Monday, April 11, 2011

Kenyataan Akhbar Ketua DPP Seremban

Kenyataan Akhbar
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban

1. Saya, ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban menyokong penuh kenyataan akhbar Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ust Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa tempoh hari.

2. Sebenarnya, kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan bukanlah membuat kenyataan berunsur peribadi, tetapi adalah merupakan sebahagian dari resolusi Konvensyen Pilihanraya Pemuda pada Februari lepas yang mana perletakkan calon pilihanraya hendaklah dipilih berasaskan kepada keperluan rakyat dan akar umbi.

3. Tujuan resolusi itu adalah untuk melonjakkan gerak kerja pilihanraya dan membina kepercayaan ahli dan pengundi itu sendiri. Ia juga adalah satu usaha untuk mengukuhkan saff bagi menumbangkan UMNO-BN pada pilihanraya yang akan datang.

4. Pemuda PAS Seremban mendesak Badan Perhubungan PAS N9 supaya diwujudkan pihak ketiga yang berkecuali dan bebas bagi membuat analisa dan kajian terhadap permintaan calon di tempat-tempat yang kita tewas sebanyak dua kali berturut-turut dengan calon yang sama, agar dapat dinilai pencalonan yang layak bagi bertanding kerusi tersebut

Mohd Zulkarnain Mohd Zaki
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban
016-2097990

1 comment:

izamri bin med said...

salam,ana cadang kan tuan WALAK ajelah pada pemimpin yang ada,selagi mana dia tak membawa kepada yang sesat.takut nanti, ianya memberi ruang dan peluang pada pihak lawan menabur fitnah. ana pun sedih dan kecewa ada pihak yang pernah jadi PJ utk sepenggal menjadi duri dalam daging ke dalam jemaah.dan berharap agar mana2 sahabat yang tak dapat maklumat yang tepat dan situasi sebenar,tak payah lah nak mengeruhkan keadaan yang tak keruh itu.Fitnah itu benda yang tidur,tak perlu ia di kejutkan.cuma muasabah diri.