Saturday, May 28, 2011

Rembau sokong Abg Mat - Perwakilan jangan derhaka...


Saya tiba lewat ke dalam mesyuarat pertama PAS Kawasan Rembau di mana perbincangan menjurus kepada muktamar PAS akan datang. Setibanya saya, mesyuarat sedang membincangkan percalonan Naib Presiden dan telah habis membincangkan percalonan Timbalan Presiden dan PAS Kawasan Rembau telah mencalonkan Haji Mohamad Sabu.

Warna-warni Abg Mat dalam PAS selama 30 tahun.

Ternyata bahawa Abang Mat adalah calon kegemaran PAS Kawasan Rembau dan kebanyakkan kawasan lain. Melalui media, Abang Mat telah diwar-warkan mendapat pencalonan tertinggi jauh meninggalkan  Ustaz Nasharudin dan Ustaz Tuan Ibrahim.

Sila lihat kisah Abang Mat di sini dan profail Abg Mat di sini.

Abang Mat telah teruji dalam perjuangan PAS selama 30 tahun.

Ketika mesyuarat pertama PAS Kawasan Rembau, hanya dua calon sahaja yang diketahui akan bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu Ustaz Nasha dan Abang Mat.

Pada malam itu, saya telah meminta supaya semua AJK yang dilantik sebagai perwakilan muktamar hendaklah menyokong dan mengundi calon yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut. Sekiranya ada perwakilan yang menyokong dan mengundi calon lain, maka ia adalah tidak amanah dalam mewakili PAS Kawasan Rembau dan ahli-ahli akar umbinya. Dengan kata lain, perwakilan tersebut telah derhaka kepada keputusan mesyuarat dan kehendak ahli akar umbi.

Ternyata saranan saya mendapat sokongan sebulat suara. Sekiranya semua kawasan yang mencalonkan Abang Mat mengikuti inspirasi ahli akar umbi dan taat kepada keputusan muktamar kawasan/ mesyuarat AJK kawasan, pasti Abang Mat akan memenangi Jawatan Timbalan Presiden.

Mana mungkin kawasan yang menyokong dan mencalonkan Abang Mat, perwakilannya bertindak sebaliknya. Kecuali perwakilan bertindak tidak mewakili kawasan tetapi mewakili dirinya sendiri atau tidak taat @ derhaka kepada keputusan mesyuarat dan mempersetankan inspirasi ahli akar umbi !.


Suka-duka Abang Mat dalam perjuangan PAS selama 30 tahun dan diminati oleh pelbagai golongan..

Semoga pimpinan baru melahirkan gaya kepimpinan, pendekatan, strategi yang baru dan mampu menumbangkan UMNO dan BN dan membawa Islam dan PAS ke Putrajaya bersama PAKATAN RAKYAT. Insya Allah. Insya Allah.

Mohon maaf. Wallau'alam.

1 comment:

Anonymous said...

perwakilan PAS yang lain tidak bodoh mcm anda dan perwakilan rembau.