Tuesday, September 13, 2011

Tidak syok dalam PAS & PR kini!


Anak kucing di celah kain,
Anak tikus dapat diratah;
PAS dulu lain, sekarang lain,
PAS dulu kalah, sekarang nak memerintah!.

Anak Pepatih di Sungai Besi,
Ke Lembah Kelang untuk beraya;
Sekarang musim pembahagian kerusi,
Sibuk juga mencari calon untuk pilihanraya.

Anak Gemencheh menaiki kayak,
Terbalik kayak terdampar di tepi;
Dulu.....kaulah bertanding, aku tak layak,
Sekarang.....akulah bertanding, aku YDP!.

Anak Gemencheh handal olahraga,
Kaki bangku pun jadi teruja;
YDP sibuk nak bertanding kali ketiga,
Lupa cawangan hanya dua sahaja.

Anak Gemencheh sakitlah gigi,
Bengkak hingga ditengah pipi;
YDP bersekolah tidaklah tinggi,
Calon berkaliber ditolak tepi.

Anak Lenggeng masak serunding,
Masak bersama anak Pak Dollah;
Calon lama dua kali kalah masih nak bertanding,
YDP kawasan tidak pula mahu beralah.

Pergi berkelah di Kuala Linggi,
Berkelah bersama anak isteri,
Mandi manda dari pagi hingga tengah hari,
Dato' pembangkang bercita-cita tinggi,
Nak jadi ketua kepada segala menteri,
Habis dipancung anak buah sendiri.

Buah pelam buah kuini,
Jatuh ke tanah di waktu pagi;
Macam-macam ada dalam PAS kini,
Semuanya buat ahli dah tak syok lagi.

Buah cempedak buah berangan,
Digoreng orang buat jualan;
Semua itu karenah  dalam perjuangan,
"Toghut" UMNO BN tetap wajib dilawan.

No comments: