Wednesday, March 23, 2011

Pimpinan PAS NS rakus dan berjiwa kecil Bab II...

Dalam cerita Merong Mahawangsa,  Taji iaitu ketua Lanun bergelar Garuda meramalkan Merong dan rakyatnya akan menyerang pulau lanun tersebut. Beliau menyuruh anak muridnya, Kamawas untuk menyerang Merong terlebih dahulu tetapi Kamawas enggan dan dialognya lebih kurang begini:

Taji:
"Orang tanah besar hendak menyerang, jangan biarkan mereka mendarat di pulau ini". Perintah Taji. 
Kamawas:
"Mustahil! Mereka hanya beratus petani, sedangkan kita punyai beribu pahlawan. Takan secupak hendak menyerang segantang. Biarkan mereka mendarat!". Bentak Kamawas.

Lanun yang sudah tentu punyai banyak kesalahan dan dosa tidak takut diserang apatah lagi dengan sejumlah kecil petani.

Pemimpin negeri sembilan ini, takut dan khuatir diserang oleh pengikutnya sendiri yang tidak berupaya kecuali menulis dalam media baru!.

Gambar hiasan: Keldai ketawa
Baru-baru ini dimaklumkan bahawa pemimpin Negeri Sembilan ini hendak tubuhkan jawatankuasa khas nak "menyiasat" blog nyamuk aku ini yang jumlah pelawat terkumpul tak sampai 4 ribu orang setakat ini. Lawaknya....... dan kalau keldai mengerti, dia juga akan ketawa terbahak-bahak!

Aku teringat kisah Pak Long TTJ dengan aku suatu ketika dulu. Begini dialognya lebih kurang:

Aku:
"Apa Pak Long tengok-tengok?. Nak gaduh". Kata aku berseloroh.
Pak Long:
"Kalau kau bergaduh dengan Pak Long, malu kau. Kalau menang, kau malu dan kalau kalah pun, kau malu juga". Balas Pak Long dengan tersenyum.
Aku:
"Kenapa pulak macam tu Pak Long". Jawab aku inginkan jawapan.
Pak Long:
"Kalau kau menang, kau malu kerana bergaduh dan menang dengan orang tua yang tak berupaya. Kalau kau kalah lagi malu kerana kau kalah dengan orang tua!". Penjelasan Pak Long.

Pemimpin Negeri Sembilan ni lawannya Menteri Besar Negeri Sembilan dan bukannya dengan ahli kerdil yang punya blog nyamuk!. Tak malukah pemimpin Negeri Sembilan ini?... Alahai...


No comments: