Thursday, April 7, 2011

Kenyataan Akhbar Ketua DPPNS - Bravo!

Kenyataan Akhbar
Ketua Dewan Pemuda Negeri Sembilan
Sekadar gambar hiasan....

1. Melihat situasi terkini yang menandakan pilihanraya umum semakin hampir, DPPN9 menggesa supaya Badan Perhubungan PAS N9 meletakkan calon-calon muda yang BERPENDIDIKAN TINGGI, BERKETRAMPILAN, MUDA dan SIHAT.

2. DPPN9 telah memutuskan bahawa calon PAS bagi pilihanraya Umum ke-13 mesti bernisbah 60:40 iaitu 60 peratus calon muda. Kami juga mendesak mana-mana kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS sebelum ini sebanyak DUA kali berturut-turut oleh calon yang SAMA dan TEWAS hendaklah diganti oleh calon yang baru dan berwibawa seperti LENGGENG, BAGAN PINANG, SENALING dan JOHOL.

3. Kami juga menyokong penuh calon MUSLIMAT diketengahkan diperingkat DUN dan Parlimen.

4. Kami akan berusaha gigih untuk memastikan jentera pemuda mempertahankan DUN PAROI pada pilihanraya akan datang, dan berusaha menambah jumlah kerusi PAS dalam DUN serta memperoleh kerusi sulung Parlimen.

5. Justeru, kami mendesak BPPN9 dan Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) mengadakan mesyuarat PENUH dengan segera setelah lebih EMPAT BULAN tertangguh bagi menyelesaikan kemelut sesama mereka serta menggerakkan jentera bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Ust Mohd Khairil Anwar Mohd Wafa
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

4 comments:

ALI MAIDIN said...

takbir!!!!!

Nampaklah macam pemuda....

Apa apa jer said...

Salam .saya amat bersetuju sangat dengankenyataan ketua DPPNS kerana generasi baru perlu di ketengahkan,generasi baru pun kena perlu buat pemeriksaan juga.Dengan adanya muka-muka baru ini ianya akan mendapat semangat baru untuk melangsungkan kegemilangan PAS di Negeri Sembilan khasnya.

Unknown said...

DIMANA HILANGNYA ADAB SBG AHLI GERAKAN ISLAM..ANA SOKONG TINGKATKN JUMLAH CALON DR PEMUDA TP XPERLULAH WAT KENYATAAN BERBENTUK PERIBADI..XPERLU SEBUT LENGGENG,BAGAN PINANG & SBGNYE DLM AKHBAR..NI APE TUJUAN SBNRNYA ANTA NI?SUDAH HILANG HORMAT KPD KEPIMPINAN..NAK LAWAN NK BERDEBAT DLM PARTI SUDAH LAH..DEBAT DLM MESYUARAT..TP BR NK MULA MESYUARAT ANTA LARI LAK!PEMUDA APA NI??

Anonymous said...

wahai si hekmatyar, pengikut setia PJ

kau cakap kau ahli gerakan ISlam?hahaha...kau tak pernah tau apa tu gerakan ISlam.

peribadi? Pj terasa ke? ohh yaa. dah la lenggeng kalah, 3 kali lak tu..UPU sendiri pun kalah...pastu curi kwsn org lain di bagan pinang..dah la oii...

hormat? selama ni pimpinan hormat ahli ke? kau tu ajk perhubungan, bukan pernah dgr suara akar umbi.

klu cakap tp tak buat, buat apa nak berdebat. Buat dulu mesyuarat JPN tu, baru la nak cakap pasal mesyuarat lain.

gitau la PJ kau tu, jgn berlagak sombong la...perosak pada PAS n9 adalah kau

hidup husaini!