Anwar Ibrahim ketika berceramah di Negeri Sembilan pada 20hb Dis baru-baru ini meminta PR menawan Negeri Sembilan yang cuma perlu memenangi hanya 4 kerusi sahaja lagi untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Sembilan.
Kita telah membincangkan perkara ini semenjak berakhirnya PRU 12 lagi dan ianya adalah sangat praktikal dan sangat tidak mustahil tetapi PR terutamanya PAS mesti mengambil langkah wajar dan menyusun strategi ke arah itu.
Alhamdulillah...kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana PAS Negeri Sembilan terutamanya PAS Seremban telah dipulihkan kembali. Ini satu langkah yang wajib untuk menyusun langkah yang jitu untuk menawan Negeri Sembilan dalam PRU13 tidak berapa lama lagi. Walaupun masih terdengar beberapa konflik dan perselisihan masih berlaku, namun dalam beberapa majlis, saya sendiri melihat Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Tuan Zulkefly Hj Omar dan YDP Seremban Tuan MK Ibrahim telah boleh duduk sebaris dan seiring. Tahniah buat kedua-duanya.
Sejarah akan melakarkan kejayaan PR menawan Negeri Sembilan kelak dan salah satu sebab kejayaan itu adalah kerana PAS Negeri Sembilan dan PAS Seremban BERJAYA menggerakkan jentera sepenuhnya. Kejayaan ini juga akan dilukis orang dalam lipatan sejarah disebabkan oleh dua orang tokoh pemimpin Negeri Sembilan dan Seremban ini iaitu Tuan Zulkefly Hj Omar dan Tuan MK Ibrahim yang berusaha dan terus berusaha bersungguh-sungguh dengan mengenepikan kepentingan peribadi dan kumpulan demi untuk kesepakatan dalam berjemaah dan berparti.
Begitu juga sebaliknya. Jika kekalahan terus melanda PR dan PAS Negeri Sembilan dalam PRU13 kelak, MUNGKIN salah satu faktornya adalah kedua-dua tokoh pemimpin di atas atau salah seorang dari mereka masih punyai ego yang tinggi dan masih tidak mahu bermunafakat.
Marilah sama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk meningkatkan ukhwah dan munafakat, seterusnya menawan Negeri Sembilan. Insya Allah.
Marilah sama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk meningkatkan ukhwah dan munafakat, seterusnya menawan Negeri Sembilan. Insya Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al-Hujurat:10).
"Muafakat membawa berkat"
No comments:
Post a Comment