Saturday, December 29, 2012

Pantun SMS hari ini.

DAPAT SMS PANTUN HARI INI..

Pemburu jin penyeri parti,
Barang dilelong dengan pantun;
Itulah hebat Melaka sejati,
Dalam bicara UMNO dibalun.

Wooo

AKU JAWAB BALIK.

UMNO degil keras kepala,
Tetap berkuasa jadi idaman;
Yang hebat tetap Allah Taala,
Kita ini hanya pinjam-pinjaman.

Makan nasi pun tidak tertelan,
Kenang maharajelela kezaliman;
Kita nak menangkan N Sembilan,
Perlu bantuan bukan tontonan!.

Woooo...

PANTUN DI MAJLIS LELONGAN MAKAN MALAM SEMALAM.

Alhamdulillah.. 
Bersyukur ke hadrat Illahi. Badan lesu mata mengantuk. Hanya dapat lelapkan mata selama 2 jam sahaja dalam 24 jam ini. Walau pun begitu, Allah swt berikan kekuatan dan brjaya mengendalikan majlis lelongan di Majlis Makan Malam bersama YAB Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 28 Dis 2012 (Jumaat)..


Di syurga kita akan bergembira,
Andai Allah redha hidup di dunia;
As-Salam pembuka bicara,
Lelongan akan bermula jangan disia.

Pemimpin zalim disokong jangan,
Terpalit dosa bukan dianiaya;
Mohon izin memulakan lelongan,
Siapa tertinggi dia yang punya!.

Pemimpin adil umpama Omar Ibn Aziz,
Pemimpin contoh sudah berdekad;
Lelongan pertama barang YAB TG Nik Aziz,
Bidalah tuan untuk dapatkan berkat.

Bekerja keras untuk menang PRU,
In Sha Allah, BN NS tersungkur juga;
Lelongan seterusnya buku Tn Guru,
Bidalah tuan untuk kenangan brharga!.

Pemimpin BN berlazat-lazatan,
Rakyat bekerja setengah mati;
Barang terakhir sumbangan MB Kelantan,
Kalau terlepas menyesal nanti.

Pemimpin adil pemimpin masa kini,
Negara sejahtera dirahmati Allah;
Sesi lelongan berakhir di sini,
Mohon ampun andai tersalah.


 Kekayaan orang jangan dicemburu,
Allah swt yang kurniakan rezeki itu;
Dapat ku kucup tangan Tuan Guru,
Moga berkat TGNA mengalir dalam diri ku.

Wallahu'alam In Sha Allah...

Monday, November 26, 2012

SELAMATKAN MALAYSIA



SELAMATKAN MALAYSIA.

Buat zalim tak jemu-jemu,
Jahat belakang dan hadapan;
Perubahan di tangan kamu,
Ubah demi masa depan.

Pantun geram untuk runtuhkan kerajaan yang zalim dan mungkar. Huhuhu.... Allahu.

Friday, May 11, 2012

Boikot dan mogok ketika PRU13

Sungai lesu mengalir ke muara,
Muara luas indah fenomena;
Jika PRU13 diistiharkan segera,
Perjuangan BERSIH tiada makna.

Muara berombak cukup kuat,

Anak nelayan berperahu bersahaja;
Aku tak tahu apa nak buat,
Membantu atau memerhati saja.

Nelayan memukat merokok,

Rokok murah tiada berjenama;
Mengharap PR boikot mogok,
Atau harap keajaipan menjelma.

Air muara masin macam bergaram,

Masinnya melekat di celah gigi;
Rasa marah bertambah geram,
Yang pasti aku tak rela ditipu lagi,

Sungai semakin banyak dipersia,

Sampah dihumban berdekad-dekad;
Apa pendapat para pejuang semua?,

Khabar PRU13 semakin dekat.