Tuesday, September 23, 2014

PANTUN BAHANA FB DAN SEUMPAMA


Lembu mangsa serigala,
Bangkai di kebun jagung;
Ramai orang sudah gila,
Meroyannya tiada hujung.

Tupai-tupai di kebun kelapa,
Tebuk kelapa datang murka;
Bukan jin sahaja menyerupa,
Dalam FB lagi ramai puaka.

Monyet dan buah nangka,
Banyak di Pekan Tronoh;
Ramai berebut masuk neraka,
Wassap gambar tak senonoh.

Harimau tompok di kepala,
Belang pula di tengah dada;
Tiada lagi dosa dan pahala,
Menulis macam tuhan tiada.

Babi Hutan kehitaman,
Melintas kebun bertiga;
Berhujah macam ilmuan,
Jahilnya terserlah juga.

Wallahua'lam.
Mohamad Husaini Husin al-Ansari.
29 Zulkaedah 1435
www.kedai-internet-suami-isteri.blogspot.com

No comments: