Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Illahi.
Badan lesu mata mengantuk. Hanya dapat lelapkan mata selama 2 jam sahaja
dalam 24 jam ini. Walau pun begitu, Allah swt berikan kekuatan dan brjaya
mengendalikan majlis lelongan di Majlis Makan Malam bersama YAB Dato
Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 28 Dis 2012 (Jumaat)..
Di syurga kita akan bergembira,
Andai Allah redha hidup di dunia;
As-Salam pembuka bicara,
Lelongan akan bermula jangan disia.
Pemimpin zalim disokong jangan,
Terpalit dosa bukan dianiaya;
Mohon izin memulakan lelongan,
Siapa tertinggi dia yang punya!.
Pemimpin adil umpama Omar Ibn Aziz,
Pemimpin contoh sudah berdekad;
Lelongan pertama barang YAB TG Nik Aziz,
Bidalah tuan untuk dapatkan berkat.
Bekerja keras untuk menang PRU,
In Sha Allah, BN NS tersungkur juga;
Lelongan seterusnya buku Tn Guru,
Bidalah tuan untuk kenangan brharga!.
Pemimpin BN berlazat-lazatan,
Rakyat bekerja setengah mati;
Barang terakhir sumbangan MB Kelantan,
Kalau terlepas menyesal nanti.
Pemimpin adil pemimpin masa kini,
Negara sejahtera dirahmati Allah;
Sesi lelongan berakhir di sini,
Mohon ampun andai tersalah.
Andai Allah redha hidup di dunia;
As-Salam pembuka bicara,
Lelongan akan bermula jangan disia.
Pemimpin zalim disokong jangan,
Terpalit dosa bukan dianiaya;
Mohon izin memulakan lelongan,
Siapa tertinggi dia yang punya!.
Pemimpin adil umpama Omar Ibn Aziz,
Pemimpin contoh sudah berdekad;
Lelongan pertama barang YAB TG Nik Aziz,
Bidalah tuan untuk dapatkan berkat.
Bekerja keras untuk menang PRU,
In Sha Allah, BN NS tersungkur juga;
Lelongan seterusnya buku Tn Guru,
Bidalah tuan untuk kenangan brharga!.
Pemimpin BN berlazat-lazatan,
Rakyat bekerja setengah mati;
Barang terakhir sumbangan MB Kelantan,
Kalau terlepas menyesal nanti.
Pemimpin adil pemimpin masa kini,
Negara sejahtera dirahmati Allah;
Sesi lelongan berakhir di sini,
Mohon ampun andai tersalah.
Kekayaan orang jangan dicemburu,
Allah swt yang kurniakan rezeki itu;
Dapat ku kucup tangan Tuan Guru,
Moga berkat TGNA mengalir dalam diri ku.
Wallahu'alam In Sha Allah...
Allah swt yang kurniakan rezeki itu;
Dapat ku kucup tangan Tuan Guru,
Moga berkat TGNA mengalir dalam diri ku.
Wallahu'alam In Sha Allah...
No comments:
Post a Comment