PJNS bersama tuan Presiden di N15 - Muara Tuang. |
PAS Negri Sembilan ditugaskan di N24-Beting Maro. Kenapa berada di N15-Muara Tuang pula?. Ke Sarawak untuk bantu jentera PAS dalam PRN Sarawak-10 semata-mata atau sambil-sambil melobi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan AJK PAS pusat untuk jadi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan seumur hidup?.
Cukuplah....... sudah 3 penggal jadi PJNS. Serahlah kepada orang lain....... Berhati besarlah dan jasa serta kesanggupan tuan akan dikenang selama-lamanya.
Cukuplah....... sudah 3 penggal jadi PJNS. Serahlah kepada orang lain....... Berhati besarlah dan jasa serta kesanggupan tuan akan dikenang selama-lamanya.
Semoga kepimpinan baru dengan gaya, kaedah dan strategi baru mampu membawa perubahan drastik kepada PAS Negeri Sembilan untuk menjadi teraju kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini. Kepimpinan, gaya, kaedah dan strategi yang sama akan hanya menghasilkan keputusan yang sama.
Harapkan pimpinan dan keadaan PAS ketika ini, kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan hanya mengharapkan kelemahan BN dan tsunami semata-mata. Jika tidak, kekalahan akan tetap menjelma walau pun kemenangan sudah hampir di ambang "pintu" PAS dan Pakatan Rakyat.
Semuanya dengan izin Allah swt, Insya Allah. Mohon maaf. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment