Sunday, May 15, 2011

Muktamar Pas kawasan-kawasan Negeri Sembilan - Ribut tapi selamat.

Ini adalah keputusan muktamar Pas Kawasan yang dijalankan semalam dan hari ini.

Timb. YDP Jelebu, YBhg. Nor Anip Hj. Selamat.
Pas Kawasan Jelebu
1) Yang Dipertua : YBhg. Haji Kateran bin Marwan
2) Timbalan Yang Dipertua : YBhg. Nor Anip bin Hj. Selamat
3) Naib Yang Dipertua : YBhg. Saiful Bahari bin Jaaman.

Dengarnya pertandingan 3 penjuru untuk kedua-dua jawatan TYDP dan NYDP berlaku di Jelebu iaitu antara penyandang Nor Anip bin Selamat,  Saiful Bahari Jaaman dan Haji Jamalus bin Mansor. Akhirnya perwakilan memilih tokoh-tokoh muda yang agresif, tawadu', tidak banyak kerenah dan lebih ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Insya Allah.


Naib YDP Rasah
   
 Pas Kawasan Rasah
1) Yang Dipertua : YBhg. Haji Anuar bin Azahari
2) Timbalan Yang Dipertua : YBhg. Tuan Syed Fuad Syed Ahmad
3) Naib Yang Dipertua : YBhg. Ust. Khairil Anuar Wafa

Di Muktamar Rasah juga kecoh seperti mesej dalam facebook ini: Mesy pas kaw rasah mlm tadi PJ rasmi mesy hentam pemuda pas n9.YDP Pas Kaw rasah Sdra Rahmat hentam pemuda kaw rasah. Pemilihan mesy Pas Kaw Rasah telah menunjukkan perang terhadap PJ dgn kemenangan YDP yg baru iaitu Hj Anuar, TYDP Tuan Syed dan NYDP Ust Khairil Anuar Wafa dan Ketua Urusan Ulama Ust Shahrul Azman. Takbir.

 

Naib YDP Seremban, YBhg. Zakaria Syeikh Othman
Pas Kawasan Seremban

1) Yang Dipertua : YBhg. MK Ibrahim Abdul Rahman
2) Timbalan Yang Dipertua : YBhg. Hj. Ghazali Mat Som
3) Naib Yang Dipertua : YBhg. Zakaria Syeikh Othman

Muktamar PAS Seremban dijangkakan muktamar yang paling kontroversi dalam Negeri Sembilan. Hairan juga saya kerana pertembungan yang dijangka hebat hari ini tidak menjadi. Dengarnya sebelum muktamar tersebut, banyak surat bantahan dan permohonan untuk menundakan muktamar telah dihantar ke wakil pusat tetapi tidak dilayan. Pagi-pagi lagi saya menerima banyak sms dan telefon yang mengatakan bahawa penyokong Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan tidak hadir dan memboikot muktamar. PJ menarik diri di awal muktamar untuk memberi laluan mudah kepada penyandang Sdr MK Ibrahim untuk menjadi YDP.

Ucapan tahniah saya kepada PJ kerana sanggup menarik diri dalam pertembungan untuk merebut jawatan YDP Seremban tetapi dengan syarat, ianya benar-benar ikhlas kerana Allah swt dan demi untuk melihat PAS bertambah gemilang di Seremban dan Negeri Sembilan.

Nampaknya ramai pemimpin-pemimpin kawasan yang menyokong PJ telah ditolak oleh perwakilan kawasan kecuali beberapa tempat seperti Tampin. Kepada pemimpin yang tidak dipilih dinasihatkan agar terus memperkuatkan PAS di kawasan masing-masing, setidak-tidaknya jangan pula menimbulkan masalah. Harap selepas ini, tiada PAS kawasan dan muktamarnya yang dibatalkan pula.

Marilah sama-sama kita "ambil yang jernih, buang yang keroh", bersama-sama kita bermaaf-maafan dan rapatkan kembali silaturahim demi "Bersedia menghadapi pilihanraya ke - 13".

Wallahu'alam. Mohon maaf.

No comments: