Saturday, May 7, 2011

Tampin perlu perubahan drastik untuk menang di Gemencheh.


Hari ini kawasan Tampin bermuktamar dan tahniah kepada semua AJK yang dipilih terutamanya YDP iaitu Tuan Zakaria Khalim yang menang dengan majoriti yang tipis.

Gemencheh adalah DUN di bawah Parlimen Tampin dan merupakan DUN yang berpotensi untuk PAS menang tetapi apabila disorot 3 pilihanraya yang lalu, kemenangan di Gemencheh hanyalah mimpi indah bagi Tampin.

Secara ringkasnya, pada tahun 1999 PAS dengan calonnya Tuan Ali Maiden mendapat 41.55% undi, pada tahun 2004, PAS dengan calonnya Tuan Zakaria Khalim hanya memperolehi 28.76% undi dan pada tahun 2008 iaitu ketika Tsunami Politik melanda Malaysia, Tuan Zakaria Khalim hanya mampu mendapat lonjakan undi sekitar 4% sahaja iaitu ke 32.87%.

Sebelum ini saya mendapat tahu bahawa kebanyakkan ahli PAS Tampin inginkan Tuan Ali Maiden untuk membuat 'comeback' untuk menjadi YDP Tampin dan ini terbukti dengan pencalonan dan undi yang Tuan Ali Maiden perolehi. Awalnya, keinginan kebanyakan ahli PAS Tampin ini telah diberi laluan oleh YDP Tampin iaitu Tuan Zakaria Khalim. Namun setelah kembali dari Sarawak, Tuan Zakaria Khalim mengubah fikiran untuk mempertahankan jawatannya.

Mungkin ada baiknya Tuan Ali Maiden menjadi YDP kerana rekodnya dalam tahun 1999 agak memberangsangkan dan mungkin beliau boleh membuat kejutan untuk merampas Gemencheh. Pemimpin lain, pastinya akan membawa gaya kepimpinan dan strategi yang lain juga dan dengan kelainan tersebut kemungkinan menawan Gemencheh agak munasabah.

Untuk menang di Gemencheh, perlu ada lonjakan sekitar 18% undi lagi untuk PAS sekiranya tiada perubahan ketara dalam daftar pengundi terbaru. Ini dari akal logik, mustahil dan tidak mungkin mampu dicapai dengan gaya kepimpinan dan strategi yang sama. Tuan Zakaria dengan jawatan TPJ pun hanya mampu membuat lonjakan sekitar 4% semasa Tsunami politik melanda Malaysia, inikan pula 18% lonjakkan lagi diperlukan untuk menang di Gemencheh.

Sekiranya Tuan Ali Maiden kembali dan bergandingan dengan rakan lamanya Tuan Zakaria Khalim, atas jemputan Tuan Zakaria sendiri dan dipersetujui oleh semua AJK PAS Tampin, mungkin lebih hebat lagi kejutan boleh dilakukan.

Perwakilan PAS Tampin telah memilih YDP dan barisan AJKnya. Saya berharap semoga PAS Tampin akan membuat perubahan drastik untuk menang di DUN Gemencheh. Yang jelas, PAS Tampin perlu memilih Pengarah MTD serta calon dalam PRU-13 nanti adalah seorang yang benar-benar berkaliber, berpendidikan tinggi, fleksibel dan 'versatile' yang mampu membawa perubahan drastik dengan menawan pengundi Melayu (61.30%), menerobos pengundi Cina (23.90%) dan India (14.80%) demi kemenangan PAS dan Islam di Gemencheh.

Profil YDP Tampin, Tuan Zakaria Khalim di sini.

Saya doakan semoga PAS Tampin terus maju demi menegakkan parti dan Islam. Mohon maaf. Wallahu'alam.

Nota:
Penulisan ini berdasarkan data yang ada dan logik penulis. Sekiranya perkara luar biasa berlaku semasa PRU-13 nanti, mungkin keputusannya berbeza. Begitu juga, sekiranya Allah swt hendakkan berlakunya sesuatu yang mustahil di sisi manusia, ianya pasti akan berlaku kerana tiada yang mustahil di sisi Allah swt.

2 comments:

Gemencheh said...

Sy difhmkn oleh TimYDP Tampin..Zakaria Khalim di minta utk mmperthn jwtn YDP demi perpaduan parti krn ketika Ali Maiden mnjd YDP kawasan,Ali Meidin mngmbil sikap bmusuh dgn badan perhubungan N9 dgn memulau semua aktiviti2 PAS N9..berbeza dgn Zakaria Khalim krn ketika beliau mngambil alih jwtn YDP tampin..beliau berkerja kearah memulihkn hubungan perpaduan antara PAS Tampin dgn PAS N9.

Ketika pilihanraya umum 11&12 Ali Meidin x bsedia utk jd calon PAS dun Gemencheh atas alasan ade kes mahkamah x silap saye ats isu Perlaburan Kohilal..dan Zakaria Khalim terpakse bertanding kerana tiada siapa pun yg brsedia utk jd calon..

Menganai isu kemampuan calon pula,Saudara jgn menilai keputusan pilihanraya thn 1999 krn calon PAS di dun Johol pn ketika itu hanya kalah 800 undi..saudara perlu mlihat undi yg diperolehi dlm pelihanraye sblm itu..dan secara faktanya Zakara Khalim mndpt undi yg plg byk jk dbnding kn calon2 PAS sblm dia...

Cukuplah saudara menabur fitnah kpd org yg ikhlas dlm perjuagan..sy bimbang perbuatan saudara ini akn memakan diri anda sendiri tanpa anda sendiri...cukup2 lah 2..

Gemencheh said...

Isu kecendurungan pengundi mengundi calon:
Contah yg pertama, dua org calon Semangat 46 pernah bertanding di dun Gemencheh iaitu Allahyarham Ustaz Hamzah (Bekas Kadi) & Baharudin Siri (Seorang Peneroka Felda), undi yg diperolehi oleh Baharudin Siri adlah lebih baik dr Allahyarham Kadi Hamzah.(Sila rujuk Kptsn Pilihanraya yg ke 7&8).
Contoh yg ke2, Ali Maiden dan Zakaria Khalim kedua2 nya dr Felda Bukit Rokan tetapi Zakaria Khalim cuma kalah 105 undi di Felda Bukit Rokan berbanding Ali Maidin kalah 280undi. Ini mununjukkan bahawa pengundi bkn sahaja mengundi atas dasar sijil tetapi atas dasar ketokohan kepimpinan dalam masyarakat. Serta keupayaan menangani isu2 dan masalah masyarakat. Jelas menunjukkan pengundi lebih cenderung pemimpin yg mudah didekati oleh mereka dan Zakaria Khalim boleh peranan apa sahaja dalam masyarakat dr penceramah, urus takbir organisasi,imam dan penyembelih lembu ketika korban.
Seorg yg mampu bersabar dgn karenah ahli PAS, insyAllah sy yakin org itu juga mampu menjdi pemimpin yg baik utk masyarakat..