Pada pukul 9.15 mlm, pengacau lebih kurang 40 orang yang hampir separuh anak-anak yang mungkin masih bersekolah. membuat perhimpunan berdekatan tapak ceramah Mat Sabu malam tadi di rumah emak YB Tn Hj Taufek Abd Ghani, Pulau Bintongan, Rembau. Mereka berkumpul dan merentang banner sambil berceramah dan menyanyi lagi "Inilah barisan kita".
Saya sangka mereka takan berani berarak menghampiri tapak ceramah kerana bilangan mereka sangat sedikit, tapi sangkaan saya meleset. Mereka berarak dalam sekitar 20 meter tetapi dihalang dan dihalau oleh para hadirin yang berada di luar pagar. melihat bilangan para hadirin yang ramai dan bersemangat, habis kebanyakkan lari berterabur dan lintang pukang. Ada yang terjatuh berguling-guling.
Suasana tidak terkawal lagi. Berlaku pergelutan dan pergaduhan. Polis tidak kelihatan tapi ada pemimpin PAS dan PKR yang cuba meleraikan. Jika tidak teruk pengacau dibelasah oleh para hadirin. Kemudian barulah polis mengambil langkah pencegahan....
Tiga orang wakil dibenarkan berjumpa dengan Abg Mat Sabu dengan kawalan ketat SAMM dan Unit Amal. Suasana masih sangat tegang dan mereka akhirnya berjaya berjumpa Mat Sabu dan saya tidak ikuti lagi perkembangan seterusnya.
Ceramah berjalan seperti biasa selepas itu.
Baca kisah lanjut di sini dan sini.
http://www.malaysiakini.com/news/177941
No comments:
Post a Comment