Wednesday, February 24, 2010

MALU AKU...


MALU AKU...
Cawangan yang aku ketuai hampir rebah menyembam ke bumi. Apatah lagi jika cawangan sudah lama mati.

MALU AKU...
Aku bekas ketua pemuda tetapi PASTI dan Unit Amal di tempat ana sudah tiada dan entah ke mana.

MALU AKU...
Aku bercita-cita nak memerintah negeri tetapi kawasan dan negeri tiada bangunan sendiri.

MALU AKU...
Berazam untuk menjadi menteri tertinggi tapi parti kawasan sudah lama berkalang bumi.

MALU AKU...
Ahli telah banyak menyumbangi dari segi materi berkali-kali. Ada yang menjual tanah demi impian parti untuk membina mahligai seperti dalam mimpi. Namun sehingga kini, bayangan mahligai masih belum tersaksi oleh mata sendiri.

MALU AKU...
Pengundi menolak aku di kawasan sendiri tapi teringin sangat nak bertanding di tempat jauh di hujung negeri.

MALU AKU...
Orang tak sudi memberi laluan aku berbicara, tak mahu menghulur pembesar suara tapi aku tetap memaksa.

MALU AKU...
Mengangkat diri sebagai pejuang dalam parti tapi kemenangan semakin menjauhi.

MALU AKU...
Islam mengajar untuk merendah diri tapi aku sukar menerima kritikan ahli.

MALU AKU...
Aku meminta rakyat menukar pemerintah negeri kerana pelbagai korupsi, nepotisme dan kroni tapi aku berat nak merombak AJK parti walaupun AJK tersebut sudah lama duduk di tampok kerusi dan tiada perubahan besar yang boleh parti harapkan lagi.

MALU AKU...
Dalam parti berpuak-puak. Saling menuduh dan saling bertekak. Pemimpin dulu-duluan dah naik muak.

Aku pula mengaku ketua yang pandai tapi tak tahu juga macam mana nak damai. Mungkin masalah lama susah nak selesai atau ego aku yang masih kuat merantai atau sombong aku yang seluas pantai!

MALU AKU...
Orang kata "Hidung aku tak mancung, pipi aku pula tersorong-sorong".

MALU AKU...
Islam mengajar supaya menjaga ukhwah dan bersatu, tetapi habis semua aku jadikan seteru.

MALU AKU...
Sesama Islam dan sesama ahli adalah saudara, kenapa dalam bab niaga aku hanya fikirkan laba. Biar layu anak gaharu, asal wang tetap penuh di saku!

SANGAT MEMALUKAN AKU....
Bila berketuakan orang yang tak tahu malu!. Semua yang mengaibkan ada pada diri tapi dipandang hanya sambil lalu.

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah!.

Mohon maaf dari semua sekali dan keampunan Ilahi sebab menegur perkara sumbang dalam parti dan pemimpin sendiri, kerana perkara sebegini boleh merosakkan parti dan mengaibkan semua ahli.

Wallahu'alam.

3 comments:

GaDgEt said...

aku lagi malu...... bila lihat yg dah berjwtn sanggup duduk sama rendah diri sama tingi... tp yg ada kat N9 ni.. belum pun jadi MB dah lagak menang rebut krusi, layak org saja terhegeh hegeh nk salam dgn nya...

aku lagi malu ...... ceramah besar dia nak hadiri.. yg kecik2 nya dia lepas kan pergi, tanpa tau tu lah strategi N9 ni rakyatnya bukan celik iT banyak yg rosak jati diri patutnya ketua atur strategi supaya org muda lekatkan PAS dihati menawan org lama yg karat biru dihati, baru lah N9 akn disinari oleh PAS yg berdaya saing dan ada intergriti...

GaDgEt said...

http://perisik-rakyat.com/2010/02/kesah-umno-gagal-beli-pakcik-pas-yang.html

pak andak alwi said...

yang ni best....