Friday, June 24, 2011

Kenyataan akhbar - Kesal mimbar N9 halang Bersih

Ruj. Kami : PKR/2011/KPKM02  
Tarikh : 24 Jun 2011
KENYATAAN AKHBAR :
KESAL MIMBAR JUMAAT DIGUNAKAN UNTUK MENGHALANG RAKYAT NEGERI SEMBILAN DARI MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN

PAS Kawasan Rembau merasa kesal apabila mimbar Jumaat di hampir seluruh Negeri Sembilan digunakan untuk menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan aman Bersih atau “walk for democracy” pada 9hb Julai 2011 ini.

Perhimpunan aman ini merupakan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10(1)(b). Apatah lagi perhimpunan ini hanya meminta supaya pilihanraya di Malaysia ini lebih telus dan adil yang merupakan teras kepada sistem demokrasi itu sendiri.

PAS Kawasan Rembau kesal kerana banyak pihak dipergunakan oleh UMNO dan BN untuk menggagalkan perhimpuan aman ini dan sekarang mimbar masjid juga dipergunakan oleh UMNO dan BN. Jelas UMNO dan BN menggunakan masjid dan mimbar untuk kepentingan politik dan kerakusan mereka untuk berkuasa walau pun rakyat telah sedar dan bosan dengan karenah dan kejelekan perangai mereka.

PAS Kawasan Rembau telah mengarahkan semua AJKnya untuk memakai baju kuning Bersih setiap hari terutamanya hari sabtu untuk membangkitan semangat rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih untuk menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya. Kita juga meminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama memakai baju kuning Bersih setiap hari.

PAS Kawasan Rembau sedang berusaha untuk menghantar seramai yang mungkin ke Perhimpuan Bersih dan sasaran kami adalah untuk menghantar 10,000 orang peserta ke perhimpuan Bersih. Insya Allah.

Sekian, Wassalam.

Yang benar,
Mohamad Husaini Husin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Rembau
Tel : 013-359 8318



1 comment:

thelope said...

Sdr,
Baru2 ini diseluruh negeri selangor telah dibacakan qutbah tentang qasaf dan 4 org saksi, video tidak boleh digunakan sebagai saksi dan kutbah menjurus kepada percubaan menyelamatkan anwar dari isu video lucah