Tuesday, April 19, 2011

Bezanya Presiden dengan pemimpin PAS NS.

Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan

"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.

Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.

"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.

Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.

Ikuti artikel penuh di sini.

Nota:
Beza sangat ketara di antara Presiden PAS dan pemimpin PAS Negeri Sembilan, di mana pemimpin PAS Negeri Sembilan sanggup bermusuh dengan sesiapa sahaja yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai pemimpin nombor wahid Negeri Sembilan, apatah lagi jika dirasakannya ada yang berpotensi menggantikannya. Memusuhi siapa saja termasuk ahli Kelab Penyokong PAS, ahli-ahli PAS, sahabat karib dalam perjuangan & pemimpin PAS tempatan yang lain. Malahan ada yang bermusuhan berdekad-dekad lamanya!..

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” (Muslim)

Memutuskan silaturahim adalah satu kezaliman. Ikuti hukum tidak bertegur sapa di sini.

Mohon maaf. Wallahu'alam.

No comments: