Baru sahaja selesai menonton cerita Merong Mahawangsa kali kedua di salah sebuah pawagam di Seremban. Kegemaran saya yang agak sukar ditinggalkan ialah menonton filem bercorak peperangan dan sains fiksyen terutamanya dari barat. Selalunya saya menonton berkali-kali filem yang menarik dan kekadang saya membeli VCD asli untuk dibuat koleksi.
Jarang sekali saya meminati filem Melayu kerana konsepnya memualkan iaitu percintaan dan lawak bodoh yang tidak boleh diterima akal. Kali ini, dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa tipikal babak percintaan masih ada tetapi ditahap minima dan babak peperangan dengan bantuan teknologi agak membanggakan. Namun sekali tonton, saya sudah merasa agak puas kerana jalan ceritanya mudah untuk dicerna fikiran.
Babak puteri cina sedang mandi dalam tab di dalam kapal itu agak keterlaluan dan tidak senonoh. Kalau mandi berkemban sudah agak keterlaluan dan apatah lagi jika tanpa seurat benang dan hanya ditutupi oleh bebunga di permukaan air tab sahaja. Walau pun begitu, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada KRU terutamanya Yusry kerana karyanya iaitu sebuah filem Melayu boleh diangkat menjadi filem bertaraf antarabangsa..
Cerita filem ini berkisar tentang diri Merong Mahawangsa tetapi yang menarik perhatian saya ialah masyarakat kuno sebelum Langkasuka (sekarang Kedah), berpecah belah dan sering diganggu oleh lanun bergelar Garuda yang juga berasal dari tempat dan bangsa yang sama. Berparut badan seluruh penduduk akibat sering diserang Lanun Garuda. Namun hati mereka juga lebih dashyat berparut kerana pelbagai penderitaan lain akibat angkara Lanun Garuda itu. Ada yang dirogol, dibunuh keluarganya dan pendek kata memang bermaharaja lela si lanun bedebah bergelar Garuda itu.
Yang menariknya bagi saya ialah kesengsaraan mereka berakhir apabila seorang pengembara yang berketurunan "Alexander The Great" dan ibunya berasal dari tempat dan bangsa yang sama dengan masyarakat kuno Langkasuka. Merong telah berjaya menyatukan masyarakat setempat dan diangkat menjadi seorang Raja di negara baru bergelar Langkasuka. Seterusnya beliau, pengikutnya, anak raja Rom dan beberapa orang askar cina menyerang Lanun Garuda untuk membebaskan puteri cina dan menebus maruah dan kebebasan mereka sendiri yang telah lama dirampas oleh Lanun Garuda tersebut.
Semasa Merong hendak menyerang Lanun Garuda yang berlipat kali jumlahnya, Merong memberi kata-kata semangat kepada rakyatnya antaranya:
Mungkin tiada yang kembali
Atau mungkin... semua sekali akan rebah ke bumi
Demi maruah dan kesejahteraan negara kita
Marilah.. bersama kita tebas petualang bangsa...
Rakyat Malaysia di zaman moden ini juga sengsara kerana dizalimi oleh lanun bergelar UMNO dan BN. Lanun dari tempat dan bangsa yang sama. Habis dirompaknya harta kekayaan bumi ini dan diboloti oleh diri sendiri dan kroni.
Sengsara dan derita juga rakyat Malaysia kini....
1) Pemuda terpelajar dibelengu dengan hutang pinjaman yang mesti dilunasi. Biasiswa sebagai salah satu hak kepunyaan bumiputera sudah lama dilupusi.
2) Muda mudi terpaksa melupakan hasrat hati untuk menikah kerana belanja kahwin yang melambung tinggi,
3) Buruh, petani dan nelayan terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran anak di sekolah kerajaan dan IPT.
4) Pekerja terpaksa bekerja siang hingga dinihari untuk memastikan kerja selesai seperti dikehendaki. Jika tidak, khuatir dibuang kerja nanti dan kerja baru sukar pula dicari.
5) Usahawan pula bekerja keras hingga melupakan anak isteri hanya untuk keuntungan yang sedikit bagi sara hidup diri.
6) Diperkosa anak gadis sunti oleh pembesar negeri.
7) Rakyat dibunuh dan terbunuh di pejabat BPR dan balai polis sendiri.
8) Pemandu kereta susah hati kerana kancil pun habis hampir RM50 sekali tangki minyak diisi.
9) Rakyat kecewa dan sengsara membunuh diri setiap hari.
10) Penyakit mental menjadi-jadi sehingga ada yang penggal dan bawa kepala ayah ke Selangor baru-baru ini.
10) Rakyat kais pagi makan pagi, isteri perdana menteri melancong dan berpoya-poya di luar negeri.
11) Konon ada pilihanraya tanda demokrasi tapi UMNO dan BN dengan bantuan SPR dan JPN memindahkan pengundi-pengundi sesuka hati.
12) Demi untuk kerajaan tetap dikuasai, habis pendatang sewenangnya diberi kad pengenalan untuk jadi warga negeri.
13) Rasuah amalan yang semakin parah dan tinggi dalam hampir semua bidang dan semua ajensi.
14) Kerajaan merompak lagi dengan menyenaraihitamkan pemandu yang enggan membayar kompaun saman walau pun tidak terbukti bersalah lagi.
15) Cukai tanah, cukai pintu, bayaran tol, harga barangan, air dan api sentiasa naik dan tetap akan naik sehingga rakyat menjadi lali.....

Bila masanya kesengsaraan dan penderitaan rakyat Malaysia kini termasuk Langkasuka (Kedah) akan berakhir?. Bila masanya Merong Mahawangsa moden akan memunculkan diri atau bilakah Allah swt akan memunculkan Imam Mahdi yang akan meratakan keadilan dan kemakmuran di muka bumi Malaysia ini?. Rakyat sudah tidak tertahan sengsara fizikal apatah lagi menderita perit dan pedih di hati............
Ayuh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat.....
Mungkin tiada yang kembali
Atau mungkin... semua sekali akan rebah ke bumi
Demi maruah dan kesejahteraan negara kita
Marilah.. bersama kita tebas UMNO dan BN petualang bangsa...
No comments:
Post a Comment