosmah berharga RM73.48 juta..

Najib terus melarikan diri apabila disambut BERSIH di Mansion House.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anak Rosmah memotong bulu-bulu kening,
Anak Razak terperanjat tersedak biji-biji selasih;
Setiausaha Pengangkutan UK memakai tali leher kuning,
Mungkin sebagai tanda sokongan kepada BERSIH.
 
Anak Mansor menari melompat-lompat,
Konon senam aerobik untuk kurus segera;
PM Malaysia dimalukan di serata tempat,
Di dalam negeri mahu pun diluar negara.
 
Anak Razak terus hilang selera,
Bila Anak Mansor berbaju kebaya;
PM Malaysia sila merombak SPR segera,
Supaya lebih telus dan adil dalam pilihanraya.

Anak Mansor putih tapi tiada seri di muka,
Sebab habis duit rakyat dia berbelanja;
Inilah pantun seloka sambil berjenaka,
PM Malaysia dimalukan diluar negara.
 

Wednesday, July 13, 2011

BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0

BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0

Anak Tun Razak dapat batu geliga,
Tersangkut kaki jatuh tersemban di atas paya;
TG Nik Aziz bersetuju diadakan BERSIH tiga,
Demi untuk sebuah keadilan dalam pilihanraya.
Baca sini,

Anak Tun Razak hilang selera,
Bila Rosmah pakai kebaya panggil kekanda;
Pemuda PAS Perak pula minta BERSIH 3.0 disegera,
Kerana pihanraya yang adil keutamaan anak muda.
Baca sini.

Anak Tun Razak bertanding di Pekan,
Menang kerana undi pos tentera;
Ketua Pemuda PAS Pusat bersedia nak gerakkan,
Untuk membersihkan imej kerajan dan juga negara.
Baca sini.

Anak Tun Razak hendak mati,
Baru tersedar diri hamba Allah yang kerdil;
Marilah tuan-tuan seruan ini kita sahuti,
Demi memastikan pilihanraya telus lagi adil.

Anak Tun Razak berperahu di Tasik Cini,
Sambil menyanyi-nyanyi lagu Rabbani;
Mati syahid tujuan dan matlamat hidup ini,
Semoga Allah swt kurniakan hajat di hati.

Anak Tun Razak ke Britain kini,
Tinggalkan negara yang lintang pukang;
Kalau semua rakyat gagah dan berani,
Polis pun lari jika sejuta yang datang.

Anak Tun Razak memakai bikini,
Tergelak anak mamak tergeli-geli;
Tidak mustahil sejuta yang datang kali ini,
Jika pemimpin berkempen setiap hari.

Anak Tun Razak tidak makan berhari-hari,
Dihidang pula dengan secebis capati;
Najib dan SPR pasti menggigil gigit jari,
Jika semua rakyat kental dan bersatu hati.

Ayuh! Kita demontrasi BERSIH 3.0 sekali lagi sehingga KERAjaan dan SPR persetujui dengan lapan tuntutan kita ini atau syahid seperti dihajati. Insya Allah.



Monday, July 11, 2011

KEGAGALAN PAS DALAM BERSIH 2.0


Kegagalan paling memalukan parti,
Apabila polis menangkap presiden sendiri,
Bersama "hulubalang-hulubalang" kononnya bistari,
Di waktu pagi sebelum BERSIH 2.0 bermula lagi.

Unit keselamatan entah ke mana pergi,
Atau pemimpin-pemimpin hanya ikut rasa hati,
Tidak ikut perancangan awal yang dirancang rapi,
Hanya perancangan Anwar Ibrahim di saat akhir diikuti.

Konon nak buat sidang media di luar kawasan dilarang,
Tapi pasti polis tahu di mana lokasi semua "general perang",
Presiden dan "hubalang-hubalang" diperangkap senang,
Tindakan paling bodoh ketika BERSIH 2.0 hampir menjelang!.

"Hubalang-hulubalang" yang tidak pergi sidang media,
Bersama-sama rakyat dapat berarak semuanya,
Tapi sayang hanya tinggal beberapa kerat sahaja,
Rakyat seperti kapal tanpa nakhoda!.

PAS kata mempunyai sejuta ahli dari seluruh negeri,
Andai separuh berani turun berdemontrasi,
Pasti penuh Dataran Maybank hingga ke KLCC,
Tidak termasuk ahli-ahli NGO, PKR dan DAP!.

Ternyata PAS punyai ramai ahli yang tidak cukup berani,
Begitu juga dengan kebanyakkan pemimpinnya sekali,
Walau pun "tarbiyah" dan jihad mainan bibir setiap hari,
Sehingga sangka ramai yang sanggup berjuang sehingga mati!.

Dalam perang kita tahu siapa orang awam siapa tentera,
Kita kenal siapa prebet dan siapa pula laksamana,
Dalam Bersih 2.0 kita tak tahu dan tidak kenal sesiapa,
Ahli atau pemimpin PAS atau SB semuanya sama sahaja.

Selalunya Unit Amal berpakaian merah,
Barulah semua kenal dan patuh bila diarah,
Baju kuning lambang penyatuan BERSIH 1.0 dalam sejarah,
Tetapi BERSIH 2.0 baju kuning hanya tinggal di rumah!.

Walau bagaimanapun TAHNIAH untuk kita,
Yang sanggup datang dari merata-rata,
Sehingga ada yang seminggu dalam KL berada,
Hanya untuk tuntut keadilan dalam pilihanraya.

Ada yang syahid sesak nafas kerana pemedih mata,
Ada yang cedera dan patah kaki dipijak mata-mata,
Semoga Allah swt menganjari kita dengan pahala,
Sehingga membawa kita semuanya ke dalam syurga.

Insya Allah..

Tuesday, July 5, 2011

Apa BN dan SPR kesah kalau kita berkumpul di stadium?

Bukan kita nak sangat berdemontrasi,
Bukan kita bersemangat membuta tuli,
Bukan kita gian nak pakai baju kuning sehari,
Bukan juga nak bermusuh dengan polis bersenjata api,
Bukan juga kita nak lawan FRU dengan cota di sisi,
Bukan juga kita nak sembah derhaka pada Tuanku yang dikasihi.

Kita hendak supaya BN dan SPR tertekan,
Sebab kita sanggup mati dan harungi kesusahan,
Sebab media antarabangsa akan buat liputan,
Sebab rakyat akan buka mata dan berubah pandangan,
Sebab Sultan kita akan sedar dan mula campurtangan,
Sebab ini lakaran sejarah demokrasi baru untuk generasi depan.
 
Kita mahu SPR buat perubahan,
Kita mahu senarai pengundi dibersihkan,
Kita mahu undi pos direformasikan,
Kita mahu dakwat kekal digunakan,
Kita mahu kempen minima 21 hari ditetapkan,
Kita mahu akses kepada media dipermudahkan,
Kita mahu Institusi Awam diperkukuhkan,
Kita mahu amalan rasuah dihentikan,
Kita mahu politik bersih diamalkan.
 
Kalau berkumpul di stadium buat BN dan SPR tertekan,
Sehingga mereka rela melakukan perubahan,
Sehingga mereka sanggup memenuhi tuntutan,
Ayuh kita berkumpul ramai-ramai tanda sokongan.

Untuk apa kita berkumpul ramai-ramai di stadium,
Walau berkumpul setiap minggu sekali pun,
Jika BN dan SPR hanya sinis tersenyum,
Jika BN dan SPR masih boleh berbalas pantun,
Jika BN dan SPR masih seperti sebelum.

Untuk apa kita berkumpul di stadium ini,
Dari pagi sehingga dinihari,
Kalau BN dan SPR masih tidak sedar diri,
Kalau pilihanraya tetap akan BN manipulasi,
Kalau untuk ditipu hidup-hidup oleh SPR sekali lagi,
Kalau untuk dianjingkan oleh BN dari dulu sehingga kini,
Kalau rakyat tetap susah dalam kehidupan sehari-hari,
Walaupun negara kaya tidak terperi!.

Ayuh, Malaysia perlukan Jebat sekali lagi!

Friday, June 24, 2011

Anak muda bangga ditangkap kerana pakai baju BERSIH... Bravo.


Malam kelmarin, seorang orang kuat cawangan ambil baju BERSIH dari saya 20 helai dan soalan yang ditanya, "Kalau bawa baju BERSIH ni kena tangkap polis tak?". Saya jawab "Kesalahan apa bawa baju BERSIH?. Kenapa polis nak tangkap?. Saman kalau dia tangkap".

Hari ini seorang anak muda begitu bangga kerana ditangkap kerana memakai baju bersih. Bravo!. Beginilah anak muda yang berani kerana benar. Beliau sedang pertimbangankan untuk menyaman pihak polis yang bertindak sesuka hati mak bapak diaorang saja!. memang lucu pihak polis sekarang selucu UMNO dan BN yang dah buang tabiat sebab dah hampir menemui ajalnya!.

Baca cerita lanjut di sini.

Kenyataan akhbar - Kesal mimbar N9 halang Bersih

Ruj. Kami : PKR/2011/KPKM02  
Tarikh : 24 Jun 2011
KENYATAAN AKHBAR :
KESAL MIMBAR JUMAAT DIGUNAKAN UNTUK MENGHALANG RAKYAT NEGERI SEMBILAN DARI MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN

PAS Kawasan Rembau merasa kesal apabila mimbar Jumaat di hampir seluruh Negeri Sembilan digunakan untuk menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan aman Bersih atau “walk for democracy” pada 9hb Julai 2011 ini.

Perhimpunan aman ini merupakan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10(1)(b). Apatah lagi perhimpunan ini hanya meminta supaya pilihanraya di Malaysia ini lebih telus dan adil yang merupakan teras kepada sistem demokrasi itu sendiri.

PAS Kawasan Rembau kesal kerana banyak pihak dipergunakan oleh UMNO dan BN untuk menggagalkan perhimpuan aman ini dan sekarang mimbar masjid juga dipergunakan oleh UMNO dan BN. Jelas UMNO dan BN menggunakan masjid dan mimbar untuk kepentingan politik dan kerakusan mereka untuk berkuasa walau pun rakyat telah sedar dan bosan dengan karenah dan kejelekan perangai mereka.

PAS Kawasan Rembau telah mengarahkan semua AJKnya untuk memakai baju kuning Bersih setiap hari terutamanya hari sabtu untuk membangkitan semangat rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih untuk menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya. Kita juga meminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama memakai baju kuning Bersih setiap hari.

PAS Kawasan Rembau sedang berusaha untuk menghantar seramai yang mungkin ke Perhimpuan Bersih dan sasaran kami adalah untuk menghantar 10,000 orang peserta ke perhimpuan Bersih. Insya Allah.

Sekian, Wassalam.

Yang benar,
Mohamad Husaini Husin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Rembau
Tel : 013-359 8318



Tuesday, June 21, 2011

Sejuta sokong BERSIH. Maghi turun ngamai-ngamai.

Poie Kolumpo boli selasih,
Selasih tetumpah ateh katil;
Manghi kito tungrun ko BERSIH,
Hanya tuntut pilihanrayo yang adil.

Lotih omak Najib cadar dibasuh,
Cadarnyo bosa dibasuh tangan;
Kito bukan nak kelaghi atau bermusuh,
Cuma jalan ngamai-ngamai tanda sokongan.

Si buah duku si buah dokong,
Dijeruk ograng di dalam balang;
Sejuta lobih pembaco The Star menyokong,
Yang halang BERSIH pastinya hanyo jembalang.

Monday, June 20, 2011

Sinar Harian banyak kes bangang!


Sinar Harian hari ini 20 Jun 2011. Banyak kes bangang!

KES BANGANG 1

Mukasurat 7.
Menurutnya (Presiden Perkasa - Datuk Ibrahim Ali), walau pun negara ini mengamalkan demokrasi, tetapi tidaklah sehingga mengajar rakyat melanggar undang-undang negara dengan membuat demonstrasi jalanan.

Bangangnya.......Mukasurat 15. Perkasa Melaka menganjurkan demontrasi jalanan juga tapi 15 minit saja!. Hahaha......

KES BANGANG 2

Mukasurat 8.
IPOH: Perhimpunan Bersih dirancang pihak tertentu sebagai jalan singkat pihak pembangkang ke Putrajaya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, perhimpunan itu bukti prinsip demokrasi pembangkang adalah berteraskan kepada demonstrasi jalanan selain bertujuan mencetuskan huru-hara.


Dah jenis bangang dan tak tahu malu. Muka jenis bertampal dengan kulit buaya!.  "Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi".  Belum terbukti BERSIH jalan singkat pembangkang ke Putrajaya tapi TERBUKTI yang lanun ini jadi Menteri Besar dengan jalan singkat iaitu dengan membeli ADUN Pakatan Rakyat..... Konon jaguh demokrasi tapi menang dengan curi kerusi!.

KES BANGANG 3
Mukasurat 41.
JOHOR BAHRU : Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S Nallakaruppan..."Sejak daripada tanah air kita mengecap kemerdekaan, tidak ada demontrasi seperti ini. Saya tahu perhimpunan dilakukan ini untuk menambah baik proses pilihanraya, tetapi ia sebenarnya membawa agenda untuk mencapai matlamat Anwar".

Apa kena mengena BERSIH dengan Anwar Ibrahim dan kes mahkamahnya?. Tiada satu pun tuntutan dalam BERSIH untuk gugurkan kes mahkamah Anwar. Bengong punya Nallakaruppan.
Betul ke semenjak merdeka tiada demontrasi semacam ini. Macam mana dengan Demontrasi Baling 1974, Demontrasi Mansuh 2009, BERSIH 1.0 dan lain-lain?. Hahaha... kepala senget!

KES BANGANG 4

Muka surat 8.
Datuk S Ambiga kata BERSIH bukan suaranya seorang tetapi ramai jawatankuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Alih-alih dalam mukasurat yang sama, Anwar Ibrahim sendiri akan mengarahkan S Ambiga untuk membatalkan serta merta himpunan BERSIH jika Najib berjanji PRU-13 akan berlangsung cara telus.


Apa punya lawak ni... S Ambiga bekerja untuk Anwar ke?. Senang-senang je Anwar nak batalkan BERSIH.

Semenjak bila pula Najib berani dan bersungguh nak piliharaya telus. Kalau pilihanraya telus, lama dah UMNO dan BN terlingkup dan pasti akan terlungkup!.
 
Anwar dan Najib tu dulu dalam satu iaitu team wawasan, boleh percaya ke kedua-duanya ni?.
 
KES BANGANG 5.
 
Mukasurat 8.
"Hisham (Hishammudin) boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami ada hak berhimpun dan dijamin Perlembagaan." katanya (Khairy Jamaluddin).
 
"Kelmarin, Hishammudin memberi amaran kepada Pemuda UMNO bahawa sayap parti itu akan berdepan tindakan tegas jika mereka meneruskan rancangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini.
Katanya, tida siapapun boleh melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain."

Khairy kata Pemuda UMNO ada hak untuk berhimpun dan dijamin perlembagaan. Hishamudin kata akan ambil tindakan tegas kerana tiada sesiapa melebihi undang-undang. SIAPA YANG BANGANG DALAM UMNO NI....
 
KES BANGANG 6.
 
Mukasurat 37.
JASIN - Sektretariat Pemikir dan Perpaduan Melayu Malaysia membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa angkuh dan menyelar tindakan polis yang melakukan ugutan mengeluarkan arahan.
Presidennya, Shahrul Azuwar Abdul Aziz berkata, Timbalan Presiden Pas itu tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan tugas dan tanggungjawab utama polis Diraja malaysia (PDRM) menjaga keselamatan negara dari pada mereka dan anasir-anasir yang mahu menggangu gugat keamanan dan ketenteraman awam"
 

SAH BANGANGNYA...
Penjenayah kerjanya mengugut orang dan bukan kerja rasmi polis tapi kalau polis dengan rasmi dan terang-terangan mengugut orang awam, samalah macam penjenayah. Tegur polis yang dah macam penjenayah, bukan angkuh tapi berani!
Dia ni sah bangang sebab memang Malaysia negara berdaulat dan punyai perlembagaan. Perlembagaan jelas menjamin hak rakyat berhimpun secara aman. Aparah...
Yang menyusahkan rakyat bukan BERSIH tapi melaun macam si Shahrul ni, PDRM dan pihak yang membuat provokasi dan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.
LAGI JELAS KEBANGAN SI SHAHRUL ni jika baca tulisan peguam muda dalam mukasurat 17 suratkhabar yang sama.

Gunalah akal fikiran yang sihat dan dengan banyak membaca, kemudian bacalah semua pendapat dan anda pasti tahu mana pendapat orang yang BANGANG!.

Saturday, June 18, 2011

Najib gelabah dan penakut!

Kalau dah penakut, pokok pisang pun dikatakan hantu melambai. Orang ketawa pun dikatakan langsuir mengilai. Kalau tengok cerita seram, ditutup muka takut melihat hantu. Lebih baik tak payah tengok!.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Najib dan konco-konco memang jenis penakut sebab banyak dah buat salah sampai nama Abang Mat Sabu pun dia takut!. Kalau tak percaya cuba baca sini.

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang;
Komisyen hanya memperkayakan diri,
Ini tanda iman dah hilang.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput daripada padi;
Pembunuh Altantuya tetap terhina,
Dijadikan penasihat pula yahudi.

Bunga tanjung kembang semalam,
Pohon tinggi tidak berduri;
Apa makna beragama Islam,
kalau harta rakyat habis dicuri.

HMS ABU BAKAR

Friday, June 17, 2011

PANTUN :Ayuh kita ke BERSIH!


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Mari sokong perhimpunan Bersih
Mahu pilihanraya yang aman

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat dan berlari
Datang ke Bersih niat bersantai
Musuh pula tidak dicari

Anak negeri mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Dakwat Hitam elok dicuba
Baru puas hati para pemerhati

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sujinya
Elak menipu bila berpolitik
Baru bermakna pegang Putrajaya

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Pencinta bahasa hati terguris
Melihat DBP longlai nampaknya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Rakyat nampak kebolehan Pakatan
Berjaya memerintah empat negeri

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Bila rakyat yakinkan Pakatan
Nasib rakyat tetap di jaga

Baik bergalas baik tidak
Buli-buli bertali benang
Pemerintah zalim rakyat tak hendak
Guna tipudaya untuk menang

Baik-baik bertanam ubi
Biar rapat jangan jarang
Bila berpolitik ikut Nabi
Tidak ada tindakan curang

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Usah harapkan Pakatan bercerai
Bila kebajikan rakyat dijaga

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Dengan takbir sahut menyahut
Membuat maksiat tentu malu

Buah rambai dalam peti
Lazat cita pula rasanya
Biarlah Pakatan Rakyat mengganti
Membawa negara kita majujaya

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Taufek dan Zulkefly dalam Harakahdaily.

Tahniah Taufek, syabas Zulkefly
Harakahdaily

REMBAU, 17 Jun: Ahli-ahli dan penyokong PAS Kawasan Rembau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Taufek Abd Ghani (gambar) yang telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru.

Ketua penerangannya, Mohamad Husaini Husin berkata Taufek yang juga Adun Paroi, merupakan seorang tokoh yang berdedikasi dan mempunyai jentera dari pelbagai lapisan dan bidang yang begitu professional dan agresif dalam menawan Dun Paroi dalam PRU 12 yang lalu.

“Dengan perlantikan ini, kami yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Negeri Sembilan kerana pengalaman kemenangan dan seluruh jentera di Paroi boleh digunakan oleh Taufek untuk menawan Dewan Undangan Negeri yang lain dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

Katanya, Mohamad Taufek seorang pemimpin yang sangat merendah diri dan ramah sehingga beliau sangat disenangi oleh semua pemimpin lain, ahli, penyokong Pakatan Rakyat dan semua pengundi dari pelbagai bangsa dan agama selain disokong kuat oleh pemimpin Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan dan Dun Paroi.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan PAS Negeri Sembilan khasnya untuk memberi sokongan, bantuan dan memudahkan urusan Haji Taufek untuk menjalankan tugasnya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak, insya Allah,” ujarnya.

Belau juga mengambil kesempatan untuk menyeru semua jentera Pakatan Rakyat dan PAS untuk terus bersedia menghadapi PRU 13 yang sangat hampir kini.

“Kami juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefly Mohd Omar atas perlantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat.

“Sekalung terima kasih juga diucapkan atas segala sumbangan beliau yang tidak boleh dinafikan untuk PAS Negeri Sembilan. Semoga beliau berupaya mengharumkan nama PAS Negeri Sembilan di PAS Pusat pula,” katanya.

Harakahdaily