Sunday, June 5, 2011

Negeri Sembilan - belum punyai tokoh nasional


Tahniah dan takziah kepada Abg Mat Sabu, Sallehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa dan semua AJK yang terpilih dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini. Tahniah sebab menjadi kegemaran perwakilan untuk menjadi pemimpin tertinggi PAS dan takziah kerana jawatan hanya akan menghampirkan diri ke jurang neraka jika diabaikan.



Dua calon AJK PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 57 yang baru berlalu dari Negeri Sembilan  yang bermastautin dan aktif bergiat di Negeri Sembilan adalah :

1) YB Hj. Mohamad Taufek Abd. Ghani. 
2) Hj Zulkefly Muhamad Omar

Kedua-dua telah kecundang dalam pemilihan.


Tokoh yang berasal dari Negeri Sembilan tetapi tidak bermastautin dan aktif di Negeri Sembilan adalah  Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Juga kecundang dalam pemilihan Timbalan Presiden dalam muktamar baru-baru ini.

Bekas Timbalan Presiden ni orang Rembau...

Tokoh lain yang anak Rembau juga tetapi tidak bermastautin dan aktif di Negeri Sembilan adalah  Dr.  Dzulkefli Ahmad. Intelek ini lebih selesa membina pengaruh dan akar umbi di kawasan bandaraya yang punyai segala-galanya dari kampung halaman sendiri yang serba kedhaifan. Beliau mendapat tempat sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar baru-baru ini.

Dr. Dzulkefli Ahmad

Ramai lagi tokoh dari Negeri Sembilan yang membawa diri masing-masing ke seluruh negara atas pelbagai sebab antaranya kerana merajuk atau melarikan diri dari difitnah rakan sendiri, menguruskan projek mega luar negara, gusar menghadapi ahli akar umbi kerana kegagalan projek ekonomi, bosan dengan krisis tidak bersudahan berdekad-dekad lamanya dalam PAS di negeri sendiri dan sebagainya.

Antara tokoh-tokoh yang saya tahu adalah :

Dr. Rosli Yaakop






Sehingga sekarang PAS Negeri Sembilan masih gagal membina tokoh peringkat nasional yang berkaliber setaraf dengan Sabah, Sarawak dan Perlis. Malang juga, PAS Negeri Sembilan juga masih gagal untuk membina tokoh-tokoh yang berkaliber di semua  kawasan-kawasan yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin masyarakat dan calon dalam pilihanraya.

Ramai yang mengharapkan pesuruhjaya PAS yang baru dilantik oleh Presiden. Mungkin dengan terlantiknya Pesuruhjaya yang baru, pertelingkhan dalaman dapat diminimakan dan wajah Negeri Sembilan bertukar menjadi negeri yang lebih gemilang. Insya Allah.

 Mohon maaf. Wallahu'alam.

No comments: