Friday, June 17, 2011

Taufek dan Zulkefly dalam Harakahdaily.

Tahniah Taufek, syabas Zulkefly
Harakahdaily

REMBAU, 17 Jun: Ahli-ahli dan penyokong PAS Kawasan Rembau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Taufek Abd Ghani (gambar) yang telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru.

Ketua penerangannya, Mohamad Husaini Husin berkata Taufek yang juga Adun Paroi, merupakan seorang tokoh yang berdedikasi dan mempunyai jentera dari pelbagai lapisan dan bidang yang begitu professional dan agresif dalam menawan Dun Paroi dalam PRU 12 yang lalu.

“Dengan perlantikan ini, kami yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Negeri Sembilan kerana pengalaman kemenangan dan seluruh jentera di Paroi boleh digunakan oleh Taufek untuk menawan Dewan Undangan Negeri yang lain dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

Katanya, Mohamad Taufek seorang pemimpin yang sangat merendah diri dan ramah sehingga beliau sangat disenangi oleh semua pemimpin lain, ahli, penyokong Pakatan Rakyat dan semua pengundi dari pelbagai bangsa dan agama selain disokong kuat oleh pemimpin Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan dan Dun Paroi.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan PAS Negeri Sembilan khasnya untuk memberi sokongan, bantuan dan memudahkan urusan Haji Taufek untuk menjalankan tugasnya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan seterusnya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 kelak, insya Allah,” ujarnya.

Belau juga mengambil kesempatan untuk menyeru semua jentera Pakatan Rakyat dan PAS untuk terus bersedia menghadapi PRU 13 yang sangat hampir kini.

“Kami juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefly Mohd Omar atas perlantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat.

“Sekalung terima kasih juga diucapkan atas segala sumbangan beliau yang tidak boleh dinafikan untuk PAS Negeri Sembilan. Semoga beliau berupaya mengharumkan nama PAS Negeri Sembilan di PAS Pusat pula,” katanya.

Harakahdaily

No comments: