Wednesday, September 28, 2011

Mat Sabu lagi..


Saya tawarkan Mat Sabu berceramah pada 6hb Oktober 2011 kepada Cawagan BSS tapi cawangan tuan rumah menolak atas alasan kesibukan dan kesuntukan masa. Saya tawarkan pula kepada cawangan sendiri TPS, ramai sahabat berminat.  Jadi saya war-warkan ceramah ini semalam & hari ini bercadang nak faks surat ke harakah mohon diiklankan ceramah ini.

Pagi ini PJNS @ YB Paroi @ YDP Rembau nak pindahkan Mat Sabu ke tempat yang lebih kondusif atas alasan keselamatan.

Saya benci bila keputusan telah dibuat dan telah dipersetujui tiba-tiba dapat atau memberi arahan sebaliknya. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah sebab saya tak pening kepala kerana masa dah suntuk untuk persediaan ceramah Mat Sabu dan isteri pun nak ke Mekah 7hb Okt ini.

Kita bukan nak lawan Perkasa tetapi hak kita sebagai rakyat dan ahli Pas mesti dihormati juga.

Jamuan Raya dijamu laksa,
Laksa dimasak oleh Wak Karno;
Kita bukan nak lawan Perkasa,
Kita hanya nak lawan BN dan UMNO.

Laksa dihidang oleh Encik Amran,
Sedap terasa tidak terkata;
Apabila Perkasa beri amaran,
Adakah otamatik terlucut hak kita.

Pencuci mulut buah kuini,
Dibeli ahli pada hari rabu;
Tiadakah ahli Pas NS yang berani,
Sanggup pertahankan Abg Mat Sabu.

Thursday, September 15, 2011

Angkara Mat Sabu.


Negara diselubungi jerebu
Dari KL hingalah ke Sibu
Banyak asap dan debu
Reda sedikit isu Mat Sabu
Senyap terus isu JAIS serbu
SPR pula diam dalam kelambu
Semakin hari semakin kelabu
Dakwat kekal atau guna jari ibu


Hari-hari ada cerita baru
Timbul pula profesor keliru
Mungkin dia mabuk tairu
Kepala tak gatai pun dia garu
Dijajah atau tak jadi isu terbaru
Pening semua cikgu dan guru
Guru konpius murid haru-biru
Nak guna pen merah atau biru
Cerita sejarah macam katak puru

Habis kita nak gelar apa kat Tunku
Bapa Kemerdekaan dah tak laku
Laungan merdeka jadi lawak tigasuku
Kena cetak semula semua buku-buku
Salah fakta tentang sejarah tanahairku
Profesor Kling buat rakyat terkaku
Tak sangka ada professor kuku

Keris Silau
13 September 2011


Mat Sabu kata Mat Indera pejuang Islam Melayu,
Patut diangkat sebagai pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu,
Tiada langsung disebut komunis hero oleh Mat Sabu,
Apatah lagi menghina polis Bukit Kepong anak menantu.

Tiba-tiba orang UMNO yang lama membisu,
Naik minyak hentam Abg Mat bertalu-talu,
Begitu juga dengan semua media yang tidak sebulu,
Kononnya Mat Indera komunis dibenci selalu.

Pusara Polis Bukit Kepong dah rebah batu,
Dah lama usang tiada yang ambil tahu,
Pencen Polis Bukit Kepong tak diterima balu,
Tapi dijaga rapi kubur British di negeri ibu,
Dipahat semua nama pegawai British di batu tugu,
Pejuang Melayu tiada nama walaupun satu!,
Bila Mat Sabu kecoh masuk berita hari Sabtu,
Semua orang terpinga-pinga dan termangu-mangu,
Dah lama UMNO hipokrit bukannya baru!.

UMNO ini memang hipokrit serta penipu,
Yang masih percaya hanya yang keliru,
Atau yang cari makan ratusan ribu,
Atau orang kampung yang masih keliru,
Atau orang bandar yang baca Utusan & Berita Minggu.

Sibuk Najib marahkan Mat Sabu,
Anggap komunis zalim melulu,
Kenapa melawat China April lalu,
Bila Najib sudah tidak tahan malu,
Kata komunis sekarang baik jahatnya dahulu,
Bapanya Tun Razak zirahi China tahun 1974 dulu,
Apalah bengong si Najib patut dibaling dengan sepatu.

UMNO ni kurang kuah lebihnya sudu,
Konon pejuang kemerdekaan bersama Tunku,
UMNO pertubuhan yang British restu,
Ditubuhkan hanya pada tahun 1946 sebagai sekutu,
Dipimpin bangsawan dan pegawai British masa itu,
Untuk ambil alih Tanah Melayu dari seteru.

Seteru British seperti Dol Said di Naning jadi penghulu,
Seteru seperti Tok Janggut sudahlah tentu,
Jenazahnya dibawa dengan kereta lembu,
Mayatnya digantung terbalik di Kota Bharu,
Bila baca kisah pejuang tulen ini hati jadi pilu,
Moga salah seorang pejuang ini adalah aku!..


Al-Fatihah untuk semua pejuang tulen bangsaku
Mohamad Husaini Husin
16 September 2011

Tuesday, September 13, 2011

Tidak syok dalam PAS & PR kini!


Anak kucing di celah kain,
Anak tikus dapat diratah;
PAS dulu lain, sekarang lain,
PAS dulu kalah, sekarang nak memerintah!.

Anak Pepatih di Sungai Besi,
Ke Lembah Kelang untuk beraya;
Sekarang musim pembahagian kerusi,
Sibuk juga mencari calon untuk pilihanraya.

Anak Gemencheh menaiki kayak,
Terbalik kayak terdampar di tepi;
Dulu.....kaulah bertanding, aku tak layak,
Sekarang.....akulah bertanding, aku YDP!.

Anak Gemencheh handal olahraga,
Kaki bangku pun jadi teruja;
YDP sibuk nak bertanding kali ketiga,
Lupa cawangan hanya dua sahaja.

Anak Gemencheh sakitlah gigi,
Bengkak hingga ditengah pipi;
YDP bersekolah tidaklah tinggi,
Calon berkaliber ditolak tepi.

Anak Lenggeng masak serunding,
Masak bersama anak Pak Dollah;
Calon lama dua kali kalah masih nak bertanding,
YDP kawasan tidak pula mahu beralah.

Pergi berkelah di Kuala Linggi,
Berkelah bersama anak isteri,
Mandi manda dari pagi hingga tengah hari,
Dato' pembangkang bercita-cita tinggi,
Nak jadi ketua kepada segala menteri,
Habis dipancung anak buah sendiri.

Buah pelam buah kuini,
Jatuh ke tanah di waktu pagi;
Macam-macam ada dalam PAS kini,
Semuanya buat ahli dah tak syok lagi.

Buah cempedak buah berangan,
Digoreng orang buat jualan;
Semua itu karenah  dalam perjuangan,
"Toghut" UMNO BN tetap wajib dilawan.