DPPNS bagi saya singkatan kepada Dewan Pemudi PAS Negeri Sembilan kerana majoritinya pemalu dan penakut macam perempuan atas pelbagai sebab dan alasan yang tidak patut ada pada diri seorang lelaki bergelar pejuang Islam. Antara contohnya:
1) Ramai yang handal bercakap tapi setakat berani dalam mesyuarat dan paling tinggi dalam surau. Pentas ceramah politik hanya untuk orang lain!.
2) Ramai yang tak mahu zahirkan dirinya sebagai AJK DPPNS takut terlucut jawatan dan takut perniagaan gulung tikar. Ironisnya, ada yang menyorok-nyorok ketika mengedar risalah PAS!
3) Takut nak keluarkan kenyataan akhbar nanti terjejas dan ter"kubur" PAS satu Malaya.
4) Sedih tengok demontrasi yang PAS buat terutamanya di Negeri Sembilan ni. AJK DPPNS ini ramai tapi tak nampak wajah. Hanya seorang atau dua yang ada hidung. Mungkin yang lain berada di barisan belakang bersama-sama muslimat sedang memakai purdah!.
5) Mengharapkan pemuda berdepan dengan samseng UMNO dan melindungi ahli-ahli PAS terutamanya muslimat tetapi pemuda sembunyi diri dalam markas bila diserang oleh samseng UMNO dan tak mampu berdepan dengan mereka. Mana perginya jihad ulama-ulama muda yang ada ijazah tasawur Islam. Alahai....
AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan WAJIB ke depan, membarisi benteng paling awal dalam semua situasi terutamanya yang kritikal sambil "Memukul gendang" dan bersedia dengan segala kepakaran dan bunga persilatan dengan gaya yang nampak gagah serta berani, barulah ahli-ahli PAS yang lain turut sama bersemangat untuk berjuang.
Alasan muak yang serik terdengar "Kita kena faham dan jaga kepentingan sahabat sheikh". Kalau begitu siapa pula nak jaga kepentingan Islam dan Parti. AJK DPPNS kebanyakkannya bergelar ulama muda dan sepatut sudah ditarbiyah dengan pengorbanan dan jihad tapi kebanyakkan masih lagi berstatus "pemudi".
DPPNS perlu berubah atau singkatannya Dewan Pemudi PAS Negeri Sembilan akan kekal selamanya...
No comments:
Post a Comment