Friday, April 22, 2011

Anwar Ibrahim Pemimpin PKR atau PAS?.

Salam,

Khutbah jumaat hari ni amat menarik berbanding khutbah sebelumnya di tempat saya. Khutbah disampai oleh seorang ustaz yang popular dan lantang di Negeri Sembilan ini dan beliau berazam untuk menyatakan kebenaran tanpa mengira siapa. Tahniah untuk ustaz ni kerana keberaniannya.

Isu pertama khutbah ialah menuduh Mukmin lain berzina tanpa mendatangkan 4 orang saksi yang adil boleh  dihukum dengan 80 kali sebatan dan jatuh taraf fasik selama-lamanya dan ada ulama' berpendapat jatuh fasik sehingga beliau bertaubat. Tidak lagi diterima kesaksian orang yang fasik dan tempatnya adalah di neraka.

Kes ini berkenaan tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) melalui video yang kecoh dewasa ini. Tuduhan ini dilakukan oleh ahli politik ini boleh merosakkan masyarakat dan boleh menjurus rakyat muslim ke dalam kefasikkan.

Yang menarik perhatian saya ialah kata-katannya dalam khutbah lebih kurang berbunyi , "Tidak kira orang UMNO ke atau, orang PAS ke, menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi seperti mana dituntut oleh Islam akan menjerumuskannya dalam kefasikkan. Samada melalui sembang-sembang di kedai kopi atau ditangga surau atau masjid.....".

Persoalannya, DSAI itu pemimpin PKR atau PAS?. Kenapa tidak disebut PKR?. Sebagai ahli PAS terusik juga perasaan saya. Memang benar DSAI itu ketua pembangkang dalam parlimen dan pemimpin PR dan beliau mampu menggoncang BN bersama parti dalam PR yang lain tetapi beliau adalah penasihat PKR dan bukannya pemimpin PAS secara terus (direct). Beberapa kemungkinan:

1) PAS dan UMNO setanding.
Mungkin pada pandangan beliau dan kebanyakkan rakyat yang lain, UMNO lawannya PAS kerana kedua-dua parti ini dominan kepada orang Melayu Islam.

2) Ramai orang PAS mempertahankan DSAI.
Mungkin juga ramai orang PAS dan pemimpinnya bersimpati dengan DSAI dan mempertahankan beliau dan berlaku banyak perdebatan dikalangan orang UMNO dan PAS mengenai isu ini. Ahli PKR mungkin ada yang mendebatkannya tetapi tidak seramai ahli PAS.

Pelbagai lagi kemungkinan dan jawapannya terletak pada ustaz ini. Walau bagaimana pun tahniah kerana tak ramai ustaz yang seberani ini walau pun ustaz dari PAS sendiri.

Mohon maaf. Wallahua'lam.

No comments: