Sunday, April 24, 2011

Kenapa ada perebutan dan kenapa susah untuk turun dari jawatan?.


Kenapa berlaku perebutan jawatan dalam PAS yang sangat mengaibkan ketika ini mengalahkan perebutan dalam UMNO dan BN dan sedang menular di banyak tempat dan peringkat?. Adakah hendak dipupuskan budaya mendahulukan orang lain yang lebih layak dan berkemampuan berbanding diri kita sendiri sepertimana pemimpin PAS terdahulu?. Adakah kita sahaja yang layak dan orang lain hanya sesuai untuk mendengar arahan sahaja?.

Apabila telah diberikan jawatan, kenapa pula susah hendak turun walau pun isyarat dari majoriti ahli ingin pembaruan jelas kelihatan?. Adakah ingin melihat ahli-ahli memberontak terlebih dahulu?.

Kenapa?... Adakah?.. Kenapa?..... Adakah..?.

“Tidak ada keimanan bagi seorang yang tidak amanah dan tidaklah ada manfaat beragama bagi orang yang tidak memegang janji”. (HR Ahmad).

Amanah merupakan perasaan hati sanubari yang hidup, yang mendorong manusia untuk menunaikan hak-hak Allah swt dan hak-hak manusia serta melindungi semua amal perbuatan dari penyakit ifrath (berlebihan) dan tafrith (pengabaian).

Kepemimpinan dalam semua peringkat adalah tugas berat. Semakin tinggi yang dipimpin semakin besar tanggung-jawabnya.

Maka, hanya orang amanahlah yang mampu melaksanakan kepemimpinan secara bertanggung-jawab, kerana ia menyedari bahwa kepemimpinan adalah taklif (beban berat) dan bukan tasyrif (kehormatan).

Orang yang berprinsip demikian tidak merasa bangga bila diberi jawatan ataupun bersedih ketika diturunkan dari jawatannya. Ia tahu bahawa jawatan atau kepemimpinan adalah beban yang dipikulnya, bukan kesempatan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.

Kutipan dan diolah dari blog zakri Ali. Lihat di sini untuk artikel di sini.
Nota:
Bagaimana keadaan Seremban ketika ini?. Semoga Allah swt pelihara Seremban dan semua kawasan lain dari perebutan yang menjahanamkan parti sendiri.
 
Mohon maaf. Terima kasih. Wallahu'alam....

No comments: