Thursday, February 18, 2010

Pantun nasihat untuk pemimpin sebuah negeri.





Pantun ini untuk menasihati,
Pemimpin parti sebuah negeri;
Pelbagai kisah menggelikan hati,
Menjadi bualan anak negeri.

Ketuanya ada master degree,
Hitam manis tidak berseri;
Nampak sombong tidak terperi,
Meluat semua para pengundi.

Bertanding pasti, kerusi dimiliki,
Mengalah sesiapa yang menyaingi;
Alangkah kecewa semua ahli,
Kalah teruk dengan si tua tak cukup tinggi.

Impian menjadi menteri tertinggi,
Jika parti memerintah negeri;
Titah perintah mesti dituruti,
Siapa membangkang akan dibenci.

Diri maksum mirip nabi,
Siapa mengkritik, dialah disesahi;
Dilabel sebagai menderhakai,
Juga pemusnah parti sebuah negeri.

Kisah pembantu mencuit rasa,
Gelaran cikgu cucu nabi;
Kerja menghentam sini-sana,
Agar ketua tidak berkecil hati.

Tugas sebagai pengatur ceramah,
Bercakap di pentas tak dengar suara;
Mesyuarat pilihanraya hadir tak pernah,
Ketua kalah teruk angkara si dia.

Bergaduh merebut pembesar suara,
Atas pentas anjuran lain negeri;
Kejadian memalukan tiada tara,
Inilah dia “itik bertaji”.

Kain berlipat dalam istana,
Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubit budi jadi kenangan.

Pantun nasihat akan berakhir,
Untuk pemimpin sebuah negeri;
Jangan seperti “garam jatuh ke air”,
Nanti ditolak rakyat, dibenci ahli.

3 comments:

pak andak alwi said...

kalau roboh kota melaka
papan di jawa hamba dirikan
kalau sungguh bagai dikata
hamba rasa eloklah kita berpesan pesan

dari juaseh ke batu kikir
mandi manda di jeram tengkek
tak mengapa kalau terpinggir
asal niat tuan hamba untuk berbuat baik

di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya ada di belakang rumah
dimana dia pemimpin pemimpin saya
pemimpin saya sedang berunding dengan orang sebelah

GaDgEt said...

zaman dulu anak berlari
bapa tak ajar kencing berdiri
zaman skarang anak anak berdikari
bapa ketua pulak berhajat besar nk jd MB.

GaDgEt said...

Pakatan akan sedia lebih platform untuk suarakan pandangan | Print | E-mail
Dzulfikar Mashhor

PETALING JAYA, 22 Feb: Pakatan Rakyat akan menyediakan lebih banyak platform untuk membolehkan para pimpinan dan wakil rakyatnya menyuarakan pandangan mereka jika tidak berpuashati dengan sesuatu perkara.

Ia akan dibuat melalui Sekretariat Pakatan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat akan menubuhkan segera "Penal Disiplin" untuk mengkaji sebarang perlanggaran disiplin di kalangan para ahli dan pemimpinnya.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat PKR dekat sini hari ini.