Tuesday, February 1, 2011

Posting ditarik balik... Ubah perangai gobrok.

Salam...

Posting saya mengenai Seremban dan BPP Negeri Sembilan dinasihatkan ditarik balik oleh salah seorang pemimpin negeri kerana dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Sembilan yang lalu, ramai yang khuatir ianya akan disalahgunakan musuh. Saya tetap dengan pendirian bahawa saya tidak akan menarik posting tersebut jika hanya itulah alasannya. Musuh akan tetap akan mengambil kesempatan atas kelemahan PAS Negeri Sembilan dengan pelbagai kaedah dan cara sekiranya kelemahan yang ketara tidak diperbetulkan segera .

Yang penting bukan posting saya tapi perangai pemimpin PAS Negeri Sembilan yang gobrok perlu berubah atau diubah oleh ahlinya!.

Beliau memberitahu BPP Negeri Sembilan telah mengambil perhatian tentang penulisan saya dan akan cuba untuk mengubah keadaaan. Saya beri tempoh dua bulan untuk pemimpin Negeri Sembilan untuk berubah. Awal April sekiranya masih lagi berlaku kebobrokan yang sama atau seumpamanya, saya akan menerbitkan semula posting saya dan memfokuskan tulisan saya kepada isu yang sama.

Kita sering menegur ulama' UMNO kerana mendiamkan diri dengan kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO dan BN dan sering melabelkan mereka sebagai "Syaitan Bisu". Adakah kita juga ingin menjadi seperti mereka dengan mendiamkan diri dengan segala kelemahan, kebobrokan dan kemungkaran yang berlaku dalam PAS?.

Nabi Saw bersabda:

"Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim]

Sekian. Semoga Allah swt bersama saya dan orang yang menyokong penulisan saya samada secara nyata atau dalam senyap.

"Yang penting bukan penulisan saya, saya penting pemimpin PAS Negeri Sembilan mengubah kebobrokan perangai mereka"....

3 comments:

Masa Untuk Berubah said...

hahaha... lawak.. lawak..

Tuan... bagi masa 2 bulan??? apa baranggg...

Tuan kempen je.. JOM TUKAR PJ... ada yang mengikut tu nanti...

CZACK.. camne?

Mohamad Husaini said...

Semua takut.... macam-macam takut. Aku segan dan hormat pada sahabat sorang ni jer.. 2 bulan tak lama. Lepas tu, kalau tak berubah, kita kempen habis-habisan. Insya Allah

czackPY said...

Bro, Kau pergi tinggalkan daku hanya krn ....... aku tahu siapa........ dia sudah mula tonjalkan diri bukan sebagai pejuang